Alahan pada isteri ..

by - Rabu, Oktober 02, 2013

 

Hurm.. Dulu , sewaktu isteri mengandungkan Qhaliff .. dia kerap  muntah dengan teruk  ketika dalam trimester .. aku cukup takut .. Kenapa boleh jadi gitu ? Apakah faktor pemakan ?

Lalu aku up dalam blog mengenainya .. Sat nak tengok balik apa kata aku ketika itu ..  Haaa , jumpa entri tu ! Hahaha .. Adoiyaii… Sampai gitu sekali pemikiran aku .. Baca entri "Ibu mengandung , kenapa kerap muntah muntah (Lanjutan ) ." ni ..

 

Majoriti wanita yang mengandung akan mengalami simptom alahan ini .. Muntah dengan teruk , tak leh bau dapur atau bau manusia berdekatan dengannya dan macam macam lagi !!

Menariknya , bukan perempuan je leh rasa alahan ni .. Silap silap si suami pon dapat ‘ menikmatinya’ dan ketika ini barulah tau camana bestnya alahan ini !

Alahan ni bukan sekadar muntah dengan jayanya tetapi juga melibatkan lesu ! Lesu hingga asyik nak tidur jerr ! Haaa .. Berlaku pada wife aku dan juga rakan blogger , Que Achmad yang mana isterinya sedang mengandung dan mereka berdua dapat alahan yang leh tahan teruk gak laa .. kira sampai kena amik cuti.. Hehehe..

Aku ? Bila wife alahan gini , mmg part jaga Qhaliff ni akan berterusan hingga dia tidur ! Dalam erti kata lain , kalau nak update blog tu.. mmg susah dah skang .. Sebab tu aku makin kurang update !

Bila begini , ada suami tak tahan dan akan marah marah .. Ada juga yang simpati dan senantiasa ada di sisi isterinya dan akan mengurut belakang setiap kali isterinya muntah ..

Buat suami , hargai isteri anda ..

You May Also Like

6 comments

  1. Hargailah isteri yang sedang mengandung zuriat kita..

    BalasPadam
  2. masa sy mgandungkan chang2 dlu...sy x ada alahan mahupun mengidam apa2...sy bedal sj apa yg ada dpn mata & xda mslh nak mkn itu, mkn ini...smooth sj...mgkin sbb chang2 anak lelaki kot...

    tp bila sy mgandungkan anak ppuan sy (icha) plak, sy x bleh tahan kalo terhidu bau wap nasi yg baru masak...kira yg masih panas2 gitu...start la nak muntah la, loya la...perut mmg rasa x selesa...sy x mkn nasi selama 2 bln jgk la di trimester pertama...

    lps tu nak plak mengidam mcm2...nak mkn kek coklat la, tiramisu la...paling x tahan, rajin plak hari2 beli kuih talam di kantin wisma pskutuan (tmpt keja) sbb tiba2 suka mkn...smpai sggup cari resepi di tenet & buat sdiri dkt rmh disbbkn tekak ni asik nak mkn kuih talam hari2 hahaha...

    BalasPadam
  3. Moga suami2 diluar sana lebih prihatin terhadap isteri bila isteri dalam keadaan macam tu..

    BalasPadam
  4. usahasama..kerjasama..susah senang bersama..lebih sukar untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini berbanding menjaga apa yang bakal,,sedang dan telah kita miliki.. :)

    BalasPadam
  5. Salam. Secara peribadinya...Saya dlu xsuka loya2 ni. Tapi bila anak ke2 sy terbaca 1 blog ni(Bayt Al-iman) mengatakan loya2/muntah teruk ibu hamil adalah hadiah/hikmah dari ALLAH untuk perjuangan suci nati iaitu 'melahirkan'. Kiranya Allah nak "detox" semua benda2 x elok dlm tubuh kita. Sbb tu kita kena jaga makan semasa hamil(xleh mkn yg bkn2, nanti cepat je efeknya).(kerana hikmahnya Allah ingin mengeluarkan segala bahan kimia (racun) dalam badan dalam tempoh 3 bulan pertama itu. Pada masa ini sepatutnya ibu2 mengambil air zam-zam, madu dan kurma atau buah-buahan lain untuk memastikan proses muntah tadi dilalui dengan baik.

    Namun ramai yang cepat mengalah dan tidak sabar dan memilih untuk dimasukkan ke wad. Di wad pasti diberi ubat muntah yang merencat pusat muntah di batang otak (Metochlorpramide). Sedangkan muntah itu berlaku ada sebabnya, adakah adil untuk merencat muntah itu? Maka bermulalah proses yang tidak baik dalam tubuh ibu dan anak. Makanan tadi jugalah menyebabkan kurang darah, uri bawah (placenta previa), air ketuban berlebihan, air ketuban terlalu kurang, pendarahan selepas melahirkan malah penyebab semua penyakit di dunia hari ini.

    Just nak share kepada wife abg Ben. Brsabarlah mghadapi loya tu. Semua tu hikmah..Skejap je..Nt bl semua dah "detox", it's back to normal..:)

    BalasPadam