Jeng jeng jeng ... PM Malaysia , Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13 ..
Wah.. satu berita baik untuk kakitangan awam sejumlah 1.02 juta orang.. Pergh.. Bagus tu ... Tapi nak tau gak , tu untuk yang tetap kan ? Yang kontrak camana yer ?
Baru-baru ni , kakitangan kontrak (PKS) tak dapat bonus pon sedangkan .. Sian depa .. Mengeluh jer .. Tak pe la kan .. Takde rezeki .. Siap ada yang dah bagi dan diminta pulangkan semula .. Best tak ? Hehehe ...
Harap-harap , dalam bajet 2012 ada berita baik untuk kakitangan kontrak .. Jangan lupa , kakitangan kontrak juga memainkan peranan penting dalam bahagian/unit mereka .. Jangan ingat sekadar bagi gaji dah memadai .. Bos bila marah , kontrak tak kontrak , kena tetap kena .. Tapi bila bab kebajikan , dimanakah kakitangan kontrak ?
Mereka yang pegang jawatan kontrak ( PKS , CFS ) , juga akan mengundi tidak lama lagi.. Dan jumlah mereka bukan kecil ..Alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke bahu..
Sumber rujukan - Yahoo.