Apabila isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan..

by - Januari 24, 2013

 

Terbaca di SINAR HARIAN , walaupun tak suka , aku baca gak sbb bukan orang tu yang punya ! Weekkk .. Er , ada isu dulu la dengan orang yang mengatakan dia kerja kat Sinar Harian .. Kononnya la.. Dangkal sungguh ..

Haa.. Sambung cerita .. Kejadian dimana lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.

Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.

Laung nama isteri, anak-anak

Laung nama isteri, anak-anak

Cerita lanjut , korang boleh baca di SINI . Al-fatihah buat kesemua mangsa ..

Malam semalam , hujan lebat kan ? Dari Putrajaya ke Puchong. Aku menghala ke Sungai Buloh . Sangat sangat lebat. Aku memperlahankan kenderaan . Begitu juga dengan kenderaan lain .. Malangnya kebanyakkan yang menderu laju ialah lori lori yang punya muatan. Seram betul aku tengok . Cukup risau kalau lalu sebelah aku terutama yang bawak besi atau konkrit seperti diatas ..

Tak sangka rupanya berlaku juga .. Bila berlaku, apa jadi ? Pemandu cepat cepat melarikan diri .. Alasan takut kena belasah . Hurmm.. Kenapa tak fikir panjang sewaktu nak melakukan tindakan tu ? Tak ke sedar apa yang dibawa ‘dibahunya’ itu ????

Bila aku up cerita begini , adalah yang komen kata suami dia bawak lori.. Tak baik kata gitu .. Ayah dia bawak lori , ok jer .. Adik ipar aku pun bawak lori.. Mak ayah aku pun bawah bas sekolah … Adik beradik aku pun bawak bas sekolah .. Tapi ikutlah peraturan .. Kalau tak ikut peraturan , mmg terasalah dengan apa yang aku sampaikan ..

Diorang bawak kenderaan besar pastu himpit yang kecik kecik ni .. Akal takde ke ?? Tak kira la lori ke pacuan 4 roda ke .. Sama jer.. Terasa besar sangat ke ? Kalau tak sayangkan nyawa sendiri bayangkan jika berlaku pada anak bini !

You May Also Like

12 comments

  1. setuju dengan abg Ben...

    BalasPadam
  2. betul tu..pemandu bas pun sama.time turun bukit,tak pernah nak perlahankan kenderaan

    BalasPadam
  3. Dya pun seram kalau lalu sebelah lori besar2 ni. sbb pape dorg jrg akan luka..slalu kenderaan yg kecil yg jdi mangsa..

    BalasPadam
  4. Setuju sgt.. sekarang lori dan kenderaan muatan berat yg laju gile. seram.

    BalasPadam
  5. Setuju sgt.. sekarang lori dan kenderaan muatan berat yg laju gile. seram.

    BalasPadam
  6. betul,,lori ni sesuka hati je bawak laju..kat tempat saya,,lori ikut laluan yang memotong.patutnya kenderaan berat duk belah kiri..Dah la bawak laju, Dekat laluan kanan pulak tu. Kita yang kecik yang seram.. Dia besar x pe la..huu

    BalasPadam
  7. toi2...kalao bawak ikut undg2 insyallah xd la nk jdik gni

    BalasPadam
  8. Sedih sangat masa eyqa baca surat khabar yang berita pasal nie . Pemandu lori tu pulak lari ! Kejamnya . Sedih tengok jenazah anak beranak tu .

    BalasPadam
  9. Alangkah sedihnya membaca berita spt ini di hari sambutan Maulidul Rasul... Semoga ianya di jadikan sempadan dan saling menghormati di jalan raya.

    BalasPadam
  10. betul abg ben! pengalaman sepanjang highway johor-kl-perak LORI N BAS SEMUA NAK MASUK LORONG KANAN.saling memotong memang x sopan langsung.huh

    BalasPadam
  11. kebanyakan yg bawak lori-lori besar nie kaum india. maaf la cakap tp mmg selalu nampak pemandu cmnie. pemandu bas pun sama. ada sekali tu, bas M nie duduk lane kiri tiba2 masuk lane tgh then lane paling kanan. dia masuk ikut suka hati dia jer. pastu nak masuk lane paling kiri. mmg mengucap panjang...

    BalasPadam
  12. smpai sekarang mas dok ingat je cerita ni..entahla..kesian sgt..lgi2 dpn umah je pun..

    BalasPadam