Pinjam duit bank untuk raya ..

by - Selasa, Ogos 16, 2011

 

Ada korang perasan tak ? Pagi pagi buta kat radio ada iklan pinjaman peribadi ? Bank mana ? Tak leh sebut .. nanti aku kena saman.. Tak leh tak leh.. tak berbaloi..

Ada ke orang sanggup buat pinjaman semata mata untuk beraya ?? Gila ke apa ? Semata mata nak beraya , dia sanggup buat pinjaman ? Hah ??

Adaaaa .. sapa kata takde ! Tuuu... yang jenis tak leh tengok orang lain lebih.. Sanggup berhutang demi raya nampak mabeles !! Tukar kereta .. tukar tv.. tukar sofa... tukar bini ... haaa.. pergh..mmg mabeless..

Serius la... Aidilfitri bukan pasal tu laa.. Puasa pon terabur... Amalan pon hancur.. Raya nak kalahkan orang yang soleh.. camana tu ? Haish... tak leh la gitu... Kena sederhana..

Jangan susahkan diri atau keluarga semata mata nak beraya .. Tak berbaloi.. Aku sendiri pon spesis takut berhutang.. Bukan takut tak leh bayar tapi takut best berhutang !

You May Also Like

11 comments

  1. hahah .. tak perlu selame .......................................................

    BalasPadam
  2. tu akibat...pengaruhi dari sekeliling..budaya masyarakat juga..salah satunya. So...kuatkan iman...fahamkan konsep...selamat hari raya.

    BalasPadam
  3. keje gila!! toksah la wey
    ikut kocek masing masing la jahhh

    tampo kang

    BalasPadam
  4. hahahaaa..abg ben..ada setengah orang suka 'biar papa, asal bergaya' :)

    BalasPadam
  5. jangan biarkan diri diselubungi hutang

    BalasPadam
  6. hayooo
    kalo ade yg buat ni..
    x taw la den..
    akai simpan mana...

    BalasPadam
  7. buat ape nak jerut leher sendiri kalau senangnya sekejap susahnya bertahun-tahun..
    biarlah sederhana tapi membawa impak yang besar..
    tapi dah kalau jenis yang tak boleh tengok orang lebih dari dia tu takleh kata apa lah..

    BalasPadam
  8. wow..ni kene ingatkan diri sendiri ni..tak leh boros bile brbelanja..huhu..

    BalasPadam
  9. hari kemenangan dah b'tukar jd hari p'baziran..kan rugi..

    BalasPadam
  10. kalo xsalah penah baca mufti perak bitau haram meminjam sekadar untuk beraya
    cer baca sini (sekadar berkongsi) http://www.hmetro.com.my/articles/JeratmenjelangAidilfitri/Article/

    BalasPadam
  11. sederhanalah dlm beraye. jangn nanti lepas raya semua ditukar balik..kan dah malu.

    BalasPadam