Andai ini entri terakhir ku ..

 

Pagi tadi kita dikejutkan dengan entri pemergian blogger Aisyah ke pemilikNYA ... Berita itu benar benar mengejutkan kita kerana jika dilihat entri terakhirnya adalah bertarikh 21hb November yang lalu ..

Hurm... Kita tak sangka akan berita tersebut tapi itulah... bukan kehendak kita .. segalanya adalah ketentuan Illahi .. Kita hanya mampu merancang ...

Sebagai blogger , aku tak tau yang mana satu entri terakhir aku untuk korang baca .. Andai kata ini adalah yang terakhir , ampun maaf aku pinta andai kata ada yang terasa sepanjang persahabatan kita atau mungkin juga ada yang tidak berpuashati sepanjang aku jadi blogger .. maaf dari aku ..

Kita semua ini pinjaman.. Mmg patut kita berdoa agar dipanjangkan umur tapi kita juga disunatkan ingat 'MATI' agar supaya tidak melakukan dosa  dan pelbanyakkan amal ibadat ..

image      image

-gambar hiasan-

InsyaAllah ... sama sama kita berdoa agar kita dipanjangkan usia dan sihat selalu ..

20 ulasan:

  1. Insyallah En. Ben... Semoga diperingatkan segala apa yg WAJIB.. Terima Kasih En. Ben for the Wish..
    Tetapi terasa sedikit hiba bila baca BLOG arwah.

    BalasPadam
  2. salam mr ben. sedih + gilu bila melor baca cite tu. Kasihan dgn bby kembar 3 tu.

    BalasPadam
  3. sye pun tkedu sekejap. Beliau pun ade anak2 yang masih mengharap tapi tula takdir tuhan,allah lebih sayangkan beliau. Saye pun nak mintak maaf kat semua jugak.

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah dan salam takziah kepada beliau.

    BalasPadam
  5. Innalillahi...
    Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin

    BalasPadam
  6. AL-FATIHAH...

    meh la baca pasal CINTA di sini : http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/11/wang-hormatiman-cintapenting-ke.html

    BalasPadam
  7. sedih mengenangkan kembar 3nya..

    BalasPadam
  8. 2 lah btul ckp abg ben.... dunia ni hnya pinjaman.. al-fatihah untuk kak aisyah..comey anak2 dia.. :)

    BalasPadam
  9. salam takziah buat beliau..

    semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman...

    BalasPadam
  10. insyallah semoga kita semua dipanjangkn usia dan di tingkatkan iman dan amal

    BalasPadam
  11. Al-fatihah
    semoga rohnya di terima di sisi Nya n di tempatkan di klgn org2 yang solehah..
    semoga suami n keluarga tabah . redha ngn ketentuan Ilahi..Amin

    BalasPadam
  12. amiin...semoga kita masih di berikn usia dan sihat sokmo.

    BalasPadam
  13. maaf diterima..sama-sama jugak mintak maaf andai komen sebelum ni ade mengguris hati en ben

    BalasPadam
  14. abg ben...ingat mati tu memg sunat tpi bersediakah kita??

    BalasPadam
  15. tak sangka lah

    td mula2 tau dari blog cik tom kut...ade kawan cik tom sebut. and then g pulak blog angah aishah nmpak jugak entry psl pemergian arwah aishah. n then dtg cni nmpk encik ben pon post entry sama.

    al fatihah buat arwah aishah
    belum smpat kenal beliau.

    semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat olehNYA

    BalasPadam
  16. Al-Fatihah buat Arwah..

    hidup ni pnjaman jer..

    ckup masa,semua akn kmbali pd pencipta..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009