WAJIB BACA DAN FAHAMILAH !!

by - Isnin, Februari 01, 2010

Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

maza_umrah.pngOleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:

1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?

Lampiran 1

Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna

Wujudnya aliran mahzab ini ialah keupayaan mentafsirkan bahan mentah berbeza-beza oleh manusia. Keupayaan dan hasil tafsir ada banyak pembolehubah. Pertama genetik, seterusnya budaya, emosi ketika tafsiran itu dibuat, persekitaran kehendak dan politik ketika tafsiran dibuat dan sebagainya. Maka, guru yang berkarisma akan menjadi tokoh. Tokoh akan mempunyai pengikut. Kedua elemen ini akan membentuk mazhab. Keupayaan satu-satu mazhab mengembangkan fahaman mereka adalah pembolehubah kepada besr atau kecilnya mereka. Gua ulang balik, mazhab adalah Islam 3rd party. Mazhab adalah hasil tafsir kepada bahan mentah; yakni Al-Quran, hadis dan sunnah. Cuma masalahnya, kenapa harus bangang menjadikan tafsiran 3rd party sebagai bahan mentah? Bahan mentah kita ialah Al-Quran, hadis dan sunnah. Dan diimbangi oleh pendapat mazhab sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu tafsir bahan mentah. Kemudian ambil mana-mana tafsiran yang paling kukuh, paling sesuai dengan keupayaan diri dari 3rd party.

Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.

Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah Allah adalah ketetapan Allah. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu Allah). Sunnah Allah adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan Allah, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.

Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.

Kalau sentuh taik, wuduk sah. Tapi solat tidak sah. Kan ke ada pengasingan tajuk tu. Wuduk sah, tidak batal. Tapi masuk bab solat, tidak sah. Kalau ada pengasingan tajuk, apa kes hanya kerana hanya status elite Aishah dia melanggar segala pengasingan tajuk? Bangang tetap bangang la bhai… salah tetap salah la bhai…. kalau mencuri, potong jer tangan dia. Peduli apa dia isteri nabi atau tidak, anak nabi atau tidak.

Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Boleh plak ulama tukar2 bila kena tang batang hidung Aishah. Lepas tu lu suruh gua follow mazhab secara mutlak. Islam 3rd party. Skang lu nampak tak kenapa gua buat N3 Aishah dalam N3 mazhab?

Dalam tajuk; Muamiyah + Aishah bangang tukil. Penyebab kepada perpecahan, punca kematian ratus ribu muslim di jalan sia-sia, punca jutaan anak-anak muslim hilang bapa, punca puluh ribu institusi muslim diambang kekafiran, punca puluh ribu muslimah menjada dan menderita.

Dan mazhab boleh bersatu mengubahsuai Islam demi kepentingan elite tertentu. Noktah.

AdukaTaruna

Lampiran 2

Aishah R.A bangang dalam tajuk
Oleh : AdukaTaruna

Kerana status elite, Aishah mendapat standard berbeza dari Islam. Aishah wanita biasa. Kalau dia tak kawin dengan Nabi, dia adalah nothing. Seumpama Rosmah tak kawin dengan Najib. Melenting? Tapi fakta tetap fakta. Melenting tidak dapat mengubah fakta.Aishah ditakdirkan dan dipilih Allah menjadi isteri Nabi Muhammad saw. Tapi Aishah tidak ditakdirkan Allah bijak dan tepat dalam setiap bidang seperti suaminya. Silap tetap silap. Bangang tetap bangang. Antara Aishah yang tiada darah nabi-nabi, lebih mulia Qabil kerana Qabil adalah darah syurga, darah Adam, darah Hawa, darah makanan syurga, darah udara syurga. Namun, Qabil tetap bangang apabila apabila membunuh satu jiwa.

Jika Qabil yang berdarah Nabi tetap bangang, Aishah berjuta kali lebih bangang (dalam tajuk) kerana penyebab kematian ratus ribu jiwa. Sudahlah tiada pertalian darah, malah menjahamkan banyak nyawa, banyak institusi keluarga. Owh.. lupa. Kerana Aishah kerabat diraja Pahang, maka, askarnya syahid, dan askar kerabat diraja N9 yang diperanginya juga syahid.

What the fuck is that? Ini bahan mentah atau 3rd party ulama? Tentera Ulama Mazhab Hanafi berperang dengan tentera Ulama Mazhab Shafie. Dan Ostad level bawah ulama segan campur pening kepala ambil jalan mudah.

“Kedua-dua mereka benar. Tapi tentera Shafie hampir kepada kebenaran. Tentera yang terbunuh dari kedua-dua belah pihak mati syahid. Ijtihad Aishah dapat 1 pahala, ijtihad Ali dapat 1 pahala. Ijtihad ana kepada ijtihad mereka dapat 2 pahala.”

What the hell is this? Salah tajuk A, tetap salah tajuk A. Islam itu tinggi. Bangang tetap bangang.

“Jangan hina sahabat nabi. Ini hadis sahih. Ini bahan mentah.”

Yess, hadis itu bahan mentah. Tapi bila lu cedok bahan mentah tu dan hidangkan kat gua dalam tajuk perbahasan ini, dia sudah menjadi 3rd party. Apa takrifan hina? Sekor pemuda angkat pedang untuk luruskan khalifah tu bukan menghina?

Aishah angkat pedang memerangi Ali bukan menghina sahabat nabi? Atau hadis itu Nabi ada letakkan nota kaki yang menjelaskan kecuali sesama sahabat dan isteri gua, maka tidak jatuh takrifan menghina?

Kalau Aishah dan Muawiyah hina Ali dengan mengatakan Ali lembab, pemalas, perut boroi, bodoh tukil, at least tak sia-sia mati tentera. Ini bukan tahap hina dengan lidah lagi, tapi hina dengan senjata.

Kita skang dalam tajuk. So, bangang dan bangsat dalam tajuk. Gua tak pertikai keahlian syurga dan gua tak bahaskan langsung antara diorang dengan gua, siapa ahli syurga. Fakta beb, fakta.

“Lu dapatkan bahan mentah dulu, sebelum kutuk Aishah, aduka.”

Lu bawakan kepada gua, bahan mentah yang membuktikan sebenarnya Muawiyah dan Aishah itu benar. Diorang tak terlibat langsung. Tapi ada rupa macam saya, suara macam saya, tapi bukan saya.

Jadi la makmum yang baik wahai Muawiyah dan Aishah… Jika mazhab dan ulama tidak berani menyatakan salah kepada anda, hari ini gua mengatakan anda berdua adalah salah. 2-2 pihak salah, tapi lu berdua lebih dasyat dari salah. Qabil bunuh satu jiwa, dia salah. Aishah dan Muawiyah bunuh ratus ribu jiwa, dia bangang.

DIPETIK DARI WWW.DRMAZA.COM

You May Also Like

21 comments

  1. semoga Allah mbuka pintu hatinya setelah ape yg blaku...
    sngt kesal dgn perbuatannya...

    BalasPadam
  2. Salam Ben,

    Selalu skodeng blog Ben ni, tapi hari ni baru berani nak mengomen di blog yang hebat di alam GengBlogger. Whoaho!!.

    Setuju dengan Zaza,
    Semoga ALLAH membuka pintu hatinya.

    Tapi berbalik kepada isu yang diutarakan. Rasa nak tergelak geli hati baca kandungan yang diluahkan oleh AdukaTaruna. Gelaknya bukan kerana kandungan, tapi kerana cara penyampaian kandungannya.

    Patutlah dulu ada ayat "Bahasa itu Jiwa Bangsa" dan benarlah juga pepatah Inggeris yang mengatakan "Empty Vessel makes the loudest Noise".

    Semalam hari Ahad, jadi Incik RestNrilekS pun bersantailah menonton "Bodyguards and Assassins." Menariknya, di dalam itu ada pepatah yang berbunyi "Orang yang bijak adalah kerana bijak menyembunyikan kelemahannya dan orang yang bodoh adalah kerana kerap mempamerkan kebodohannya."

    Incik RestNrilekS malas nak ulas isu ini dengan lebih panjang, sebab yang pasti, nanti ramai yang berduyun mengulas tentang isu AdukaTaruna. Tapi yang Incik RnR dok perhatikan, tahun 2009 adalah zaman kegemilangan "Blogging" yang mana hampir kebanyakan blogger tetiba merasakan, dia adalah pakar di dalam sesuatu perkara, sehingga merasakan sesuatu yang diutarakan olehnya adalah fakta dan tidak mungkin "jadi auta".

    Aha! Teringat seperti zaman Akademi Fantasia, bila mana tiba-tiba hampir semua orang rasa dia lebih pintar dari juri dan rasakan "pitching" serta "tone" pandangan dia adalah benar. Whoaho!!

    Orait Salam Isnin.

    Nanti ada masa Incik RestNrilekS skodeng blog ini lagi.

    Whoosh! Salam Damai. Ahak3x!

    BalasPadam
  3. astaghfirullah...
    berani nye la die buat cmtu..fikir dulu sebelum tulis..

    BalasPadam
  4. bilamana mereka rasa mereka itu terlebih pandai, otak diamnya di kaki. minda dipejam, hati ditutup, tangan menaip. pendebat bangang apakah...

    BalasPadam
  5. Astaghfirullah halazim...

    Akak tak pernah membaca blog Aduka Taruna...baru tau pasal blog dia bila dia menulis tentang penghinaan kepada Sultan ...tak tau pula dia pernah menghina isteri Rasulullah s.a.w.

    Rasanya apa yang dia terima sekarang ialah balasan dari ALLAH...kerana selama ni akak rasa dia rasa megah menulis demikian kerana tiada bantahan dan tindakan yang diambil ke atasnya.

    BalasPadam
  6. berani betol la... tk paham ak,
    smua statement brani mati

    BalasPadam
  7. masyaAllah..teruknya bhsa dia ni..ni bukan slh makbpk dia..dia sdri yg bangang..haih

    BalasPadam
  8. wow~..
    tk sangka..
    teruk gler blog dier..

    BalasPadam
  9. salam ben.. brader sasa
    mangkuk aduka nie.. nk tegak kan islam o hancur kan umat nabi saw??

    ilmu die cukup kew???

    BalasPadam
  10. apa agaknya ehh yang buat dia begitu berani lantang bercakap macam tu semua??apa agaknya eh yang buat dia rasa macam dia bijak sangat2 dalam perkara2 tu semua??apa yang buat dia rasa dia besar sangat,dah lah mencaci2,mencarut..apa sebabnya ni??sebab blog tu dia yang punya,so dia layak cakap apa je ke?

    Ya ALLAH,minta dijauhkan lah perbuatan aduka taruna ni dari blogger2 semua yang lain..hina sangat jadi blogger camtu..hurm.

    nauzubillahminzalik.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. ini manusia ceteknye ilmu...
    baru dengar sedikit..dah terpesong fahamannye...
    ni lah manusia skrg..
    nk kata guna akal...
    mcm tak...
    betapa ceteknye iman dan ilmu aduka teruna ni sbnrnye..
    dipotong lidah sepatutnya..
    klu dah ALLAH naikkan martabat AISHA R.A ..
    siapa kah dia utk mempertikaikan segalanya..

    BalasPadam
  13. ilmu dia ni dah hebat sgt ke nk ckp cmni..hmm..kasihan sgguh manusia ni..semoga dia mdapat pengajaran atas apa y dia lakukan..amiin..

    BalasPadam
  14. bahasa si aduka ini memang seriously need some reformation and fast...giler ler guna perkataan camtu untuk menggambarkan ahli-ahli syurga...aduhai...dunia dunia

    BalasPadam
  15. mungkinkah aduka taruna ni adlh manusia yg bkn beragama Islam..hanya utk menyemarakkan api kemarahan dan pandagnan negatif masyarakat trhadap Islam..sgt besar impak nya /./bole memesongkan akidah seorang muslim.masya Allah..smga pintu taubat masih trbuka untuknya

    BalasPadam
  16. dia nih dh nak murtad ke ape ek. suka² jek nak hina bini Rasullullah s.a.w. ape punya muslim lah beruk sekor nih. benci plak zie bc statement die hina Aishah R.A. tuh.

    die tuh sendiri yg banggang!!! bukan isteri Rasullullah. Mcm ginie lah keadaan bile dunia n hampir² nk kiamat. umat islam yg hina ape yg terkandung kesahihan dlm kitan al-qura...huhhh!!!


    semoga ALLAH mengampuni si aduka tuh.

    BalasPadam
  17. Nauzubillah.... semoga kita mendapat iktibar dari semua ni

    BalasPadam
  18. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina, memaki,merendahkan sesiapa pun. Agama Islam agama yg sgt istimewa tp kenapa org Islam sendiri byk yg mengotorinya. Sehingga membuatkn agama lain memandang islam ni satu agama yg jahat, yg hina. Atas sbb apa pandangan mereka mcm tu. Fikir2 kan lah. Kerana Islam itu sendiri @ kerana bangsa yg hanya tahu dirinya Islam tetapi tidak tahu apa makna islam itu sendiri.

    BalasPadam
  19. Islam tidak prnh mengajar umatnya utk menghina, memaki, merendah kan org lain. Tetapi menghormati sesiapa saje yg hidup di dunia ini. Islam agama yg sgt2 istimewa. Tetapi umat islam sendiri lah yg mencontengkannya hingga di pandang hina dan jahat pd mata agama2 lain. Kenapa ini berlaku. Renung2 kan lah. Adakah kerana Islam itu sendiri @ kerana umat nya yg hanya tahu dirinya Islam tp x prnh mendalami pengertian Islam itu sendiri.
    Maaf sy bkn bijak pandai yg blh mengungkai bab2 ni. Sy sendiri msh tidak sempurna. Byk sgt kekurangan sy sbg seorg islam. Tp sy sentiasa mencari pengertian itu sendiri. Dn mmaf juga andai apa yg sy katakan ini akn mengguris hati & menimbul kan kemarahan org lain.
    Ada org akn marah bila ada org Islam baca kitab Bible. Betul kan? Tp knp kah dia membacanya? Terpesong kah akidahnya? Jgn terus menuduh kerana selalu org yg begitu, andai di suruh berdebat apakah perbezaan dn keistimewaan agama Islam dgn agama yg lain, sdh pasti dia dpt mejwb dn merungkainya dgn tepat sekali. Sy tak mahu dn tak berani berkata lbh tentang ini. Tp jgn mudah melenting apabila sesuatu isu tentang islam di wawar kan oelh agama lain.
    Maaf sekali lagi...

    BalasPadam
  20. Saya rasa apa yang diutarakan oleh saudara adukateruna ni berpunca dari "punca dan akibat". Ada sesuatu punca yang mengakibatkan beliau mengutarakan pendapat dan komen sebegitu keras. Kita sebagai orang luar dari ruang lingkup hidup beliau mungkin terpegun dan tersentap dengan pandangan beliau dan penggunaan kata-kata bombastik beliau terutamanya hal2 berkaitan dengan sejarah Islam secara amnya.
    Yang kita kena kaji adalah puncanya. Dari mana,ilham atau semangat apa yang meresapi, pengaruh individu mana yang telah menyerapkan virus ke dalam pemikirannya hingga dia tak punya hal lain melainkan mempersoalkan semula fakta2 sejarah lama (dalam soal ini, kebanyakan kita yang berpegang pada mazhab syafie mempercayai dan mengikuti amalan ahli sunnah wal-jamaah).
    Kita kena sedar dan cuba percaya bahawa anasir pemikiran yang dibawa oleh saudara Adukataruna tadi mungkin juga dikongsi oleh beberapa individu lain dimana, yang lainnya tidak selantang atau radikal seperti beliau sendiri. Percaya atau tidak, sama ada kita bimbang atau tidak, mereka ini telah membentuk kumpulan pemikir sendiri yang telah melangkau batas2 pemikiran tertentu berpandukan isu2 tertentu yang terlintas dalam kehidupan mereka dan saya rasakan itulah puncanya mengapa dia bertindak untuk membuat blog tentang isu tersebut.

    BalasPadam