Malaysia vs Chelsea : Apakah ramalan anda ?

by - Ahad, Julai 21, 2013

 

Kalah .. dah tentu kan ? Persoalannya , kalah bermaruah atau kalah lauk ? Maksudnya kalah besar laaa .. Atau nak tepat lagi , kalah memalukan !

Ok ..bila kata gini , pastinya akan kata la .. “ Ko ni takde semangat patriotik sungguh ! “ . Amboi .. kalau kata gitu , terang terang ke tak sokong pasukan negara ? Ngarut betul laa !

Kalau tengok dari pencapaian negara kebelakangan ni .. Rasa-rasanya apa yang mampu dilakukan oleh pasukan negara kendalian Rajagopal yang asyik dengan asalan eksperimen ni ? Bila menang , dabik dada .. Amboi.. Bila kalah , dah standby jawapan . Nak lagi best , target kita ialah Piala Asia ! Boleh gitu ?

SAHUT CABARAN

Alasan awal yan aku petik dari Bharian Online ..

"Saya fikir kita ada 26 pemain terbaik untuk diturunkan. Saya perlu lihat tahap kecergasan mereka. Kita tak boleh fikir semua pemain boleh bermain, kita tetap perlu melihat kepada situasi, siapa pemain terbaik yang boleh kita turunkan.

"Memang kalau boleh saya nak turunkan kesebelasan terbaik untuk memulakan separuh masa pertama. Apa pun saya akan turunkan pemain yang saya fikir cukup cergas dan betul-betul boleh bermain," kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan terakhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

 

Walaupun Chelsea tu nama besar , aku pasti bila mereka bertemu tuan rumah , mereka akan bagi muka . Tapi bila peluang gitu tak diambil betul betul , maka mereka pon nak jaga muka kan ? Apatah lagi nanti di depan penyokong setia mereka yang ada di negara ni ..

Aku , sebagai rakyat Malaysia pastinya nak tengok permainan yang menarik yang ditonjolkan oleh pasukan negara. Tapi aku taknak sekadar permainan menarik je ! Nak juga keputusan yang menarik !!

Buktikanlah aku salah wahai , Datuk Rajagopal. Kalau kalah besar gak ni , aku harap .. letaklah jawatan ! Contohilah pasukan hoki negara tuu .. Carilah jurulatih lain yang mampu bawa perubahan ! Jangan lupa , duit rakyat tu yang sedang dibelanjakan untuk bayar gaji pemain dan jurulatih .. ke ada sponsor dah yang dok bayarkan ? Kalau ada penaja sekali pon , kena buktikan jugak kan ?

Biarlah pencapaian seiring dengan populariti ! Hehehe …

You May Also Like

9 comments

  1. footballer skang bnyk yg popularitinye ngalahkn artis lah. leez pun start kenal footballer sbb citer2 populariti diorg, kontroversi, kesah cinta.. hmm..

    BalasPadam
  2. malas nak ramal. dah tahu keputusannya. malaysia kalah lagi.

    BalasPadam
  3. ske tgk diaorang main bola je...bila gol...terus jerit goool! tak kira mana2 team:P

    BalasPadam
  4. Saya nak antara kesebelasan utama malaysi ialah:
    1.apek
    2.aidil
    3.yg mcm org putih tu
    4.amri
    5.mahali
    6.nazri nawi
    7.safee
    8.farhan
    9.shafiq rahim
    10.matyo
    11.fadhli shas

    Kalau pemain ini yg bermain sepenuh masa mesti kita blh sekurang-kurangnya seri dgn malaysia.dgr lah cakap ku ini oh raja gopal..

    BalasPadam
  5. Saya nak antara kesebelasan utama malaysi ialah:
    1.apek
    2.aidil
    3.yg mcm org putih tu
    4.amri
    5.mahali
    6.nazri nawi
    7.safee
    8.farhan
    9.shafiq rahim
    10.matyo
    11.fadhli shas

    Kalau pemain ini yg bermain sepenuh masa mesti kita blh sekurang-kurangnya seri dgn malaysia.dgr lah cakap ku ini oh raja gopal..

    BalasPadam
  6. Saya nak antara kesebelasan utama malaysi ialah:
    1.apek
    2.aidil
    3.yg mcm org putih tu
    4.amri
    5.mahali
    6.nazri nawi
    7.safee
    8.farhan
    9.shafiq rahim
    10.matyo
    11.fadhli shas

    Kalau pemain ini yg bermain sepenuh masa mesti kita blh sekurang-kurangnya seri dgn malaysia.dgr lah cakap ku ini oh raja gopal..

    BalasPadam