Asalkan duit ! Janji ‘masyuk’ …

by - Khamis, Januari 24, 2013

 

Awie kata Tan Sri Jojo bukak  Hard Rock Café , ok je ! Kenapa dia bukak kelab , ramai orang bising ? Hurmm .. Aku rasa la kan , orang tak kisah apa Tan Sri Jojo tu buat .. Lantak dia la.. Tapi orang yang bising tu sebenarnya sayang kat bro Awie ni ! Serius , aku pun sayang ! Sebagai peminat ! Aku mmg minat giler kat Wings dan Search .. Sebab tu ramai yang bising .. Sbb sayang ..

Apakah buka kelab saja boleh buat duit ? Hurmmm .. Fikirkan juga soal keberkatan hidup dan juga rahmatNya .. Memanglah itu antara kita dengan Allah . Tapi sebagai saudara seagama , kita perlu ‘tegur' menegur’ .. Kita mati sorang sorang tau .. Atau dunia ni je kita ‘beramai-ramai’ ..

Teringat kata seorang kawan ni .. Dia kata dia ‘terpaksa’ buat kerja di sebelah malam dengan jadi bouncer ( pegawal peribadi) di sebuah kelab malam .. Katanya bayaran lumayan dan kerja tak susah .. Hurmm .. Aku pesan kat dia , jgn lupa soal BERKAT .. Soal Halal Haram tu , sendiri dah tau .. Mungkin dia terlupa soal KEBERKATAN ..

Aku pernah nganggur bertahun tahun pastu kerja , gaji rendah. Aku ikut kawan aku meniaga ringtones utk handphone di pasar malam. Bayaran , tak seberapa tapi aku puas sbb aku tak perlu pukul orang , tak perlu tengok orang minum arak dan aku gembira tengok . Tak lumayan tapi ok la.. Dapat gak isi poket dan guna duit tu gi gym ..

Bila kita nak mencontohi seseorang , ikutlah yang benar… Salam Maulidur Rasul …

 

Foto

Tak sabar nak tengok filem terbaru Mamat Khalid yg penuh dengan maksud tersiratnya .. Bro Awie .. Semoga Allah merahmati anda .. Respek lu ! Bukan respek bukak kelab tu tapi suara bro dalam album Wings… hehe ..

You May Also Like

2 comments

  1. apabila keberkatan dipandang remeh...akibatnya macam-macam berlaku dalam kehidupan kita...sekarang Allah bayar cash...renung-renungkanlah...

    BalasPadam
  2. banyak lagi peluang bisnes lain yg blh dibuka. bukak kelab malam mengundang org buat maksiat. sampai bila nak tanggung "saham" maksiat yg orang lain buat tu? hmm. sama2 la kita doakan semoga bro Awi ni dibukakan hati utk buat sesuatu yg bermanfaat kepada org ramai terutamanya umat islam

    BalasPadam