KISAH ALI DAN MINAH

by - Khamis, Januari 07, 2010

Seperti terdengar suara berkumandang di luar rumah ...agak tegas bunyinya...
bila Ali memasang telinganya , baru dia tau bahawa pihak perbandaran sedang menyembur racun nyamuk aedes di setiap rumah rumah...

Erk...isteri Ali , Minah sedang sibuk di dapur bagi menyediakan juadah makan malam..lalu Ali menyuruhnya menyimpan makanan tersebut ke dalam peti ais dan microwave. Ini kerana penyembur racun nyamuk aedes tu akan masuk ke dalam rumah nanti...

"kot ye pun , makan la dulu..." pinta Minah...

"Aik....sempat pulak dia suh aku makan ? " ...getus hati Ali

Ali pun makan la....." Eh ..sedap la pulak..." ..lalu Ali tambah lagi satu keping roti...Ali yang baru selesai solat Maghrib terus keluar rumah untuk melihat keadaan jiran tetangganya..Kelihatan semua orang dah mula keluar dan menghidupkan enjin kereta masing masing..

Apasal diorng hidupkan enjin kereta lak ni ? apa kene mengena dengan semburan tu ? Akhirnya Ali membuat kesimpulan bahawa jiran jirannya akan menanti didalam kereta sementara tunggu selesai semuanya...

Sambil menunggu tu , Ali berbual dengan jiran sebelah rumahnya..perbualan lebih berkisar masalah kawasan perumahan tersebut...Lebih kurang 10 minit berbual , Ali berasa pelik...kenapa isterinya , Minah tak keluar keluar dari rumah tu lagi ?

Emm...Ali pun masuk kembali ke dalam rumah..Aikk...kat dapur takde ? ...pelik...."Orang yang menyembur tu dah dekat ni..kang dia masuk umah ni kang..haaaaa....ngan aku aku gak mati..." Ali membebel sorang diri...

Hiskh...ilang pulak Minah ni...dia naik atas..tengok kot kot Minah solat maghrib..Huh...tak de pulak ! Ali mula geram..."Orang suruh keluar , dia ilang lak !" ...Tiba - tiba dia terdengar sesuatu...Huh ! ...

Ali memasang telinganya betul betul...ditolaknya pintu tandas yang tidak tertutup rapat itu...

"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....boleh pulak awak basuh baju !!!! " Ali menjerit ...
"orang tu kat bawah dah laaaaaaa...adoiii..mana laaa aku tak kena darah tinggi !! ..Orang suh cepat keluar boleh pulak bantai basuh bajuuu ??? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...aku salah cakap ke bini aku ni pekak ? " Ali terus membebel....Geram giler Ali kat Minah...

Nak kata Minah tak tau , tipu la..sedangkan dia tau sebab dia yang baca memo tentang semburan racun aedes tu sewaktu membuka pintu rumah....Alih alih Minah cakap lain lak..

" Awak tu la bagitau tak betul ! CAkap laaa org tu nak masuk rumah ! Kita ingat orang tu nak sembur kat luar rumah je ... " Minah mula membebel..

" Eh eh..kita pulak disalahkanya ??? Kan kita tadi cakap 2-3 kali..siap suruh kemas lagi barang kat dapur tu..Awak pun siap kata , pinggan mangkuk ni nanti basuh balik .Ini bermakna awak tau yang diorng nak masuk ...Ni skang cakap tak bagitau ! ...Adoi..Ya Allah......Tolonglah hamba mu ini....Dah la aku pening pala...campur ni lagi ..adehh "

Ali terus membebel sehingga depan pintu rumah sambil mengelengkan palanya ..tidak percaya apa yang dilihatnya !

" Kalau solat tu , ok lagi..ni boleh lak membasuh baju ? Aku salah cakap keee?? " ..Ali seolah tak percaya apa yang dilihatnya..

Tidak lama kemudian Minah turun dengan bibirnya menjuih ke depan..terus masuk ke dalam kereta...duduk kat belakang lak tuuuu...

" Kot ye pon duduk la depan tuuuuu..alih keta ni ke belakang ..yang awak tu dok belakang napenya ??? Bila lak kita ada pemandu ? " Geram Ali tak abis lagi..

" Kenapa awak je tak undurkan kereta ni ? " tanya Minah..

" Saya pening " ..dengan selamba Ali jawab...lalalala

Minah keluar dan masuk kembali dan kali ini duduk di tempat pemandu....lalu mengundurkan keretanya ..

5 minit kemudian rumah Ali di sembur sehingga ke bahagian. Selepas itu Ali menutup dan mengunci rumahnya dan terus pergi ke masjid sebab isterinya tak solat maghrib lagi !

Ada ke patut basuh baju dulu ?????

Ayoyoooooo

You May Also Like

3 comments