Ibarat Rosyam Nor dengan Aaron Aziz ..

by - Jumaat, April 29, 2011

 

Hehe.. aku tau.. takde contoh lain dah aku nak bagi memalam gini .. Baru lepas lepak dengan Ujang , Faizal Fredley n Joegrimjow.. Macam macam gak la cerita .. Gambar ? Tak yah la.. muak dah nak letak pic kat sini ..

Banyak isu dibincangkan terutamanya bab iklan .. Hurm.. entah la.. kalau boleh , nak je aku bincangkan kat sini .. Tapi tu la.. bahaya .. haih..

Kemudian berbangkit soal blogger popular neh.. Aku sebenarnya malu kalau orang kata aku ni blogger popular.. Tak layak.. Biarlah yang perasan popular tu dengan dunia dia sendiri .. Bagi aku satu jer.. dunia blog ini meriah dan aman dah ..

Popular ... sebenarnya tak tahan lama berbanding bagus.. Blogger yang bagus ini yang tahan lama .. Aku amik contoh pelakon yang bagus seperti Rosyam Nor.. bagi la apa watak sekali pon , dia boleh bawak dengan baik.. menunjukkan dia seorang yang berbakat.. Norman Hakim ? Dia bagus ... tapi tak sebagus Rosyam Nor (pendapat aku ) .. tapi buat masa ini dia lebih popular dari Rosyam Nor .. kan ? Tapi kalau nak jual filem , rasa sapa lebih laku ?

Tu contoh je la aku bagi.. padahal dua dua bagus bagi aku .. aku tak tau nak pk sapa.. ikutkan tadi nak je letak nama aku .. hehehe..tapi tak layak la pulak ..

Apa yang aku nak sampaikan cukup mudah .. Henti hentikan la perasan diri kita tu popular dan mengejar populariti yang mana tak popular mana pon ... Tapi biarlah blog kita popular kerana dia itu 'blog' ... ok ?

You May Also Like

11 comments

  1. blogger popular..siapakah??sy kenal ben ashaari sorg je kot..

    BalasPadam
  2. Ok....tak leh join minum sekali... ade hal di kolej...grrrr

    BalasPadam
  3. as salam..
    okeh! kualiti diutamakan!

    =)

    BalasPadam
  4. baik abg ben... thnx ngatkan... huhu

    BalasPadam
  5. joe dah balik dari uK ke? bagus dia tu, ketua pngawas kat skolah yg stylo dlam berucap.. hihihi

    BalasPadam
  6. betul tu abg ben..yg penting info yg kita sharing..dapat gak pahala kan?..:)

    BalasPadam
  7. Aik...kata rosyam dan aaron..ni citer rosyam dan norman ...hehe memang betul, yg bagus akan disuka ramai sampai bila2.macam minyak angin cap kapak.dah berkurun masih sy suka guna.hahaha apekah?

    tadi baru terbaca ada blogger bandingkan ben dgn baim wong? hahaha mana yg lebeh ensem katanya. i kata org mesia lah lebih ensem tp ben #2 selepas hubby i ler...hehe jgn marah

    BalasPadam
  8. pacik,,kenapa title ibarat rosyam dgn earon tp dlm title rosyam dgn norman? tertukar k?

    tp,klu rosyam ngn norman..huh..xsuka norman! klu dlu yalah tp skrng klu tgk dia belakon,,aiyoi rasa cam mmg xsuka..kua3.. kalau aeron lak,,alamakk mmg best laa..y pntng skali handome..lalala..

    and best ayat pacik dlm entri ni y last sekali tuu :)
    Aja! Aja! fighting!

    BalasPadam
  9. OO..mana encik ben tak update2? huhu..time saya free nak baca entri, takde lak.adei

    >__<

    BalasPadam