Jumaat, 26 November 2010

Sesuatu yang mustahil berubah sekelip mata ..

 

Maaf .. kalau kat opis ni , entri aku banyak berkisarkan blog .. maklumlah , tak bergerak .. kalau bergerak , lain ceritanya.. tak caya , tengok esok.. hehe..

Apa yang mustahil tu ? BLOG .. Kali pertama aku buat blog , aku tak tau apa apa langsung .. Bukan la aku buta IT .. maksud aku ialah teknik nak tarik pembaca .. Aku terfikir kalau buat blog nanti , automatik orang akan masuk baca .. hehhe .. Yelah , macam FB tu .. orang akan add kita gitu la kan .. Tapi rupanya meleset .. meleset melecet .. huhu..

Nak dapat pembaca setia atau follower ? Mintak maaf la.. bukan senang .. Nasib baik aku ada FACEBOOK .. Pelan pelan aku promosi kat situ .. Alhamdulillah .. Ada la kawan kawan setia sudi mengunjungi blog aku ..

 

image Iklan sesaat - EQ CLOSET

 

Bila tengok blog blog otai .. nampak follower diorg beribu ribu , mmg aku tergamam.. camana diorng boleh dapat gitu eh ? Ada yang cadang buat contest dan wajib jadi FOLLOWER .. ada yang buat I FOLLOW U , U DONT FOOL ME !!  Haa.. macam macam cara laa..

Aku guna cara apa ? Hurm.. U wanna follow me ? Up to u ! hehe.. tapi aku hargai sangat pada mereka yang sudi follow aku tu .. Ibarat menyokong segala usaha aku .. Terima kasih .. Aku free nanti , aku cuba follow balik .. tiada jaminan di situ.. aku bukan free sangat ... hurm ..

Kemudian .. Bila diorng cerita blog boleh dapat duit beribu ribu lemon .. Huih.. sukar aku nak percayainya .. Mustahil aku leh dapat gitu.. Yelah , aku bukannya artis atau seorang yang dikenali ramai.. Jauh sekali nak masuk majalah .. Haih.. Tak kisahlah .. Aku cuba berharap sebulan dapat simpan RM100 dah la..setahun dapat la RM1200 .. hehe..tak yah tunggu duit bonus kan ?

Alhamdulillah .. Berkat usaha serta sokongan rakan rakan serta ehem.. orang rumah .. ni penting part ni .. kang ada yang merajuk.. tidur luar aku malam ni .. hahaha .. Part ni penting weh...kalau tiada sokongan , sahih bergaduh siang malam .. Ok sambung.. Haa.. kat mana tadi ? .. haaa.. sokongan yang tak berbelah bagi , akhirnya aku di sini .. Korang yang aku tak pernah kenal dan tak terfikir pon nak berkenalan , syukur diketemukan di dunia maya ini.. Sapa tau , insyaAllah boleh jumpa di dunia realiti , kan ?

Maka , dengan ini terbuktilah bahawa segala yang kita inginkan perlulah di mulakan dengan niat , disusuli dengan kerana Allah disertai dengan doa dan kemudiannya usaha ditambah dengan kemahuan ... dan sokongan rakan rakan serta yang tersayang amat penting bagi membantu untuk menaikkan semangat !

Akhir kata .. tiada yang mustahil .. segalanya bermula dengan angan angan ..

21 komen :

MIMIE AIZA berkata... [Reply to comment]

angan2 menjadi kenyataan kan encik ben?
:)

nak juge rasa duit beriban2. tapi susah kalau tak ada usaha

Malek Ku berkata... [Reply to comment]

wohhoo.. lu mmg idola blogger wa lah...entry menyentuh sixpack aku...haha

kakchik@ella berkata... [Reply to comment]

Esok2 dh 5 angka jgn lupa kat kakchik tau!! Haha .. Kot la terperasan 'DRIVER or SCREWDRIVER' lak masa tu!! Haha ..

Tuan Penasihat berkata... [Reply to comment]

ya betul tu bro. yang penting kita jgn ego sangat. baik yang lama atau yang baru. yang lama sanggup berkongsi, yang baru mestilah sanggup menerima teguran & nasihat.tapi Tuan Penasihat respect sangat ngan bro BA yang banyak idea. yang mana idea tu menguntungkan BA & follower semua. teruskan bro. yang mana ble support kita support.

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata... [Reply to comment]

Angan-angan..ye,LM memang suka berangan..haha.pasti akan boleh jd mcm BA suatu hari nanti..pasti!.

SHA berkata... [Reply to comment]

suka suka suka...tq en Ben..

LUKISAN PENA berkata... [Reply to comment]

Nak istiqamah bukannya senangkan..???

Mat Gebu berkata... [Reply to comment]

Betul kata pak ustaz Ben...macam saya kan, tak sangka BA boleh mencemar duli ke tanah jajahan hamba di Sedenak..perghhh...budak bandar masuk kampung guaa beb!!..

:~:Budak Degil :~: berkata... [Reply to comment]

dari kak ella sy kenal abg ben ni..
berkawan di alam maya ni lebih senang dr berkawan di alam nyata/fana...
ceh..hehe...

papepon..im still support u lah abg gagah perkase oi.....(panggilan sy buat abg ben..haha)jgn marah ye..^_^

Mama Zara berkata... [Reply to comment]

u follow me i follow u..hihii

mama x kisah pun sapa nk follow sapa tak nak. yg penting mantapkan penulisan dan kandungan blog. Once menarik, secara tak langsung org akan follow la..ye tak?

apezs shah berkata... [Reply to comment]

wowowo best-best.. seronok kalau mcmtu.

ShueQry berkata... [Reply to comment]

Hi Ben, apa khabar? ShueQry di sini.

Terjumpa blog ni dari Google Malaysia..tiba-tiba tertarik nak baca, ringkas, bersahaja dan ditulis terus dari hati.

Ya, amat mencabar untuk membina komuniti pembaca yang setia. Tak kata susah, cuma amat mencabar..wordingnya saya tukar supaya jadi lebih positif.

bila dah kumpul ribuan pembaca, next mission adalah untuk kekalkannya, sebab boleh jatuh teruk bila-bila masa!

Aisyah AR berkata... [Reply to comment]

Tiada yg mustahil bila kita usaha!! huhuu...

@cu SaYaNg berkata... [Reply to comment]

dulu acu suka berangan2 nak melancong ke merata negara sebab nak tengok dunia luar..dan akhir nya angan2 acu menjadi kenyataan..
setiap tahun acu akan pasti kan acu dapat melancong ke negara luar samada dekat mahu pun jauh...bergantung pada 'poket'

hudahazwani berkata... [Reply to comment]

betul ckp abg tuh..sume perkara mule dari bawah ^^,

Citarasa Rinduan berkata... [Reply to comment]

psst...........cik mat, ayu setuju sangat tu

lagi haru....ben ashaari masuk rancangan felda....sungai sayong pulak tu...

mmg tak sangka...area kawasan ayu area hulu gitu..

terima kasih ben....

Shaofie berkata... [Reply to comment]

Abang Ben. Ada Tribute sikit.
Penghargaan.

http://shaofie.blogspot.com/2010/11/realiti-tv-tak-payah-semua-tu.html

cplud miera berkata... [Reply to comment]

salam bro..cplud ade tag bro. klu sudi, jengukla link ni yer..tq

http://pludcorner.blogspot.com/2010/11/penghargaan-dari-cplud-miera.html

Pala Maldini berkata... [Reply to comment]

ada usaha, ada jaya..

The Nurul berkata... [Reply to comment]

cuba kalau baby lahir lahir suruh bercakap, mustahil sungguh.

AdiaLuze berkata... [Reply to comment]

Betul tu En.Ben...Segala2nye bermula dgn angan2...Tapi kena la gak disusuli ngan usaha yang berterusan kan....Hehehehe

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI