SIAPA SEBENARNYA DIN BERAMBOI ?

by - Rabu, Februari 17, 2010

Sebut je nama DIN BERAMBOI ..mesti dalam pala tu teringat RAJA LAWAK , MANDI , WAKENABEB dan banyak lagi la..Tapi ada yang tak tau , sebenarnya sebelum DIN BERAMBOI ni wujud , ada DIN BERAMBOI lain..kalau sapa yang membesar dengan majalah ujang , dia tau la...

Masalah mula timbul bila kedua dua orang ini mengaku merekalah yang mencipta watak DIN BERAMBOI...sapa yang betul pun tak tau...aku tak berani nak kata la ..cuma ini pendapat aku..

Pertama kali aku dengar nama DIN BERAMBOI melalui sebuah kaset yang dipasang oleh kawan kelas aku sewaktu dalam perjalanan ke PULAU PANGKOR selepas abis SPM nun di tahun 1993..lama kan ?? haa...Aku rasa kalau korang dengar sah sah terbahak bahak ketawa ...Sebab mmg real dia punya lawak..lagi lawak dari mamat DIN BERAMBOI skang ni...

Macam macam cerita yang aku dengar pasal DIN BERAMBOI tahun 93 tu..antaranya dia tu mmg orang giler yang di interview oleh budak budak Uitm ( ITM masa tu ) ..tu antara khabar angin la..kesahihannya aku tak pasti..

Kesan dari kaset tu , mmg mendalam la...penggunaan nama LIM TAT , NIK WAFDI , dan banyak lagi senantiasa meniti di bibir budak budak aku zaman tu...Tak ketinggalan jugak dalam majalah UJANG..

Aku meninggalkan dunia komik UJANG selepas krisis DIN BERAMBOI merebut hak milik nama tu...ermm..bosan tul...setahu aku ujang dh mempopularkan dengan 'cantik'nya...datang sorang tu , ermm..tah apa punya lawak dia buat sampai skang ni....kekadang nak tengok RAJA LAWAK pun dah loya bila tengok perangai tak senonoh dia...

Kat sini aku letak dua link yang korang leh dengar sendiri ...klik sini dan sana ...cuba la sendiri ek...pastu search je lagi kat youtube...tengok komen bebudak kat situ..Ni semua antara pengalaman hidup zaman sekolah aku..hehehe...

Entah mana satu betul pun den tak tau ..yang den tau PAKCIK KAYOOOOOOOOOOOOOOO

You May Also Like

5 comments

  1. Secara jujur dan ikhlas, raja lawak langsung tak boleh masuk dalam minda ku....ye lah tu pada saya, ada pulak yg saman kang....

    BalasPadam
  2. hehe..tu mmg ..yang boleh blah pun masa nabil ..tu je..yang lain..sekadar memeriahkan dunia lawak yg tak lawak dah..

    BalasPadam
  3. Watak cereka Din Beramboi
    Nama "Din Beramboi" mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim Anon @ Ujang sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut"[1], dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad sendiri yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.[2] Mula-mulanya mendapat ilham dari siri kaset itu untuk konsep watak berkenaan semenjak tahun 1987, Ujang menzahirkan Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah Gila-Gila. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.[3]

    Ujang meninggalkan majalah Gila-Gila untuk membuka majalah sendiri, iaitu Ujang, dan turut membawa watak Din Beramboi untuk dijadikan maskot majalah baru tersebut.[2] Nama Din Beramboi ciptaan Ujang ini juga dijulang dengan terbitan kaset lawak sendiri, iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban.[2] Kerana watak Din Beramboi inilah majalah Ujang menjadi terkenal pada dekad 1990-an.

    Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana menciplak watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.[2]

    BalasPadam
  4. Biler dengar balik kt youtube tu...tu suara dj din tu suara kartunis ujang.

    BalasPadam
  5. Tu suara kartunis ujang...yang dj din tu..

    BalasPadam