Aku takkan kemana mana jika begini ..

by - Jumaat, November 19, 2010

 

Kalau korang perasan , aku hanya bermain sekitar blogger blogger baru jer .. Tiada aku bercerita tentang blogger blogger lama kecuali geng geng blogger masakan ..

Jika aku berterusan begini , aku takkan ke mana mana .. blog aku hanya hanya bertaraf begini sahaja .. Nak keluar suratkhabar ? Jauh sekali la kan .. lagi pon aku tak berharap pon sbb blog aku ni tak de apa pon yang menarik .. Tapi ada yang pelik kan ? Kenapa blog aku jadi tumpuan ? Jangan pelik .. tu kenyataannya ..

Tapi ! Aku tak menyesal langsung .. aku rela begini lagi dari maju lebih jauh.. sbbnya aku suka ditahap begini.. kalau orang kata blog ben ashaari ni blog tah hapa hapa .. aku senyum.. tak mengapa.. sbbnya mmg aku nak begini .. Hari ini , esok dan selamanya .. InsyaAllah , cerita dalam blog aku ni adalah cerita hati aku ...

Aku tak nak popular .. aku tak nak glamer .. aku tak nak jadi top blogger .. Tamo dan tak berminat .. apa yang aku nak .. cukuplah apa yang aku dapat sekarang .. Alhamdulillah ... rezeki yang aku tak sangka yang aku boleh rasa ,  yang selama ini aku hanya mampu tertelan air liur bila orang berbicara mengenainya ..

Aku boleh , korang pon boleh.. Ni ada sorang adik adik blogger kita ni ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan .. Apa kata kita bagi mereka sokongan ..

Terima kasih semua atas sokongan korang yang tak berbelah bagi terutama BORAK KOSONG yang sering mendahului aku bila jadi FOLLOWER mereka .. hahahaha.. adeh.. MAT GEBU pon sama gak.. tau tau muka diorng terpacak dalam tu .. Aik ??? Baru masuk je tau tau diorng dah terpacak dalam tu.. Hahahha..bagus bagus...

You May Also Like

14 comments

  1. Heyy BRO.. tanpa orang seperti U, cemana blogger lain hendak belajar.

    Sometimes, U beri info pun tanpa U sedar, tapi yang baca mendapat sesuatu.

    Keep it up!
    Adakala kita tidak perlu tahu sumbangan kita pada orang lain.
    Tapi doa yg baik2 kepada kita, pasti akan ada...

    BalasPadam
  2. nanti dah 10000 follower update le blog ni..kekekek

    BalasPadam
  3. alamak...merendah diri plak Incek Ben nih... ayoyo...

    pasti ramai gadis-dara-janda-wanita yang terpikat dengan Incek Ben lepaih ni...hahaha...

    jaga2 Incek Ben....bahaya tu...hehehe...kang ramai yang angau kang siang malam termimpi2 incek ben mereka...mandi tak basah...tidur tak lena..makan tak kenyang...

    p/s : pendekar senyum je baca entry ni...(^_^)

    BalasPadam
  4. Alamak BRO...
    I try masuk blog yg pertama tu (AMYRA), tapi dia terlalu banyak gunakan ejaan dan bahasa SMS laaarrr...

    I tak leh baca blog yg guna tulisan macam tu. SORI BERLORI. Terpaksa reject sorang dah...

    BalasPadam
  5. encik ben...

    cane nak buat encik ben promote blog blogger baru eh? jeles pulak tgk kwan2 blogger2 lain mendapat perhatian dari encik ben :)

    sory kalau sy ade telepas pandang:)

    tp kalau boleh encik ben bgtahulah caranya :) Mane tau ada kawan2 blogger lain pun nak tau jugak :)

    tq encik ben :)

    BalasPadam
  6. @azieazah
    aik..terus reject kawan tu kenapa?kejamnya

    BalasPadam
  7. Saya cuma beri sokongan pada blogger2 muda dan pada Ben juga...

    BalasPadam
  8. Hai!! Ben, aku pun orang baru gak... ne tengah sibuk2 blogwalking kat mana2 yg terklik!!!

    BalasPadam
  9. hehehe..kiut je bila en ben guna perkataan 'tamo' tu..ehhee..sory lari tajuk..but still nk komen jugak..tamo ketinggalan

    BalasPadam
  10. will owez be ur blog reader.
    x komen x semestinya xbaca kankankan..
    sumtimes xda benda nak komen...tp..always hadir ok...:)

    BalasPadam