Serba salah nak menegur !

by - Sabtu, Julai 20, 2013

 

Satu mesej dari jiran di Whatsapp utk group kejiranan ..

“ Ada sepasang merpati di depan rumah .. “

Aku membacanya dan terus perhatikan di luar tingkap. Ada sebuah motosikal . Aku menghela nafas. Tengok jam , hampir pukul 12 tengah malam rasanya ..

Aku naik ke tingkat atas dan melihat dari celah langsir. Hurmm.. Sebijik macam dalam gambar yang disertakan oleh jiran tadi.. Camana eh .. Jiran tadi ajak keluar dan gi tegur mereka.

Aku serba salah. Faham faham je la anak muda sekarang ni . Kalau ditegur , ada pulak yang makan hati dan berdendam . Lainlah kalau dia ada akal yg matang dan mengambilnya sebagai satu teguran kerana Allah .

Aku bagi masa pada mereka. Hingga jam 3 pagi masih ada tapi tak lama kemudian , lelaki tu pulang dan budak perempuan tu masuk ke rumah.. Jiran aku ni , anak anak dara .. Tinggal ramai ramai ..

Manakala jiran jiran aku ni , prihatin benar bab ni . Yelah , dari perkara kecil boleh jadi perkara besar. Dan bayangkanlah , jika ada penyamun ? Camana ?

Aku rasa .. kalau terjadi lagi malam ni .. aku sendiri la gi tegur . Bukan nak sangat menegur mereka tapi risaukan jugak la keselamatan mereka dan juga tujuan mereka ke situ ! Nak belajar ! Bukan takde kes pelajar cuba bunuh diri akibat putus cinta baru baru ni di kawasan kejiranan aku ni !

Tapi aku ni .. satu je masalah .. Kalau menegur , nampak macam marah lak .. Kena test depan cermin dan sediakan skrip ni ..

Ok tak gini ?

 

Aku : Assalamualaikum .. Berdua je ke ? Join sama boleh ? Tinggal sini ke ? Belajar lagi ke ? Ni adik beradik ke ? Oh, bukan ?  Ada cadangan nak kawin ke ? Oooo.. Kawan je ? Kalau kawan , rasanya tak manis la duduk berdua duaan kat sini kan ? Walaupun ianya kawasan terbuka tapi syaitan tak mengenal mangsa dan lokasi.  Dan bayangkan la kalau ada penyamun datang .. camana ? Sempat tak nak lari ? Kalau nak jerit , rasanya jiran nak datang tolong ke ? Salah sapa yer ? 

Satu lagi ni nak cerita .. Kalau bercinta sekali pon , tak payah la beria sangat. Tunggu abis belajar , masuk meminang dan menikah .. Keje ada .. duit ada.. masa depan pon terjamin . Ni belajar pon tak abis lagi kan ? Kalau jadi apa apa ? Sapa malu ? Sapa susah ?

Saya ni bukan nak amik tahu sangat hal adik adik ni .. Cuma risau ada kes cubaan bunuh diri je lagi ni .. Ada je terjadi baru baru ni .. Abis kecoh taman ni .. Haaa..

 

Amacam ? Boleh tak aku bebel gini ? Ke nanti dia ajak geng dia datang dan pukul aku ? Hahahha .. Adoi ..macam macam la zaman ni .. Tegur salah.. Tak tegur salah ..

Tegur baik baik ? Sedangkan dalam FB tegur baik baik pon leh jadi gaduh.. ni kan pulak depan depan .. depan gf dia lak tu .. huhu ..

Aku rasa .. baik aku repot polis je la.. Suruh je diorang yang halau .. senang citer !

You May Also Like

10 comments

  1. jangan polis. JAKIM lah kot.. tapi takut kena kahwin lak kan. camni... suruh polis ronda.. sampai 3 pagi.. bukan dia... nak kata sahur sama2.. nampak sangat menipunya kan.. takkan sahur sampai 4-5 jam...hihu...

    BalasPadam
  2. Abg Ben berhak menegur sebab mereka berada dikejiranan abg Ben. Tunjukkan jiran2 kat situ kurang selesa bila jadi mcm tu. Kalau dorang tak puas hati n berdendam, laporkan pada polis. Sekurang2nya abg Ben dah jalankan t/jwb abg Ben memantau kawasan sekitar tu ;)

    BalasPadam
  3. bro rehat2 jer kt luar umah tu ha..
    lari ler nnti merpati tu.

    kalau nk tegur jgn lupa rakam bro.

    BalasPadam
  4. Jgn gi sorg2. Bwk la 2-3 org jiran lain. So diaorg tau, org tak selesa.

    BalasPadam
  5. Pergi tegur ramai2 abg ben . Atau pun siapa yang berani tu jerit je dari tingkap rumah . Terkejut beruk dia nanti .

    BalasPadam
  6. sy cadangkan setiap 5mins g bagi salam kat dia... tak pyh cakap byk2... hehe..

    BalasPadam
  7. Abg ben nak tegur . bawak lah tasya sekali !! Tasya jadi bodyguard ben ! HAHA :DD

    BalasPadam
  8. yups, panggil polis je.kalau tegur dpn2, dak2 sekarang ni bahaya..kang tak dapat kita, keluarga kita lak jadi mangsa.

    BalasPadam
  9. kalau maksiat da ade depan mata, memang hkum dia Wajib mencegah. kalau ta mampu ngan tangan, dgn kaki pun boleh je.. haha. guwau2.
    act. pling malas pun cegah ngan hati. (but its kinda 'membebel sorang2 dlm ati mcm org sewel' ) haha. lbih baek cegah dgn lisan ...

    BalasPadam