Latihan Wataniah dalam kursus PTD

by - Selasa, November 23, 2010

 

PUTRAJAYA 23 Nov. - Progam latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai satu kurikulum kursus Diploma Pengurusan Awam, yang diikuti pegawai-pegawai muda Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia.

"Ia akan dilaksanakan pada pengambilan bulan ini," katanya pada majlis pelancaran pasukan sukarela Askar Wataniah di JPA, di sini hari ini.

Pada September lalu, Abu Bakar berkata, JPA sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus pegawai PTD bagi menambah baik program sedia ada.

Mengenai program Askar Wataniah JPA, Abu Bakar berkata penekanan latihan yang berkaitan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani mempunyai kekuatan dalam pembangunan dan pemantapan modal insan penjawat awam bagi membantu transformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020. - Bernama

-UTUSAN-

You May Also Like

3 comments