Kuasa dunia blog..

by - Isnin, November 15, 2010

 

Berapa ramai blogger dalam Malaysia ni ? Aku penah baca ada sehingga cecah 2 juta orang .. Wah.. betul ke ? Tapi yang aktif tu tak  tau la berapa ramai kan ..

Kenapa kebelakangan ini makin ramai nak jadi blogger ? Apakah cerita cerita mengenai mudahnya memperolehi pendapatan dari blog menyebabkan mereka juga ingin sama 'melombong'nya ? Wallahualam ..

Tapi aku tak rasa semua gitu kan ? Ada yang suka menjadikan blog ini sebagai diari rutin kehidupan mereka dan tak juga menjadikan pusat simpanan dan rujukan segala informasi di dunia ini.. Apa jua 'alasan' mereka , pastinya mereka mengetahui hukum hakam bila berblog ini ..

Cuma satu je la kan .. berhati hati bila bercerita .. Tau , mmg best cerita isu isu panas .. tapi kalau rasanya kita tolong menambahkan aib mereka itu , apa hukum dia yer ? Kenapa semasa dia memberi kita hiburan , mengembirakan hati kita dengan telatah dia , kita tak g kredit berbelah bagi ?? Bila satu kesilapan kita kutuk abis abisan .. Bagaimana jika itu bukan kesalahannya ? Sapa sekarang yang berdosa ?  Atau benar dia bersalah , sapa kita tolong menyebarkan lagi keaiban dia tu ? Apakah kita sendiri seperti malaikat ?

image ISLAMICO PARADISE

Seronok bercerita tentang orang kan.. Bagaimana pula satu hari nanti 'aib' kita dibuka ? Sepatutnyaa , tadahkan tangan dan mohon agar diberi hidayah ...  Jangan suka menjelir lidah pada orang sedangkan hati kita sendiri menjelir lidah pada kita ..

Apa salahnya bercerita tentang yang baik baik dan sesuatu yang memberi pengajaran dan tauladan pada diri sendiri dan juga pembaca..

JANGAN INGAT KITA BAGUS SANGAT SAMPAI NAK CACI ORANG !

You May Also Like

23 comments

  1. ye la En Ben...pekara yg mengaibkan orang tak blh disebarkan


    En Ben dah sihat kan?

    BalasPadam
  2. yela en.Ben.
    Lately mcm banyak je kes-kes mengaib-aib ni.
    mohon dijauhkan dari saya...

    Mari Berbicara Hati ke Hati,
    Sekotak Tisu Untuk Lap Air Mata

    BalasPadam
  3. dah google dan dah baca. opssss!

    BalasPadam
  4. alamak terase la pulak. hehe

    BalasPadam
  5. Berblog boleh dapat duit..itu pasal..

    BalasPadam
  6. yg best tu ada gak yg blogging without nuff..hihii..kira memang blogging suka2 betul la kn, even traffic mencanak naik..mungkin jugak x tau psl nuff.

    BalasPadam
  7. ayat ni sesuai utk siapa?

    "IF U POINT ME A FINGER, I WILL POINT U TO A MIRROR!"

    BalasPadam
  8. lepas sy jd blogger ni, byk isu2 hangat yg sy tau lebih cepat dr kat media.
    tp sy lebih suka jadikan blog seperti rumah ke-2 sy.. :)

    BalasPadam
  9. ishh... takut bab aib ni... dijauhkan dari menjdk antara org2 yg suke gosip aib...

    BalasPadam
  10. Salam En Ben,
    sedikit ilmu dari hadis Nabi SAW:

    Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0225.

    Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Ali bin Muhammad, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Abu Muawiyah dan Al-Amasy, dari Abu Shalih, dan Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda:

    "Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim dari hal kesusahan dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya dari berbagai kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah itu sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tiadalah sekelompok kaum berkumpul di dalam rumah di antara rumah-rumah Allah mereka membaca kitab Allah -Al Quran- dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali mereka itu dikelilingi oleh malaikat, diturunkan rasa ketenangan kepada mereka serta mereka dilingkupi oleh yang ada di sisiNya. Dan barangsiapa memperlambat amalnya di dunia, maka tidak bermanafaat kemuliaan nasabnya".

    http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

    BalasPadam
  11. ehehe..tak tau nak komen ape dalam dunia blog.. cz saya pon tak xtive ngat dengan bloging.. ehehe.. tiap2 individu pasti ade tujuan tersendiri..

    BalasPadam
  12. setuju. mengutuk, mengata takkan bawa kebaikan. kenapa mesti membuka aib orang? tak pernah dengar ke, barangsiapa yang menutup aib orang lain, nescaya Allah akan menutupaibnya di akhirat nanti.

    dambakan syurga, tinggalkan dosa.

    BalasPadam
  13. tu la..menulis entry ni kene hati2..jgn sampai menyentuh isu tertentu..apa lagi mengaibkan org..kang kene saman xpasal2..

    lebih baik contohkan diri sendiri atau secara rawak..lagi baik terbitkan idea yg boleh memberikan manfaat tanpa mengaibkan org..

    kadang2 kita ingin menulis yang ada isi tersirat tetapi mukadimahnya..membuka pekung org lain dulu..macamane tu??

    menulis menggunakan minda dan akal..cakna dgn hal2 sensitiviti org lain..

    hepi2 blogging deh...

    BalasPadam
  14. ok.tq Ben..ingatan utk diri sendiri juga ni supaya tak terbabas..

    BalasPadam
  15. tahu xpe..malas nak layan bende2 yang belom tentu betol ni..cerita tentang diri sendiri lagi best..haha

    BalasPadam
  16. betul tuh . jangan la sampai nak mengaibkan orang... walaupun tak puas ati....

    BalasPadam
  17. Setuju ngan mr ben, jgn la sbb nak naikkan rating/visitors blog kita, aib org kita sebarkan. Lagi satu, kalau gambar ngeri kemalangan ke kematian ke, rasanya tak yah upload banyak banyak dlm blog, cukuplah sekadar cerita jer, kesian kat keluarga mangsa. But that's just my personal opinion jer.

    BalasPadam
  18. blog + duit + putus asa + quit blogging...agaknye tu pasal dpt 2 juta blogger tuh..=)

    BalasPadam