Apa sebenarnya yang aku mahukan dlm dunia blog ini ?

by - Selasa, April 19, 2011

 

Sejak kecik lagi , aku gemar memimpin.. tapi aku tak nak jadi ketua.. aku lebih suka beri pendapat dari duduk diam .. Kalau takde kene mengena dengan aku , barulah aku diam .. hehehe ..

Apa yang aku mahukan sebenarnya dari dunia blog ini ? Ok.. terus terang aku katakan , dunia internet ini adalah lombong emas .. Terlalu banyak kawasan yang belum dikorek lagi.. dan takkan habis selagi wujudnya internet dan pengguna ... Keutamaan aku ialah keluarga aku .. Pendapatan sampingan yang boleh aku dapat dari dunia internet ini , aku sangat sangat bersyukur.. Yelah , dari aku menghabiskan masa tengok tv , blogging menjana pendapatan aku gak kan ?

Kedua .. Popular ? Aku tak nak popular ! Apa yang aku nak ialah penyatuan semua blogger blogger yang ada dalam atau luar malaysia ni.. Satu perkara yang mustahil tapi tak semestinya kita tak boleh satukan sekurang kurangnya suku kan ? Suku tu pon dah cukup besar dah ..

Itulah yang aku cuba buat dari dulu .. BERSATU .. namun ianya tetap sukar sekali kerana ada je alien cuba merosakkannya. .Nak kata apa dah kan .. syaitan mmg tak boleh tengok anak cucu adam ni bersatu ..

Aku cukup gembira bila melihat blogger yang baru berkenalan , kemudian boleh bergelak ketawa seolah olah dah kenal bertahun lamanya .. itulah yang aku dapat lihat tiap kali adanya gathering yang mana aku anjurkan sendiri .. Simple tapi tercapai matlamat .. Tiada yang terasa hati.. tiada yang makan hati..

Popular , femes ... itu bukan matlamat aku berblogging.. Aku tua dah ... Popular dan femes belum tentu boleh jamin aku selamat dari seksaan kubur ...tapi sebenarnya aku boleh gunakannya saham akhirat aku .. insyaAllah ..

You May Also Like

19 comments

  1. abg ben mana tua lagi. org kata, lelaki akan ada hidup baru bila 40 ++ hehe

    BalasPadam
  2. teringinnya nak berjumpa dgn bloggers2 ni..tp jauh+ xde masa...heheheh~



    insyaALLAH kalau ada rezeki berjumpalah..



    ^__^v

    BalasPadam
  3. yes bersatu teguh,bercerai kawin lagi satu ok tak?ahah

    BalasPadam
  4. amacam gathering kt pesta buku jd ke?

    BalasPadam
  5. huhu mcm abg ben ckp, untuk dptkn saham akhirat, pastikan blog kita tuh trafik berkualiti.. takde maknanya trafik beribu klu entry kosong.. keh2

    BalasPadam
  6. best bila dpt berkenalan dgn blogger2.
    lain org lain rasa so sama2 kongsi rasa tu :)

    BalasPadam
  7. sepatutnya kelab blogger ben ashaari ditukar kepada persatuan blogger seluruh malaysia.. hehe

    BalasPadam
  8. sepatutnya kelab blogger ben ashaari ditukar kepada persatuan blogger seluruh malaysia.. hehe

    BalasPadam
  9. abg ben muda lagi lah! heee

    sedar dan x sedar, sbnarnya abg ben memg dah byk menyatukan blogger2, walopun x join gathering, tp brtemu dlm blogging shj...

    terbaek lah :)

    BalasPadam
  10. masing2 kena support, bru la kita boleh bersatu

    BalasPadam
  11. Betul bicara abg ben. Dari blog abg ben lah saya jumpa banyak blog dan blogger yang hebat2. Terasa banyak kekurangan dalam diri ne perlu diperbaiki lagi.

    BalasPadam
  12. sokong firdaus kasim ... la la la la

    BalasPadam
  13. BEN tujuan b3njy blogging cam BEN juga ingin menambah pendapatan sampingan ... tetapi belum terror lagi ... masih banyak yg perlu dipelajari ... sebab lain adalah kepuasan diri bila dapat post 1 entri ... nak buat buku tak pandai ... ada blog pun jadilah ... hasrat BEN nak satukan semua blogger boleh tercapai jika semua blogger sehati berdansa ... silap kalau dah ramai PM akan dengar suara blogger di perleman kelak ... masa tu wujudnya akta blogger 2015 .... hahahaha... saja membuat andaian ...

    p/s: cepatnya buat entri ... idea simple tak pernah kering bro BEN ni ... semoga bertambah dashyat lagi hari demi hari ... tq.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah..perenggan last tu saya suke..haha

    BalasPadam
  15. betul kata abang ben tu..memang wujud alien dalam dunia blog ni..tu sume lumrah hidup,tak semua mnusia ini senang dengan apa yang kita ada..kita kne bersatu..bantu antara yang lain..mesti aman bila nak berblog kalau semua amalkan sikap terpuji cam ni..

    BalasPadam
  16. apa yg aku nak ialah membaca kisah dan suka duka di luar sana yg kadang kala bernasib dan kdg kala agak kurang berbanding kita..Tanpa perlu merentasi kedudukan geografi,wang dan masa kita tahu ttg hal mereka...aku jugak nak menyelami perasaan dan imaginasi sang penulis..

    itu sbb utama aku berblogging...no money,no fame...but i want to be friend with all people..tanpa kira pangkat,harta dan paras rupa...buat ape popular jika hidup x tenteram...kdg2 humble itu penting dlm kehidupan..

    BalasPadam