Akan ku miliki hatimu itu .. (2:16)

by - Khamis, September 29, 2011



" Romantiknya dua ekor ikan haruan itu.. berenang bersama-sama kan , Sab ? ". Saja nak beromatika dengan Sabrina. Malu aku semalam dah hilang bila Sabrina tunjuk selamba dia .



Sabrina tersenyum malu. 



" Abang , Sab .. Jom balik .. Lisa tiba-tiba sakit perut. Rasanya usus besar Lisa ni nak putus kot bila abang Bani berjiwang gitu .. " .



Lisa terus lari sambil ketawa terbahak-bahak.  Sabrina pun begitu juga. Ketawa tak henti-henti melihat telatah Lisa. 



" Hampehh.. baru nak test jiwang.. Kot leh guna buat entri malam ni. Potong stim betul Lisa nih . ". Bisik hati aku.



" Dah.. Jom balik.. Panas sangat ni. Kang demam , susah lak. ". Aku berjalan terus dengan membiarkan mereka yang masih ketawakan aku.



Sabrina berlari mengejar aku. Aku dapat perhatikan melalui ekor mata.  Tak sangka la pulak minah ni nak jalan beriringan dengan aku. Tadi sikit punya malu. 



" Abang pergi ke nanti gathering kat PWTC tu nanti. Kalau pergi , Sabrina nak pergi sekali ngan abang boleh ? " 




" Hah ?? Nanti pakwe Sab marah lak. ". Saja cucuk jarum.



" Pakwe ??  Apa kelas pakwe pakwe neh.. Kan masa kecik dulu dah kawin ngan abang .. " . Terus dia berlari ke Lisa yang dah berada di depan kami.



Kaki aku terhenti langkah. 



" Budak ni biar betul ????? Ke aku yang tak betul nih ??? ".



Tiba-tiba Lisa menjerit. "Abang , telefon abang ! Ada sms dari Adawiyah ! ". 



"Alamakkkk .. Diorang baca ke ??? Adeh.. ".



Aku berlari dan mencapai telefon bimbit di tangan Lisa . Aku tengok  Kelihatan kandungan sms itu dah dibuka manakala Sabrina meneruskan langkahnya.



I MISS U 


Ringkas dan padat pesanan sms yang dihantar tapi cukup menghancurkan segala keindahan yang aku kecapi dua hari ini .



"Adoi... masak ! Rosak segalanya... Musnah ! Musnah ! Musnahhh ! "



-SAMBUNG-

You May Also Like

4 comments

  1. ish..potong stim betullah si Ada ni!

    BalasPadam
  2. kdang kdang x phm dgn cinta ni kan? pergi bila kita perlu dan kembali hadir bila kita dah kuat untuk hadapi segala dugaan cinta..

    * hadoiiii! mmg keliru laa klu mcm tu.. =))

    BalasPadam
  3. alala..kesian pulak kat ada actually :(

    BalasPadam