Hurm... Lukisan Old Lady ' Nenek ' ini sedang dijual online dengan harga $6,500 .. Ada sapa berminat ?
Hurm.. Cam sapa eh ???
Blog Pilihan : miss nobit
Hurm... Lukisan Old Lady ' Nenek ' ini sedang dijual online dengan harga $6,500 .. Ada sapa berminat ?
Hurm.. Cam sapa eh ???
Blog Pilihan : miss nobit
Entri Hari ni hari ayah dan bonda.. Esok hari saya pula yer.. yang aku keluarkan tadi , memberi respon yang pelbagai. Heheh.. tak perlu maki hamun pun untuk bagi yang tesirat dan tersurat.. Yang penting bentuk penyampaian kita ..
Apa yang aku paham neh ?? Bapak aku laa... Duluuu punya cerita laaa.. Kalau aku mintak apa apa la kan yang takde kaitan dengan pelajaran , dia jawab apa tau ??
" Hang besaq nanti , ada duit .. beli sendiri .. !! "
Wah.. bapak aku ! Kerek !! Tak pee tak peee.. nanti besar aku beli sendiri... Tamo tunjuk kat abah !! Hehehe.. Tu pemikiran budak budak laa...
Tapi bila dah tua cam aku ni , baru aku tersedar ... Tujuan bapak aku buat begitu , mudah je ... SIMPAN DUIT ! SIMPAN DUIT ! SIMPAN DUIT !
Penting sangat ke ? Ramai ingat simpan duit ni , hanya untuk kawin je.. Rumah ? Ala .. sewa je bang.. Tapi terlupa ke ? Sampai bila nak sewa ? Kalau dah tua nanti , takde keje .. mana nak duduk ?? Sewa rumah makin naik.. Mana ada sewa rumah makin turun.. Reban ayam pun mahal okeh !
Pentingnya rumah bagi kita , satu je.. Bila dah tua , nanti ... kita tak perlu duduk rumah orang tua ! Dan ingat , jangan sesekali ajar anak kita dengan manjakan mereka .. Apa yang mereka mahukan , suruh beli sendiri dengan simpan duit .. Kelak , dia takkan susahkan kita atau sapa sapa dengan berhutang ..
Bila dah tua , kita tak kacau mereka , mereka pun tak terasa hati dengan kita ..
" Klip video ‘Undilah’ tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat. Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat dan mengelirukan beberapa pihak,". - Bharian
Aku teringin benar nak caci maki dalam blog ni.. Pastu mintak maaf. Kot pasni dapat job buat video atau terbitkan filem .. Bestkan Malaysia ni.. Pemaaf dan cepat melupakan kesilapan pemimpin kita ni.. Ni baru 1Malaysia ...
Kenal ke kumpulan Nirvana ? Mau jugak aku kena ketuk eh ? Hahaha ..
Masih ingat lagi baby ni di kulit album Nirvana ? Apa dah jadi dengan budak ni sekarang eh ???
Dah besar pun diaaaa.. hahaha .. Hehehe ... Cerita lanjut , baca sendiri di Daily Mail .
Jom layan lagu NIRVANA sat ...
TAHNIAH !
Majlis Resepsi Norman Hakim dan Memey
“Wedding of The Year”
Malam kemuncak majlis resepsi kedua bagi meraikan pasangan pengantin baru Memey Suhaiza dan Norman Hakim berlangsung dengan meriah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Rabu.
Pada majlis yang berkonsepkan persandingan ala “New York Look” itu, Memey kelihatan anggun dengan pakaian berwarna putih rekaan empat pereka terpilih daripada jenama barangan kemas Rafflesia yang bernilai RM500,000.
Begitu juga dengan Norman, pelakon itu tampak segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna hitam dengan nilai RM10,000 rekaan Lord’s Taylor.
Suasana dewan dihiasi dengan tema hitam dan putih sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak bunga ros. - MSTAR
Awas ! Ini bukan kali pertama berlaku ! Penyangak semakin menjadi-jadi ..
Hurm... Semakin berani ! Itu je yang aku boleh katakan .. Ada kes di Sg.Buloh sewaktu seorang guru wanita keluar dari rumah nak ke sekolah. Seingat aku , keretanya dilanggar dari belakang. Lalu dia berhenti. Keluar 4 orang lelaki berparang lalu mengetuk cermin keretanya dengan kuat agar pecah. Nasib baik suaminya yang kebetulan keluar dari rumah nampak kejadian tu lalu menjerit meminta tolong . Kejadian berlaku awal pagi . Syukur tak jadi kecederaan berlaku .
Dan ini terbaru , di Kosmo .. Berlaku di KL .. Hurm.. Baca Bayi terselamat cubaan culik ini .. Menakutkan betul ! Semua ni semata mata duit sampaikan tak kisah apa apa dah .. Iskhhh... gila betul laa...
Buat wanita yang gemar memandu malam atau awal pagi , kalau rasa pelik je semacam je , periksa la kiri kanan depan belakang .. Kalau diekori tu , g cari balai terdekat atau tempat ramai orang .. Yang betul betul ramai.. Skan ni , diorng buat keje tak kisah dah .. Awam ke tak awam ke , diorang nekad.
Kalau kena langgar tu , terus je ke balai polis untuk buat laporan. Jangan semata mata beratus ringgit , nyawa anda terancam.
Blog Pilihan : quraishah sudin
" Hang tak puashati ? Laaa.. buat apa bebel kat kedai kopi .. Tuuu , anak hang ada laptop .. P buat blog .. Pastu tulis ja apa hang nak tulis kat dalam blog tu .. Janji jangan hang maki hamun dah ! Kalau isu masuk akal , confirm ada orang baca .. Kalau tak , tunggu kena maki ! Hahahaha ... "
Ada yang tak puashati dengan blogger kan ? Kata blogger ni mengarut ! Suka main isu murahan .. Mai nak habaq sat .. Blogger ni bukan wartawan yang hang boleh panggil mai buat pc , pastu jamu makan skit ... pastu buat baik supaya tulis elok elok .. Maaf yer ...
Jangan marah saya , en.wartawan.. bukan semua lagu tu tapi sekarang banyak cam tu .. Kerana nila setitik kan ? Sebab tu ramai orang takmau baca newpaper dah.. Diorang rela online internet lagi untuk mencari maklumat.. Walaupun kurang tepat tapi tu lebih baik dari maklumat yang diputarbelitkan .. HAKIKAT !
Kalau tak suka blogger , skang tengok .. Asal ada movie baru , diorang jemput bloggers mai buat review.. Kenapa panggil blogger ?? Sebab diorang tau aura blogger ni... Cuma ada yang nafikan je ..
Suara blogger adalah suara jati rakyat ! Walaupun punya ada yang salahgunakan , tapi ianya tetap suara rakyat ..
Blog Pilihan : Amirul
5 murid ditegah ambil ujian UPSR kerana takut pencapaian sekolah tercalar ! Bangang ke tak bangang ??? Ni salah sapa ? Kalau rekod sekolah cemerlang , pentadbir sekolah dan guru dapat 'ganjaran' kan kalau tak silap aku ??
Aku bukan bidas semua guru laa tapi ni haaa.. kat Baling , Kedah .. Bharian melaporkan ;
" Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.
Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.
Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.
Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.
Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi. ".
Ni la dia akibat mengajar semata mata mengejar ganjaran ! Hampehhhhh.... @!$@%&$**#! ... Suruh ajar NAMAWEE tu kang baru tau ...
Hurm.. Ada orang nyamar dia ke atau mmg dia ? Ini isu hina agama sekali ngan Agong ke ?? Confius.. Kata budak tu tinggal kat Malaysia.. Yang ni tinggal kat Sweden .. Loh .. Patut berani menyalak !
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.
Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.
"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.
Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.
Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.
Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama