Marah sungguh blogger seks kita ni ..

by - Jumaat, Julai 26, 2013

 

Perghh .. marah sungguh rupa si Alvin ni .. Apa agaknya ‘pengajaran’ yg dia dapat semasa dalam penjara selama seminggu tu yer ? Tapi katanya , “ Nod bad” .. Aku rasanya sbb dalam Mstar tulis , ‘Tak teruk' .. Maka Not Bad la kan ? Hehehhe..

Jangan marah marah .. Sapa saja dalam negara ni atau mana mana negara sekali pon , kalau buat salah pasti akan dihukum .. Sapa sapa saja yer .. Tak tau la kot ada yang terlepas kan ? Tak pe.. atas dunia leh terlepas .. Akhirat punya mahkamah , siap ler.. Kaki tangan segala pancaindera jadi saksi ..

Takpe la.. harap pasni mana mana blogger atau pengguna internet ni , hati hati la dalam apa jua tindakan .. Silap silap , makan diri .. termasuk aku .. huhuh ..

You May Also Like

5 comments

  1. Salam, yang sedihnya...kita nak sebarkan toleransi antara agama. Bila bukan muslim cakap sesuatu, kata hina Islam. Bagaimana muslim yang menghina agama lain? Bagaimana muslim yang mengaku Islam tapi aurat tak dijaga, solat tak jaga. Ada yang nak 'bersyarah' pasal hukum-hakam tapi bukan ahlinya (biarlah berguru/rujukan). Bukankah mereka juga dikira menghina Islam? Kita marah bila keluar gosip pendakwah kristian sebar agama kristian. Dah org Islam sendiri gagal nak berdakwah. Tanggungjawab berdakwah jatuh kepada semua yang bergelar muslim, bukan UAI je. Kaedah nak berdakwah ada macam2, sekarang boleh pakai blog, facebook dan sewaktu dengannya. Tapi, yang paling utama adalah menunjukkan contoh teladan yang terbaik. Berusaha memperbaiki akhlak supaya anak2, keluarga, masyarakat sekitar dan yang bukan muslim boleh lihat dan faham siapa muslim yang benar. Islam bukan agama sahaja. hanya terikat dengan solat dan puasa sebagainya. Islam itu cara hidup (ad-deen) dari kita lahir sampai mati, 24/7 membawa label muslim. Tidak pernah terlambat untuk kita berubah. Tidak mustahil Allah membuka hati mereka satu hari nanti. Sebab hidayah hak Allah, kita semua perlulah berdoa, berusaha mengubah persepsi orang seperti mereka dan bersedia memaafkan mereka apabila mereka minta maaf. Sekadar perkongsian. salah silap minta maaf.

    BalasPadam
  2. saya juga sentiasa ingatkan diri agar tidak lepas kata,,terlanjur idea dan terlebih bicara..mana qhaliff omey nie:)

    BalasPadam