Wah... akhirnya ... LPF telah keluarkan kenyataan berkenaan isu HANTU BONCENG ini .. Jeng jeng jeng ... Pasti tersenyum Ahmad Idham kerana JAKIM menyebelahinya .. Yeargkhhh ...
Memetik dari Mstar ;
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,".kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan. "
"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Pasni , ramai la akan berlawak jenaka dengan gunakan agama , asalkan tidak disebut dengan satu nafas .. kan ?