Mana satu yang penting …

by - Jumaat, Julai 26, 2013

 

Ok , rezeki blogging bulan ni dan bulan lepas .. sangat sangat aku bersyukur. Kaya tu tak tapi lepas la nak hidup sekeluarga tanpa sekat apa apa ..

Bila dapat duit , apa yang perlu aku utamakan ? Hurmmm .. Mula-mula aku kena setkan bayaran hutang terlebih dahulu.. Kemudian ibu bapa dan keluarga aku. Jika ada baki , barulah aku guna untuk aku ..

Kalau ada banyak , banyaklah untuk semua orang .. Kalau skit , tak leh nak kata apa la .. Kasi tetap kasi .. Walaupun orang tua kita tak nak duit kita tapi sebagai anak lelaki , wajib kena bagi walaupun dah berkeluarga ..

Serius , aku tak berbangga langsung dengan apa yang aku buat kerapa apa yang aku buat sedikit pon belum dapat membalas jasa kedua orang tua aku ..

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.

Buat lelaki yang akan menikahi pasangannya , pastikan si perempuan itu maklum akan hal ini iaitu mana satu yang lebih penting bagi suaminya !

Tetapi si lelaki yang bakal jadi suami juga perlu maklum iaitu setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.

Jadi , pandai pandailah berbincang dan memahami tanggungjawab masing masing ..

You May Also Like

3 comments

  1. Teringat kpd pesanan sy kpd murid2 sy sebelum berpindah ke sekolah baru. Utamakan yg terpenting dr segala yg penting. Tahniah menjadi anak dan suami yg soleh

    BalasPadam
  2. saya bersyukur kepada Allah sebab diberi tanggungjawab untuk menjaga dan menemani mertua semasa inchik suami berkerja di luar....dapat berbakti kepada kedua mereka memang rahmat dan anugerah dari Allah yg paling indah dan terhebat....

    BalasPadam