ENTRI KHAS : PENGUNJUNG DAH CECAH 30K !

by - Rabu, Januari 20, 2010

WOW..hehehe...alhamdulillah...aku tak sangka la blog aku leh cecah ke angka gitu..aku mula dari 0 ...memula nak buat blog ni ,risau gak....yelah kan jadi blog syok sendiri...sendiri tulis sendiri baca...huhu...

Dulu aku tak kenal langsung maksung blog dan berblogging..huhu...walaupun hidup dalam dunia IT , tapi blog takde dalam kamus hidup aku..bagi aku , bloggging ni membuang masa...tapi bila aku baca blog org , aku rasa ..aku boleh buat macamana diorng buat..sebab apa ? sebab aku mmg suka mengarang , berceloteh ,membebel dan berjiwang...heheh..mmg tempat dia la nii..

Memula yang buat blog ni adalah wife aku...maksud aku yang berkait rapat ngan aku la...wife aku buat blog...beria ria dia buat....last last...tersangkut kat pelabuhan Klang...kapal dah siap...tapi bila dah loading barang barang muatan..kapal tak bergerak keluar..kapten kapal dah melambai nak bagitau nak berlepas...tak berlepas lepas gak...disebabkan tu laaaa aku buat..geram tengok dia tak bergerak dah...last last...aku nye gak yang dah pusing satu dunia...huhu...Apa pun penghargaan buat wife aku ...dia yang beria ria..aku yang bersemangat..

Bila aku mula beritahu tentang kewujudan blog aku ni , ada la sahabat sahabat di facebook memberi pendapat , cadangan , malah idea idea bagi memajukan blog aku...Dari satu identiti ke identiti aku buat..tak kena gaya...tak kena cara...tak menarik...tak 'bernafsu' bila membacanya..aku buat R N D ...last last aku tau apa yang menyebabkan org suka membaca...



Bukan mudah nak berblogging ni..masa yang amat banyak diperlukan ketika berblogging sebab perlu mencipta ayat yang cantik dan mudah difahami...macam macam resepi aku cuba ..Last last aku buat kesimpulan bahawa pembaca yang akan kembali datang membaca adalah mereka suka yang situasi ' live in action '..yang boleh membuatkan mereka tersenyum..ketawa dan kalau mampu membuatkan mereka berfikir , bermakna ' hiduplah ' blog tu ...bak kata seorang kawan di FACEBOOK , blog perlulah ada 'soul ' , barulah menjadi..


Sebenarnya aku teringin membuat cerpen dalam blog aku ni tapi belum ada masa .huhu..insyaAllah..satu hari nanti...

Apa pun , aku gembira bila blog aku ada pembaca...bukan nak bagitau blog aku ni glemer atau bagus tapi aku gemar berkongsi maklumat..tak kira apa pun la...baik atau buruk , jika mereka suka membacanya n dapat info dari situ , aku dah cukup gembira...

Kepada semua pembaca setia blog BENASHAARI.COM , aku amat hargai kalian...tanpa anda , BENASHAARI.COM tiada ertiinya..target aku...dalam tahun ni nak cecah 1 juta ..sehari nak ada lebih 1000 pembaca ...huhu.... itulah azam aku tahun ni...


TERIMA KASIH

You May Also Like

12 comments

  1. Tahniah bro..hehehe.

    BalasPadam
  2. sy tk tau blog ak ada soul ke tak... huuu..
    ssah nk mnjadi penulis yg hebat, knpla selalu bace kt blog orang cri ilham ^^)nie..

    wah 30k tu... ak 1k pun tk tau smpai ke tk ,xpe2 usha cari soul yg akan menyerlah... bling2..

    BalasPadam
  3. salam ziarah..

    nanti buat cerpen roger ar readers ye....

    R N D tu apa?

    BalasPadam
  4. wah..wah..kayo ni..harus kene open table..anyway congrats..u deserved it..

    BalasPadam
  5. sesi cover diri sendiri a.k. a kapal yg karam tu...bukan sengaja karam tp mmg xder n xcukup masa utk berblog dgn aktif lg buat masa skang...:)

    BalasPadam
  6. hurm....mcm tau je sapa yg cakap ada "soul" tu...hehehe

    anyway, tahniah sekali lagi!

    BalasPadam
  7. huhu..tq guyss...boss ! ...
    azila..yekee ?? heheh..

    BalasPadam
  8. Tahniah...sy baru je nak merangkak, moga2 dpt menyusul kelak

    BalasPadam
  9. Tahniah Ben..keep on writing...Insyaallah boleh capai 1 juta......

    BalasPadam