Bangsa kita meniaga ..

by - Ahad, Januari 13, 2013

 

Bukan semua yer tapi kita sedia maklum , sememangnya inilah perangai orang kita bila berniaga !! Pantang maju skit , mulalah pelanggan dipandangnya sebelah mata .. Hurmm ..

image

Ini kali ke tiga aku ‘terkena’ dengan khidmat orang gaji mengikut hari .. Hurmm .. Aku pernah cerita dulu dalam blog .. Memula serik gak tapi bila ada orang hantar flyers ke rumah aku , aku ingatkan mungkin diorang ni lebih profesional sbb sanggup mempromosikan bisnis mereka secara besar-besaran ..

Bila baca flyers tu , aku syorkan pada wife walaupun dia tak nak .. Amik 2 orang maid untuk kemaskan rumah baru aku . Huhu .. Tolong wife .. Sian dia kan kan ? Hehe ..

Minggu lepas buat tempahan .. Call dan kemudiannya bagi alamat rumah untuk mereka hantar . Siap kata kena charge tambahan sbb mereka guna pengangkutan sendiri. Ok je aku .. Tak kisah ..

Dan sampai masa yang dijanjikan iaitu pagi ni jam 10.30 .. Aku yang pagi tadi g gym pon tak puas bersenam sbb nak kejar masa , kelam kabut ke rumah baru agar mereka tidak menunggu aku (sekeluarga).

Kul 10 pagi , wife call diorang.. Tak angkat… Call lagi dan lagi .. Tak jawab. Tak lama kemudian , diorang call .. Diorang tanya siapa ni , dah hantar alamat ke ? Dan akhirnya diaorang pekerja mereka tak datang hari ni !! Boleh ??? Kalau tak datang , tak leh bagitau ke ? Tak boleh call ke ? Perghh .. Best kan ?

Hurm.. Ni bukan sekali dah aku buat deal ngan orang kita. Ada jugak isu lain tapi aku pk positif je la.. Belajar bersyukur .. Apa pun , aku serik dan semua ni beri aku pengalaman untuk berdepan dengan mereka yang ‘bijaksana’ dalam berniaga ..

You May Also Like

8 comments

  1. betul la tak semua buat perangai macam tu, tapi disebabkan sejemput kera yang buat perangan habis semua kena tempias... apasal jadi cam ni?

    BalasPadam
  2. wa bennnn.. sobss nak menangis hehe. Betulah apa ben cakap tu, tapi sejak akhir ni Azza yang dah mula belajar berniaga mulai faham perasaan peniaga. Kengkadang kita terlepas pandang, kengkadang kena berlakon manis walaupun hati tengah sakit.. urghh, susah nya nak berniaga.. Melayu ni jujur sbb tu kelam kabut sikit, kita kurang pakai berlakon lakon nii..

    BalasPadam
  3. sungguh... ni la masalahnya org kita...

    BalasPadam
  4. berurusan dengan pekerja seberang memang susah la ben...

    kadang kala malay tak dapat nk handle diorang...

    BalasPadam
  5. tingkat kan usaha...maju terus maju

    http://1two-gaya.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. mungkin ada miscommunication jugak. sabor jela.

    BalasPadam
  7. Sabarlah, mungkin mereka mengalami masalah.. Anggablah ia ujian Allah nak masuk rumah baru.. =) Kem salam baby

    BalasPadam