Apa yang perlu dilakukan jika isteri merajuk ?

by - Selasa, November 16, 2010

 

Haa.. ramai lelaki fikir dia tau bab ni.. Ala .. ais batu campur la hati perempuan neh.. bukan susah nak pujuk.. kan kan ? Masalahnya berapa ramai lelaki nak pujuk bila isterinya merajuk ?? Cuba masa bercinta dulu .. suruh korek lubang kubur pon sanggup !! Skang ? suh korek lubang cacing pon malas ! Kan perempuan kan ?

Sebenarnya kan .. lelaki bukan malas nak pujuk.. tapi lelaki banyak perkara nak pikir.. Hal rumahtangga dia .. rumah orang tua dia.. rumah jiran tetangga dia.. hal pejabat.. hal seketari bos ... hal janda depan rumah tu .. haa.. anak anak .. camana tu ? Maka mmg takde masa la nak pujuk .. tu belum habiskan masa dengan blog.. haaaaaaaaaaaaaa..... kantoi sudah !

Ala... perkara mudah .. biarkan jer .. lama lama sejuk la tu kan .. Hati perempuan ni , sejuk dia sejuk ais  batu.. lama lama jadi aisberg.. tau tau dah masuk zaman aisbatu.. baru padan muka lelaki..

Maka tak hairanlah sekarang ni wujud kes kes makan luar disebabkan masalah telekomunikasi ni kan ? Salah suami salah isteri.. Tapi yang sepatutnya ialah elakkan semua ini kerana yang memandang kita ialah ALLAH !!! Segalanya akan ditimbang kelak .. Maka sanggupkah kita melakukan dosa yang tidak sepatutnya kita buat ?

You May Also Like

18 comments

  1. x baik la wat isteri mcm tue..isteri pon skng nie dah jd superwoman..byk benda nak kena fikir even x keje..

    BalasPadam
  2. alamak!..sy xkawen lagi..awek pun xdak..hehe...so,xde tips lah nk kongsi,..tp ade gurl penah cakap kat sy yang gurl nie mudah memaafkan tapi susah melupakan..betol ke encik BA?

    BalasPadam
  3. stuju dgn ida..isteri pun bnyk nak pikir, bukan suami je tau..

    BalasPadam
  4. heheh,
    msti isteri abg ben tgh merajuk an?
    pujuk la,
    pnt je dye majuk klu xd org pjuk.
    heheh

    BalasPadam
  5. kalau wife aku merajuk.. aku merajuk 2x ganda daripada dia.. lama2 dia yang pujuk aku.. keji tak taktik aku ? har har har..

    BalasPadam
  6. senang jer nak pujuk....
    buat macam Ne-Yo dalam VC lagu One In The Million. sure cair hati isteri sebab suami romantik and superb sangat.
    tgk kat sini VC dia

    http://natasha1987.blogspot.com/2010/11/ne-yo-one-in-million.html

    BalasPadam
  7. actually kan en BA, saya nak kongsi tips yang sebenar2 nya la..salah falsampah tu"kalo dibiarkan lama2 sejuk la tu"...itu tidak betul sama skali.

    sebagai seorang isteri saya rasa kan..lebih baek korang pujuk terus, jgn tunggu lama, kalo dibiar itu la buat lagi bertambah "PANAS" ok...

    kalo istilah kerak nasi tu mmg la..cuma cara prosedur nya kene betull..cepat dan tepat..bukan biar kerak nasi tu timbul atas air..huhu..

    BalasPadam
  8. laki fikir je banyak yang banyak buat keja isteri tol tak...mana lagi letih ek, tambah2 isteri yang keja, balik umah kena buat keja lagi, laki balik umah ner buat keja pun kan...so kecian lah isteri anda heheh..y not kalau pujuk je, hati pmp cepat sejuk,penat2 buat keja umah kena pujuk leh rase happy tau...tp sy lum kawen g pun sibuk gak nak bagi pendapat huhuhu..

    BalasPadam
  9. lelaki neh mmg ar.. tau bini merajuk.tp tanak pujuk..ego satu hal, satu hal lagi maybe malas layan. amalkan la selalu.. nnt lama2 si isteri asik pendam ja.. sekali meletup "tiada maaf bagimu leerrr!!". lelaki neh, bila dh kawen, pandang mudah jer hal2 kebajikan isteri, jgnkan birthday bini nk ingat.. adiah pun tanak kasik.. dia tak ingat langsung pengorbanan isteri mengandung dan lahirkan anak utk dia.. apa la salahnya kalo beli sepotong kek pun..

    BalasPadam
  10. haha! tak baik taw abg ben ni..
    mana boleh biar cam tuh je..
    nati dah selalu mkn hati..
    lama2 xde hati dah..
    haa..mcm mana tuh?
    =D

    BalasPadam
  11. yer ker...ala senang jer,..kirim la bunga masa dia kat opis or kat rumah...sure pas tu oke dah..

    BalasPadam
  12. apa kata sama2 main peranan.. lelaki jangan la buat acuh x acuh langsung and si isteri jgn la merajuk over sangat..kan..kan??

    BalasPadam
  13. agama...
    kasih sayang..
    persefahaman....
    kejujuran...
    ketelusan..

    resepi2 penting dlm rumah tangga..
    merajuk, kecik ati, marah, suka, gembira, susah, senang..
    dilalui dan ditangani bersama...

    insyaLLah..

    BalasPadam
  14. tumpang lalu..

    BC berazam jd isteri yg baik!
    doakan ada org minang BC k..
    tetttt!salaH lg...

    give more love,less hate.:)

    BalasPadam
  15. Mr Ben..kadang-kadang...memang la isteri sejuk dan elok dengan sendirinya..tp kena ingat,isteri merajuk untuk curi perhatian suami,nak manja2.

    BalasPadam
  16. waa....xleh la cmtu...isteri pon byk juge pekara nak pk...nak jaga suami...nak jage anak..nak keje tlg cari rezeki same ngn suami...nak masak...majuk sket...pujuk jelah...xkena caj pun...isteri tmbh syg lg ade...kankankan....heheh...suami klu majuk pon suh isteri pujuk gak kan?

    BalasPadam
  17. sangat setuju dgn SYALINDA JOHARI..ingat kaum suami , jangan sampai tiada maaf bagi mu..saya pun rasa lelaki ni mula wat perangai acuh tak acuh bila dah jadi suami..masa bercinta semuanya nak amik tahu, bila dah kawen, isteri merajuk buat x tau jek..mmg banyak kes macam ni.

    BalasPadam
  18. @iBu-Afif

    sedikit pendapat dari kaum suami..
    tidak semua... sesetengah suami mungkin...
    yg lagi setengah, tidak memujuk si isteri merajuk itu bukan saje buat xtahu..
    - mungkin siLap (terjadinya merajuk) itu dtg dr si isteri sendiri..
    - si suami mungkin dengan niat ingin 'mendidik'
    - maybe isteri mengharap tp mungkin suami sedang mencari 'masa' yg sesuai utk memujuk..
    - kadang2 betul suami xtahu(bukan buat2 xtahu) isteri perlu bagi 'hint' yg dia tgh merajuk dan mengharap dipujuk..
    - mungkin mood suami xmengizinkan untuk memujuk ketika itu..

    -si isteri pun kene paham jugak..
    mase bercinta.. kiter hanya mengenali 'half' pesonaliti dan life pasangan kiter..bile kawen, baru full secret reveaL.. itu kenyataan..
    mase becinta.. tiada pemimpin, tiada yg dipimpin.. biLe dah kawen, suami memimpin, isteri dipimpin..
    suami ketua keluarga.. so bantu lah kami 'mentadbir' bersama..
    tidak pernah dinafikan , kejayaan seorg suami. adalah sokongan isteri yang hebat di belakangnya...

    BalasPadam