Keputusan UPSR dan minta SPM ditunda
PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan Khamis depan.
Lembaga Peperiksaan Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Seramai 494,493 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat pemeriksaan di seluruh negara.
SHAWL TERKINI dari ISLAMICOPARADISE
Kerajaan diminta tunda SPM jika banjir berterusan
KUALA LUMPUR: Kerajaan dirayu supaya menunda peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana banjir terburuk yang kini melanda Kedah dan Perlis dibimbangi boleh menjejaskan persediaan calon di kedua-dua negeri berkenaan.
Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata kerajaan wajar memberi peluang kepada mangsa banjir terdiri daripada calon SPM membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi peperiksaan itu yang dijadual bermula 23 November ini.
"Saya dapat merasakan kesusahan mereka kerana terpaksa mengulang kaji dalam keadaan yang berpindah randah, buku-buku pula mungkin ada yang hilang atau basah terkena air. Justeru, perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan perhatian pelajar dalam membuat persediaan untuk SPM.
"Kerajaan perlu sensitif kerana situasi yang tidak kondusif mampu menjejaskan peluang pelajar untuk cemerlang dalam SPM dan ia turut membabitkan masa depan mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, bersetuju supaya SPM ditunda kerana banjir menyukarkan calon peperiksaan memberi tumpuan kepada pelajaran, terutama jika terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara banjir.
Katanya, kerajaan juga perlu memberi bantuan kepada calon terbabit untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sekeluarga terjamin.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berharap Jabatan Pendidikan Negeri di negeri yang dilanda banjir, memberi laporan lengkap kepada kementerian dan pihak berkuasa berhubung situasi sebenar yang dihadapi calon SPM.
"Ini adalah soal kebajikan. Sebagai seorang yang pernah mengambil SPM, saya tahu bagaimana keadaannya kalau tidak mempunyai ruang dan situasi yang kondusif untuk belajar sebab SPM ini 'berat'.
"Jadi saya harap jika banjir terus berterusan, tunda dahulu SPM sehingga keadaan pulih," katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir berlarutan sehingga SPM berlangsung termasuk memindahkan calon SPM ke sekolah lain bagi kemudahan mereka.
Banjir yang kini melanda Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menyebabkan 31,000 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara. - BERNAMA
9 comments
alamat suka lah adik kt umh SPM lbt lg...
BalasPadamwah bestnya kalo betul cadangan ni diterima kan...mudah mudahan...hehe
BalasPadammmg patut tunda.
BalasPadamtidak adil untuk mereka yang terkena musibah banjir.
haha . ramai la akan tersenyum kalau spm ditunda . heehe
BalasPadamadik sy amik upsr..
BalasPadamdoakan diewW!
kalau tunda, seluruh negeri ke, kedah perlis je? Kalau tunda yahoo la mira..hehehe
BalasPadamsian jugak la cikgu2 yang jaga SPM nanti. KAlau ditunda, cuti lambat la diorang.. Hmm, demi tugas, okay je lah.
BalasPadamadik nana amek upsr ngan spm...doakn dorank juga..
BalasPadamhope adik2 dapat tempuhi semuanya dgn tabah..
BalasPadamGood Luck !!!