Kadang kadang

by - Khamis, April 01, 2010

Kadang kadang ..
aku terasa kesunyian
keseorangan diri
tanpa tujuan hidup

Kadang kadang ..
aku tak pasti
apa yang aku cari
di atas dunia ini

Kadang kadang ..
aku terkejar kejar duniawi
walaupun aku tak lupa Ilahi
namun sering tidak pasti
apa yang aku cari ..

Kadang kadang ..
aku tertanya sendiri
dimanakah akhirnya hidup ini
mati itu pasti
namun bagaimana
siapa di sisi ku nanti

Kadang kadang ..
aku berharap
biarlah kadang kadang itu
hilang dibawa angin lalu
agar aku kembali pasti
hidup ini penuh erti ...

You May Also Like

3 comments

  1. wow mantapla.. kdang2 mmbuatku terfikir walau ap jua keadaan..

    BalasPadam
  2. makin usia kita meningkat...makin 'macam-macam' yang difikir....



    :
    *berfikir 2 minit sampai lupa nak komen apa* hahaha

    p/s: can u allow commenter identity with Name/URL? :)

    BalasPadam
  3. diden:tqvm..ahaks

    hurul: yup...boleh jer

    BalasPadam