Sesi pengajian IPT bermula September 2011

by - Sabtu, Januari 01, 2011

 

TEMERLOH: Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.

Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini "kehilangan" pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan.

"Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

"Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura," katanya.

Saifuddin sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan pemberita sambilan Bernama, Harun Mohamed iaitu Norhazwani Nadiah dan pasangannya Mohd Harzamie Rahimi. - BERNAMA


-BHARIAN-

You May Also Like

19 comments

  1. waduhhhh..

    dah la bru bpe minggu kt umah dah bosan mcm cipan panggang..

    ni kan pulak nk tggu smpai bln september????????

    BalasPadam
  2. ye ke...bnyk perubahanla nti kt ipta...

    BalasPadam
  3. saya rase ade baik n buruknya bnda nih....saya 2nd year kat upm...
    nnt takut bila dah cuti lame sangat takut hilang pulak semangat nak blaja...yg bagusnya cuti 4 bulan nih..boleh la keje lame sket....boleh buat bayar yuran nnt...

    BalasPadam
  4. Pasni ramai r mat salleh kat uni kita ye BA

    BalasPadam
  5. owh baru tau nie..lambatnya pengambilan..tq 4 da info brother ben.. ^_^

    BalasPadam
  6. tmasuk la kitorg ni akan bcuti sem slama lebih kurang 3 bln plus plus
    :p

    BalasPadam
  7. heheh..dah tau..suka cuti 4 bulan.. hehehe

    BalasPadam
  8. September ? huiyoo . kiranya cuti sem lama gilalah ?

    BalasPadam
  9. salam,

    tau x pe..
    ramai further study dkt luar negara...

    BalasPadam
  10. Wah d anjak ke bulan Sept.. Lama benar budak2 U ni bercuti.. dlm 4 bulan gtu.. huhuhu..
    apa2pun...
    Nasib baik saya dah habis belajar..
    Tp rindu la nk study.. Insyaallah akan smbung ke pringkat master 2012.. Amin...

    BalasPadam
  11. aritu dpt yg uitm..dpt yg kt jengka punye..tp rse sgt2 sedey+geram sbb rara dpt twrn tu lmbt dr yg sptutnye..n plg geram trihkh dftr kt sna dh lepas beberapa hari...meaning twrn tu dh terbtl saat rara bru dpt..nie salah rara ke uitm...adehhh...duk umah lg la jwpnyeeee

    BalasPadam
  12. homaii! foundation habis bulan dua. mac apr may june july aug sept! ahhh, ape nak buat lama lama kat rumah? beku la otakkk... haishhh

    BalasPadam
  13. smpat kawen ni kalau cuti 4bulan..
    makin lmbt laa kami graduate.....hmm

    BalasPadam
  14. pelajar hebat dan cemerlang ramai nak belajar kat luar negara...
    tinggallah pelajar yang simple mimple macam yaty je ni..

    yang hebat2 dan cemerlang bangga bekerja kat luar negara lepas habis belajar kat sana..
    memajukan negara org lain dr negara sendiri..

    tapi setuju je selaraskan macam tu..senang nak jmpe kawan2...hihi

    BalasPadam
  15. waa..lambat la sikit grad..
    lama la cuti after sem ni, yg 3 minggu kat umah pun dah bosan..

    BalasPadam
  16. yep! kami UUM dah kua notis. cuti start middle may 2011 till middle of sept 2011. lame gile cuti! lambat la grad. lambat la beta kawen. :( tehehee..

    BalasPadam