Last aku datang sini , umur 20 kot ?? Lupa dah .. Hehe.. Cun kan
?
Tu dia.. Realiti kehidupan di Malaysia .. Sekarang tak takut dah pada pihak berkuasa.. Takut pada Tuhan ? Lagi la tak .. Takut mati , ye la kot.. Berani tu kejap je ...
Dulu , aku tak tau pun kewujudan perkataan 'Langsi' dan 'Apa celup' ni .. Terima kasihlah pada pembikin filem masakini yang telah membuka mata aku .. Nampak sangat aku ketinggalan zaman .. Perghh... Tapi syukur , alhamdulillah .. Biarlah aku ketinggalan zaman dari mengikuti arus zaman sekarang ni yang entah semakin hilang nilai nilai moralnya.. Salah siapa ?? Jangan tuding menuding .. Sila selak kain sendiri ..
Haa.. ni berita terkini hiburan sensasi . Berbekalkan pengalaman belajar bergaduh yang ditonton kat filem barat ( filem kita tak ajar gitu ) , maka telah berlaku satu kes yang mana seorang remaja maut akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan ianya berlaku di IPOH ..
"Dalam kejadian 8 malam tadi itu, mangsa yang menunggang motosikal dikejar oleh sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat motosikal berhampiran simpang empat lampu isyarat Falim, Menglembu.
"Mangsa kemudian dikepung dan kumpulan lelaki itu menyerang dengan menetak di kepala dan badan dengan parang.Kumpulan itu kemudian melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan manakala polis yang menjalankan siasatan ke tempat kejadian menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh kumpulan berkenaan.".
Perghhh.. tu aku kata tadi .. Bukan KL je Gengster tapi IPOH pon dah mula Gengster .. Aku percaya bukan takat IPOH malah bandar bandar lain pun ada Gengster .. Perghh... Aku hidup dikalangan Gengsterisme ..
Nak join group mana eh ??? 4U2C ada lagi tak ? Newboyz ?? Aiseyman .. Aku g masjid je la ... Geng Masjid .. Geng Surau ada dah .. hehehe ..
Sumber Berita : Bharian
Selain Lembaga Penapisan Filem ( LPF ) , agak agaknya la kan perlu tak Dewan Bahasa Dan Pustaka juga libatkan diri dalam penapisan filem sekarang ini memandangkan rakyat Malaysia kembali menonton filem tempatan ?
Atau mungkin dah ada wakil dalam LPF ? Kalau benar dah ada , kenapa perkataan-perkataan pelik wujud dalam filem ? Sungguhpun wujud perkataan di dunia nyata , perlukah unsur negatif itu diterapkan dalam filem yang ditonton oleh anak remaja kita ??
Jangan main sedap nak kaut untung sampai ketepikan adat budaya kita .. Cuba tengok filem filem P.Ramlee (maaf , tu antara contoh filem terbaik masakini ) , bahasa dia tetap standard walaupun dalam babak samseng.. Jangan kata bahasa Melayu baru nak dicipta tahun tu ??? Tak silap , tokey produksi tu dari Hongkong kan walaupun beroperasi di Singapore .. P.Ramlee tetap terapkan nilai cintakan bahasa Melayu .. Sekarang?? Lu langsi ? Apa celup ??
Filem mendidik penonton secara tidak langsung .. Apakah ingin perkataan perkataan negatif ini diucapkan oleh anak remaja kita sekarang ?? " Apa celuuuup !!! " Cuba fikirkan dari mana datangnya perkataan tu ?? Ada blogger membongkarkan ayat tu .. Menurutnya , APA CELUP tu ialah WHAT THE FUCK !
Terperanjat ? Rujuk entri sahabat APA CELUP adalah WHAT THE FUCK .. Baca dan fahami sendiri .. Inikah budaya yang ingin kita pada masa akan datang ? Budaya berbahasa samseng ???
Diharap pembikin filem dan penulis skrip dapat menilai semula setiap karya mereka .. Ingat , apa yang anda lakukan adalah saham anda .. Diharap DBP dalam ambil langkah permulaan.. Jangan tunggu hancur baru nak mula bersuara ...
Cinta Muka Buku .. Facebook Love ? Hehe.. tak kisah la .. Adik Najwa kita ni dah mencetus satu fenomena di kalangan remaja dengan lagunya yang popular tu .. Dasat kan ? Skang lagu tu top di stesen stesen radio .. Ok la kan ?
Aku pernah lepak sekali Najwa sewaktu buat vlog dia bersama 1tube. Orangnya , cool .. Pemalu tapi hormat pada yang tua .. Alhamdulillah .. Berlagak ? Jauh sekali.. Suara ?? Best ! Main gitar pon teror .. Cikgu Siti Hajar yang ada ketika tu pon sukakan suaranya..
Punya bakat dan tak mustahil akan meletop dalam masa terdekat ni. Harapnya , Najwa jgn jadi cam ada sorang 'akak' tu la .. Bagi aku , mengarut kebelakangan ni.. Maaf cakap yer buat peminat 'akak' tu .. Bukan anti tapi bagi aku , mmg mengarut ..
Buat Najwa , teruskan usaha .. Jangan lupakan pelajaran .. Tu paling penting .. Jadilah artis berpendidikan seperti arwah Sudirman serta kreatif seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee .. Yang penting , hiburkan peminat anda dengan bakat di samping berdakwah .. InsyaaAllah ... OK ? Cun !!!
Blog Pilihan : mrs penguin
Umur aku , 35 tahun . Pelbagai pekerjaan pernah aku buat termasuk menganggur bertahun lamanya.. Sepanjang 35 tahun ini , apakah pengalaman hidup yang paling menarik sekali yang tak mungkin aku lupakan ? Menjadi GURU SANDARAN selama 2 tahun ..
Apa yang menariknya ? Sepanjang 2 tahun itu , aku merasainya seperti bertahun lamanya .. Setiap saat bergerak adalah saat yang sangat indah ! Melihat muka anak murid mengingatkan aku pada zaman persekolahan dulu , betapa aku anti pada guru !!
Bila aku bergelar GURU , aku akan pastikan anak murid tidak ANTI pada aku .. Sukar sangat tapi itulah kehidupan ! Ibarat seorang rodeo menjinakkan seekor kuda liar .. Jika dijinakkan , kuda itu akan menurut kata malah akan manja pada tuannya .. Aku tak la kata anak murid tu kuda tapi ibarat laaa .. aiseyman..
Sukarkah menjadi GURU ? Tak ! Jika punya minat serta dedikasi terhadap tanggungjawab , InsyaAllah akan dipermudahkan . Jika takde minat , suruh jadi perompak pon tak mungkin dapat rompak rumah ! Haa.. Tu contoh je la.. Jangan ikut lak !
Mungkin korang kata , " Alaa.. 2 tahun pon nak kecohhh .. "... 2 tahun di situ , 6 tahun di sektor awam yakni kementerian pelancongan , 4 tahun bergelar programmer , 2 tahun jadi konduktor bus sekolah .. Haaa.. Aku tetap kata 2 tahun sebagai guru itu tetap indah !
Saat paling aku suka ialah , menarik kerusi murid kemudian duduk di tengah-tengah kelas dan diam ! Bayangkan la masa tu badan aku cam Stone Cold ngan kepala botak lagi ! Hahahahaha.. Diam wehh anak murid !! Hahaha.. Dalam hati aku , ketawa terbahak bahak .. Rupanya camni laaa perasaan cikgu aku dulu ehhhh .. Hahahha.. Hampehh ..
Bila kelas tak dapat aku nak handle , aku panggil semua dah duduk di lantai .. Aku bukak cerita .. Kisah pengalaman hidup aku yang aku tokok tambah lagi bagi lagi sedap dan menakutkan mereka .. Haaa.. Yelah , aku jahat .. hahaha.. Tapi niat aku nak sedarkan mereka akan beruntungnya mereka sekarang ini berbanding nenek moyang kita dulu ..
Aku bersekolah Menengah di sebuah sekolah yang mana zaman aku tu , kalau sebut nama sekolah tu , confirm menitis air mata punya laah .. Antara sekolah budak nakal . Aku ni dah la baik budaknya.. Takde rekod disiplin langsung wooo .. Tapi bila tercampak kat situ atas sebab yang tak diketahui ( UPSR cemerlang okeh !) , aku tawakal je la.. Nasib baik ada abang aku kat situ .. Abang aku tu lak , dah jadi cam adik beradik ngan Pengetua sekolah . Takat kena rotan tu ibarat dapat gula gula setiap hari .. Tu abang aku ..
Budak nakal ... Bila aku masuk situ , aku jadi nakal.. Dalam kepala aku hanya nak main bola je .. Pelajaran , bila ujian , 50-50 je lulusnya .. Malas belajar ..
Satu hari tu , seorang guru Sains , panggil aku mengadap dia .. Dia berikan aku satu buku teks tambahan untuk rujukan pembelajaran aku .. Weh !! Mengalir airmata okeh !! Tak sangka ada guru amik berat pada aku .. Selepas tu , subjek Sains adalah subjek kegemaran aku .. Kalau gagal , aku malu pada dia ..
Dalam kelas , aku duduk bersebelahan dengan seorang budak ni .. Dia ni , masa SRP ( skang PMR ) , score cermerlang punya laaa .. tapi dia tak nak masuk sekolah budak pandai .. Nak stay sekolah tu gak..
Satu hari tu kan , dia datang sekolah .. Dia bawak satu paket besar ganja !! Terkedu aku !! Aku rasa kalau buat spot check , ngan aku sekali kena ni sebab subahat ! Tapi dah dia ni spesis gengster sekolah , aku wat dek je la .. Lagi pon dia bukan kacau aku pon ...
Malangnya pelajar pintar cam dia ni , terbiar hanyut .. Bukan dia je , ramai lagi .. Yang nak belajar ni ramai sebenarnya tapi tak dapat perhatian dari guru.. Aku tak salahkan guru .. Tapi kalau semua guru punya semangat dedikasi terhadap anak muridnya , aku rasa sampah masyarakat di negara kita ni berjaya dikurangkan ..
Sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan bersama tapi panjang lebar lak .. Kesimpulannya bagi aku , Menjadi GURU adalah seperti menjadi LILIN .. Gaji tak seberapa tapi pengorbanannya adalah sangat mulia .. Bukan semua orang mampu jadi guru yang baik dan benar benar komited pada amanahnya ..
Bagi mereka yang bergelar guru sekarang dan akan datang , Terima kasih .. Tanpa anda , sekolah tiada berseri.. Berkhidmatlah kerana Allah .. Berkhidmatlah kerana anda mencinta tugas anda itu .. Anggap setiap anak murid seperti darah daging sendiri.. Didiklah mereka seperti mana anda dididik satu tika dulu ... Terima kasih Cikgu..
Sekadar pengalaman hidup ...
Blog Pilihan : NasZ
Mula-mula , aku nak minta maaf dulu la yer .. Kot nanti ada yang terasa akan entri aku ni... Ini cuma satu entri motivasi saja buat diri aku dan juga rakan rakan blogger yang masih belajar mengenai blog ini ..
Trafik adalah pengunjung blog .. Mula-mula , kita kena tau niat kita .. ' Kenapa aku buat blog ni ?? ' . Hurm... Jangan jawab kat aku.. Simpan dan teruskan membaca entri ini ..
Majoriti yang buat blog ini adalah kerana suka-suka kan ? Ok.. Kalau suka suka , apakah yang korang logkan setiap hari ? Jangan jawab kat aku.. Kembali lihat blog korang ..
Apakah korang logkan aktiviti harian korang ? Atau korang logkan isu-isu semasa ? Kenapa dan mengapa korang buat begitu ? Jangan jawap gak kat aku .. Simpan jawapan tu ..
Fikirkan semula .. Trafik yang masuk ke blog korang tu , kerana nak baca blog korang ? Atau kerana mereka sedang mencari maklumat ? Kalau mereka masuk ke blog korang semata mata nak baca aktiviti korang , korang rasa la kan , dengan status kita ni yang bukan selebriti ni , berapa ramai nak tau sangat ? Selain kawan kita , ahli keluarga atau kenalan maya kita ? Jadi , berapa tinggikah trafik harian kita ?
Berbanding mereka yang logkan isu isu semasa ke dalam blog mereka . Pastinya trafik akan tinggi melambung .. Tapi , kembali fikir semula tujuan asal kenapa korang buat blog ?
Dan fikirkan kembali sudut kepuasan berblog dan menulis .. Bayangkan 10 orang masuk blog kita semata mata nak tau apa yang kita buat hari ini , bukankah itu satu perkembangan yang bagus ? Sekurang-kurangnya ada orang masuk dan baca ... Kalau takde sekali pun , kembali ke niat berblog .. Senantiasa kembali ke niat berblog .
Buat mereka yang melogkan aktiviti harian mereka seperti aku ni ,di dalam blog .. asalkan ada orang masuk baca , setiap hari adalah cukup bagus dari kita duduk tengok tv setiap hari atau pergi merewang tak tentu hala...
Menulis serta berkongsi pengalaman hidup adalah satu budaya yang sihat dan patut dibuat oleh semua orang .. Ceritakan yang baik , luahan pendapat melalui cara yang betul pastinya akan mendapat perhatian seseorang , satu hari kelak .. Sapa tahu bukan ?
Berbloglah kerana anda ingin berblog ..
Blog Pilihan : fRyNcEsZ raRA
Esok , akan menjadi satu lagi langkah bersejarah bagi aku sebagai seorang blogger .. Sebelum ni dah selangkah selepas setahun bergelar blogger ( klik SINI ) . Dan segenap 2 tahun aku bergelar blogger , aku dijemput menghadiri pelancaran album english Dato Siti Nurhaliza , esok di Star Hill , Kuala Lumpur . Ada jamuan open house SimplySiti sekali ..
Hurm... Tertulis kat situ WEAR COLORFUL GLAM ! Aiseyman .. Aku ? Pakai GLAM ?? Adehhh ... Serius .. Takkan GLAM punya laa.. Kalau aku letak lampu lip lap , mungkin nampak GLAM kat aku .. Hehe.. Entah la..
Seperkara yang bermain di kepala otak aku ni lak .. Wife masih belum sihat.. Tak henti muntah dari semalam selepas makan .. Tapi malam ni , selepas aku suap sendiri mee goreng dengan menggunakan jari aku sendiri , Alhamdulillah .. Tak muntah dah ! Apakan enzim lelaki yang keluar dihujung jari aku memberi kesan padanya ???
Kalau dia sihat esok , maka aku akan sampai ke Star Hill.. Kalau tak ? Kena bawak g hospital la wife aku tu.. Sian dia .. huhuh.. Bye bye GLAM !
Eh , lupa lak.. Patut la artis kena GLAM kan ? Setiap event tu kena baju baru.. Takkan nak pakai baju sama kan ? Yelah , yang datang tu muka yang sama jee.. nanti ke perli lak .. Hahahaha.. I bukan artis okeh !! Retis pon tidak ! Tak relaaa uuu...
Blog Pilihan : sharifatul aida
Kesilapan Mamat Sepah mengupload gambar Fida tak bertudung ke Facebook menyebabkan Fida mendapat malu yang teramat sangat .. Janganlah kata itu untuk tontonon peribadi. Amat bodoh sekali jawapan itu. OK , itu cerita lama yang patut dijadikan pengajaran .
Ni ada lagi kes perempuan perempuan yang tak sedar diri yang suka mengupload gambar seksinya ke FACEBOOK untuk tontonan kawan-kawan mahupun ahli keluarganya ! Jangan tak tau !! Ada okeh !! Dia rasa bangggaaaaa sangat dengan perbuatannya .. Bila orang jaja gambar dia , tau pulak malu !! Hampehhh ..
Persoalan ! Dia tak fikir ke maruah keluarganya ? Kalau diri tu dah takde maruah , jangan gadaikan maruah keluarga dengan menayangkan gambar seksi ala ala api neraka tu di FACEBOOK ! Sapa suruh follow FB dia eh ? Masalahnya dulu tak gituuuu.. Gitu ok jee.. Dulu , berbaju kurung weh ! Tapi bila dah kenal dunia GLAM gitu , terus lupa daratan !
Akak .. akak tu bukan mantap sampai umur 60 tahun ! Lagi setahun dua , layut dah !! Maaf cakap kasar ni .. Tapi aku serius tak leh tengok perempuan begini ..
Aku bukanlah nak tunjuk alim ..Tapi aku malu weh.. Perempuan tu , melayu dan beragama Islam .. Kalau nak buat gitu sekali pon , buat la antara ' kau dengan Allah'.. Kitorang tamo tengok.. Kalau tengok , kitorang sedekah pahala kat kamu tu..
Jawapan terbaik.. UNFRIEND .. Semoga bergembira dengan dunia GLAM kau yang tinggal sehari dua dan seterusnya akhirat tanpa batasan waktu ..
Ada aku kisah ??? Aku tau itu yang akan kau kata dalam hati .. Bak kata kawan blogger , KALAU KAU MATI , KAU MANDI SENDIRI , KAU ANGKAT JENAZAH KAU SENDIRI , KAU TANAM SENDIRI , KITORANG PON TAK KISAH LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ...
Bukan marah tapi nasihat ...
Blog Pilihan : this is qimay
Ini adalah kali pertama adegan ranjang Jacky Chan setelah hampir 100 buah filem dia berlakon. Adegan ini dilakonkan bersama Li Bing Bing setelah kedua-dua-'memabukkan' diri sekejap ..
Menurut Li Bing Bing , dia terpaksa memabukkan diri kerana gementar untuk melakon adegan bersama Jacky Chan. Namun , adegan itu terpaksa dipotong kerana terlalu panas untuk ditontonan umum ..
- Yahoo
Blog Pilihan : keyna kina
Dulu Awie.. Skang Farid Kamil ... Hurm... Tahniah la yer .. Hurm ...
Ayahanda kawasan mana pulak ni ? Awie , setahu aku Ayahanda di Bukit Antarabangsa tu ..kan ?
Gambar ni diambil oleh aku sendiri sewaktu Awie datang ke majlis perkahwinan sepupu aku di Pulau Pinang.. Kira 'adik-beradik' la.. Ada kes sewaktu Awie , problem di Penang dan sepupu aku dan kawan dia ( atas arahan) tolong settlekan .. Best kan ? Rujuk entri SINI ..
Bukan takat Awie je .. Yang satu kes ni , aku pon join sekali .. Waktu Adam AF ada masalah dengan ayah angkat dia .. 'Adik beradik' gak terlibat masa tu .. Aku ikut sekali masa tu .. Memang layaaannnn .. Bila along angah turun.. hehehe .. Otai Kg Baru turun masa tu.. Kekekek.. Ni real punya KL GANGSTER .. nun tahun 2007 kot ..
Tapi tu cerita dulu laa... Ada bagus dan ada tidak bila kuasa disalahgunakan .. Wallahualam .. Harapnya tidak berlaku pada Farid Kamil ..
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Episod [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8]..
" Hurmmm ... "
" Hurmm .. "
"Entahlah.. "
"Serik dimalukan begitu .. "
" Tak pelah .. Biarlah Ben begini. Dulu boleh , sekarang pon ok jer .. Tak pernah mintak kasih sayang dari sapa sapa pon .. Haih .. "
" Mungkin bukan jodoh kita sekarang .. Ada baiknya kita berkawan .. tu mungkin yang terbaik buat kita.. Mana tau , jika ada jodoh kita , tak kira miskin atau kaya , pasti bersatu .. "
" Yelah , Ben balik dulu .. Jumpa lagi .. Bye Adawiyah .. "
Masih bermain di kepala aku segala perbincangan antara aku , Riana dan Adawiyah. Aku nampak Riana memandang aku dengan penuh kesayuan. Apa lagi yang boleh aku katakan lagi ? Cukuplah aku dimalukan begitu tadi.
Kembali merenung komen yang ditinggalkan oleh Anonymous di blog aku.
Kenapa Ben ? Kamu semakin 'menghilang'. Apakah cinta membinasakan kreativiti kamu ? Saya rindukan Ben yang dulu. Penuh 'romantik' tapi sekarang ??
Haih......Buntu aku ...
Firman Allah Ta'ala ( al-Haj 22:5-7):
Maksudnya: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebgai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (sangat tua), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. "
Ada yang kurang faham di entri INI .. Aku ni bukanlah ahli agama untuk membincangkan isu agama atau seorang doktor . Tapi apa yang berlaku pada isteri aku membuatkan aku tertanya-tanya ..
Menurut seorang rakan blogger yang mana seorang doktor , katanya itu adalah perubahan hormon yang menunjukkan kandungan sihat .. Ok , aku terima .. Tapi dari satu sudut aku kembali terfikir ..
"Apakah sumber rezeki aku itu halal ? ". "Apakah makanan yang isteri aku makan di kedai tadi tu besih ? Atau kandungan makanan tu ada yang dicampur bahan yang tidak halalkah ? "
Isteri aku mengandung 3 bulan .. Orang kata awal trimester ni , si ibu kuat mabuk dan muntah-muntah .. Kembali lihat pada ayat Al-quran tadi ..
"dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi ."
Sebagai seorang ayah dan ibu , kita asyik fikir 'baby tu' asyik lapar je kan ? Jadi kita asyik cari makanan .. Tapi macam aku kata tadi la.. kita terlupa bahagian tu .. Setiap saat dan minit , Allah mengajar kita dalam kehidupan ini ..
Aku terfikir .. "baby ni tak nak dibentuk dengan makanan yang tak bersih atau sumber rezeki yang tidak diberkatikah ?" . Apakah duit yang aku dapat itu tidak berkat ??? ".
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)
Bila terfikir gitu , aku kena hati-hati dengan apa yang aku lakukan sebelum ini kerana aku akan membesarkannya dengan pekerjaan yang aku lakukan ..
" Makanan dan minuman yang halal dan baik itu menjadi punca kebersihan akal, jiwa dan batang tubuh manusia. Mereka yang membesar dan berkembang dengan sumber makanan halal dan baik akan mendorong mereka lebih berhati-hati jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan budaya berdosa. Jika terlanjur pun dia akan segera menyesali dan bertaubat nasuha. Begitulah hebat dan mujarabnya kesan makanan halal kepada akal, jiwa dan fizikal manusia. "
Dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam al-Ghazali tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu anak-anak :
“Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor ”. - Sumber
Bayangkan maksud yang tersirat dari setiap kejadian. Kita diminta berfikir dan berhati-hati dalam setiap perbuatan ..
Sekadar terfikir.. Wallahualam ...
Blog Pilihan : Muhammad Najmi