Zaid tarik diri tanding timbalan, letak semua jawatan

by - Isnin, November 08, 2010

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.

Zaid berkata, beliau akan terus komoted dalam barisan pembangkang dan akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Akhirnya, saya berharap kepada penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim), janganlah lagi saya dianggap "pengacau" dalam menghalang perarakan mereka untuk ke Putrajaya. Saya ucapkan mereka berjaya," katanya.

- BHARIAN-

You May Also Like

9 comments

  1. zaid boleh join pas pulak pasni. hampa kan org kb. kelate kito:)

    BalasPadam
  2. Banyak masalah juga dia ni agaknya..

    BalasPadam
  3. huh politik memang selalu panas. dlm parti saja dah bergolak tak tentu hala,, apatahlagi nak mentadbir negara.

    entri terbaru:
    hutang menggunung nak tunjuk kaya
    benci orang tikam belakang

    BalasPadam
  4. Saya benci politik kat Malaysia ni. Bila saya ikut perkembangan semasa, semakin sakit hati. Lepas tu, terlibat dengan rasuah sana sini, macam ni ke pemimpin negara?

    Kes ni, asal keluar je, kutuk parti sendiri. Kalau macam ni, saya sokong parti bebas je la akan datang. Puas hati.

    BalasPadam
  5. fuyyohhh, sehari berape kali nk update blog .. rajen nyeee

    BalasPadam
  6. macam tak percaya jer...
    itulah politik... kekadang banyak putar belit... pusing sana pusing sini...

    BalasPadam
  7. xsuka politik..my opinion..org plg teruk ialah org yg lompat parti....

    BalasPadam
  8. tak suka org politik yang main politik pening.. nak tak nak, kite kne amik tau dan terlibat dgn politik.. paling kurang, pilih pemimpin/parti yang paling dipercayai..

    tp org2 politik ni byk dh kotorkan politik.. jd srabut plak sume skali..

    bt mse skrg, aku plg pcaya pd pas.. sies! walupun kite dpt gmbrn2 bruk jgk tntg pas, at least tak la setruk yg lain.. dn masih boleh yakin dgn dsr yg die bwk.. yg lain? masih lg bmain dgn duit duit duit...

    BalasPadam