Iskh iskh iskh... dunia oh dunia ... Sampai gitu sekali eh ? Seorang suami merogol isterinya kerana degil ! Haaa.... Apa kes sebenarnya eh ?? Menurut Hmetro , "mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.
Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama. ". -HMETRO
Wah.. ni kes isteri degil la eh ? Hurm..tak dinafikan makin ramai isteri di zaman ni keras kepala .. Kenapa boleh jadi begini ? Ini pendapat aku je yer .. Wanita zaman ini yang punya kerjaya profesonal dan berdidikan yang tinggi , mmg akan ada yang berlagak skit. Kawal rumahtangga.. Suami ? Hehe... kena dengar cakap si isteri pulak.. Bukan semua yer .. Ada yang bagus.. Yang bagus ni , bagus !
Sabda Rasulullah s.a.w ; "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
Hurm... Perkara mudah , sengaja disusahkan.. Haih.. Suami isteri kena bertolak ansur.. Tak kira la sapa bergaji besar sekali pun kan ? Kena la bijak berbincang. Dulu masa bercinta , boleh saja semua .. Tapi bila dah kawin ?