Amatlah benar kata-katanya ..

by - Rabu, Januari 19, 2011

 

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pesanan ibu bawa berkat

Antara yang patut kita renungkan bersama ...

" Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? "

" Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah  biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. "

" Ketika Allah  memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah  beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "

" Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. "

Nak baca lagi ? Mmg best !!!!!!!!! > Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

You May Also Like

11 comments

  1. mula kenal syed bukhari ni zaman sekolah...bila beliau pilih beberapa murid miskin untuk join kelas tusyen yg beliau sponsor :)

    Apa rasa kopi tanpa gula?

    BalasPadam
  2. tadi baru jek dok sembang pasal dia .heheh mmg sangat respect beliau nih.

    *x tao lah knapa ada segelintir melayu yg suka sangat berperasaan hasad dengki tuh . hee dah kaya teruskan kekayaan x de sikit pon nk bantu yg bawah2 nih .

    BalasPadam
  3. JR sangat respek dgn keluarga al-Bukhary ni. Secara kebetulan rumah dekat sekolah al-Bukhary, tiap2 minggu pula solat Jumaat di Masjid al-Bukhary, Alor Setar.

    Yang membezakan Syed Mokhtar al-Bukary dan familinya dengan sebahagian tokoh korporat Melayu ialah dia merupakan usahawan tulen yg berjaya dgn titik peluh sendiri. Sedangkan ramai korporat kita berjaya kerana bergantung dgn talian hayat politik...jika tempat pergantungannya patah mulalah meracau buat benda2 pelik..

    BalasPadam
  4. BA
    wah.. bersemangat bila baca ni.. be positive!
    Jemput keALL IN ONE

    BalasPadam
  5. best gler kot bca kata2 cmni,
    dpt bgi smgt dan juga kesedrn tuk kita.
    like2! sgt kagum dgn beliau.

    BalasPadam
  6. pd suatu hari Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyakan apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya,
    "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta."
    Dalam satu riwayat lain, tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyakan, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab,
    "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum."
    **contoh sahabat nabi SAW yg kaya**

    BalasPadam
  7. mmg bagus tan sri ni... mempunyai hati yang luhur dan sejuk..
    semoga dia sentiasa dicurahkan rezeki yang melimpah dan dpt membantu pada tidak mampu...

    BalasPadam
  8. ya...200% setuju..tan sri ni mmg salah satu tokoh islam yg boleh dijadikan contoh..

    BalasPadam