Berani kerana benar ??

by - Selasa, April 12, 2011

 

Alhamdulillah ..selesai keje aku kat gym.. Aku malas benar update entri ari ni tapi bila dah mula .. habis la..tak reti diam dah ..

208765_207728915917419_100000409372347_745027_7732521_n

Berani kerana benar ? Kebelakangan ini aku lihat ramai benar nak berdakwah dalam blog .. Alhamdulillah .. satu perkembangan yang baik... cuma yang kurang enak ialah , cara !

Berdakwah tu satu perkara yang baik.. Berdakwah kerana Allah.. satu kerja yang mulia .. Cuma yang tak betulnya cara .. cara yang digunakan sesama saudara seagama.. Bolehkah kita nak memperbetulkan seseorang itu dengan kritikan pedas ? Caci maki ? Kutuk mengutuk ? Cuba selak semua sejarah nabi dulu .. bagaimana nabi berdakwah .. ingat semudah itu ? Kalau main caci maki atau kritikan sampai tersentap , aku rasa tak kena gaya...

Kita di zaman sekarang ni , semua dah bijaksana.. Ada akal dan ada ilmu.. gunakanlah akal kita untuk berdakwah .. Reverse psikologi .. Ari tu ada sahabat blogger bagi aku blog dakwah ni .. cara dia mmg membuatkan pembaca terkejut ... tapi bila dia baca betul betul , apakah sebenarnya yang nak disampaikan ? cuba baca nanti kat SINI..

Bagi aku bagus nak berdakwah .. tapi ingat , lagi bagus berdakwah guna akal .. biar hati saudara kita tu tersentuh dari tersentap ! Bila dia tersentuh maka dia akan berfikir.. tu yang lebih baik .. Kalau tersentap , rasa rasanya dia fikir ? aku rasa lagi dia keras hati ada la ...

Dan ... yang nak berdakwah tu aku rasa , kena perhatikan semua ayat ayat tu ... lebih baik bagi contoh dari mana mana dalil dari dok main sedap jari menaip ...

Fikir fikirkan la eh ... yang membaca ni semua ada akal... bukan bayi baru menyusu  ..

You May Also Like

26 comments

  1. dakwah berlandaskan akal & agama insyaAllah x kan ada pihak yg akan rasa sentap!
    kebanyakannya menggunakan emosi..

    hurmm ada otak pakai jadi matang jgn jadi kontang ;)

    renung2kan slamat berblogging..

    BalasPadam
  2. bljr cara berhikmah dlm berdakwah.. ^_^

    BalasPadam
  3. Faisal Tehrani penulis yang berbakat. Catatannya banyak dari pengalaman. Kalau kat akhbar tuttt tu lagi best hehehe
    Mata penanya setajam mata pedang

    BalasPadam
  4. i loiike ;D

    penyusunan kata yang menyentuh hati,

    BalasPadam
  5. Berdakwah cara berhikmah~ itu cara Rasulullah Saw & para sahabat~

    BalasPadam
  6. inilah yg dinamakan belum belajar A dah lompat terus Z..teringat makcik saya sebab agama sanggup sampai ke Indon le bagai..last2 balik sediakan satu bilik untuk wali songo beribadat..alahaiiii sedih sangat2...islam itu indah..dan islam itu mudah..buat yg asas dulu dah betul commit barulah gali plak benda2 yg sunat dsb

    BalasPadam
  7. iye betul tu saya setuju kdgkala klu nk berdakwah perlu persediaan ilmu yg secukupnya :)

    BalasPadam
  8. semoga membuka mata kepada kita yang leka dan riak bila mahu berdakwah :)

    BalasPadam
  9. Ben,

    faisal sengaja mahu menimbulkan persoalan yang seringkali ditimbulkan dek orang yang anti Syiah. sebab itulah faisal ada cakap, bila aku tulis yang baik orang kata aku menyokong Syiah; bila aku kutuk orang kata aku pula salah kerana dok menghina (lebih kurang begitulah ayatnya mengikut kefahaman aku). faisal seorang penulis yang baik, dan pasti dia lebih arif tentangnya kerana dia bukan sembarangan orang jua. rasanya dia lebih bertamudun dari sudut pemikiran yang mungkin lebih ke hadapan sedikit berbanding kita-kita ini. apa yang mememelikkan kepala otak aku hanya satu. mengapa kita selalu sangat mencari perbezaan daripada kesamaan yang ada? dengan mudah kita melabel 'kafir' kepada mereka (syiah) sedang ada di antara mereka yang diperakui kesahihan amalannya. bukankah lebih baik kita beri saranan kepada kerajaan Saudi agar menyahkan mereka (Syiah) dari melakukan haji di tanah suci. mampukah agak-agaknya?


    Ben, faisal sekadar berkias. dan kiasan itu kena tepat ke hidung remaja kita hari ini. remaja Iran masih mampu menunaikan solat sebelum perlawanan bola. remaja kita bagaimana? faisal tidak berkata secara 'direct' kerana melalui cara itulah dia meluah buah fikirannya.

    Err, kebetulan pula. isu PPSMI kembali memenuhi ruang blog. doakanlah agar pelaksaannya dimasuhkan terus. bantulah para pejuan bahasa negara kita melalui blook yang kita guna sebagai wadah mencari keadilan dan kebenaran.

    http://puisikabur.blogspot.com/2011/04/pakar-bahasa-bantah-ppsmi-dari-terus.html

    Sekian...

    BalasPadam
  10. Berdakwah boleh ; tp biarlah dgn cara yg berhikmah

    BalasPadam
  11. SuKeR GaKS baCeR eNTRieS YanG B'uNSuR daKWaH DaN iLMiaH... MGa aPeR YaNG KuRaNG DaN LeMah DaPaT D PBaiKi... (^_____^)V

    BalasPadam
  12. btol tu bro.
    klu rasa ada nk kritik pape , apakata tnjuk je muka ,kta berani krn benar kan ?

    BalasPadam
  13. Dr Faisal...penulisan dia dari dulu memang lekat di hati..pernah gaya penulisan dalam blog dah jadi serupa dengan dia sebab banyak sangat baca buku dia...erm..cakap pasal dia pulak...hehehe..

    BalasPadam
  14. tengak komen ada sebut nama aku faisal..terkejut..ramainya org kenal aku...hahahaha tapi jangan prasanla itu FAISAL TEHRANI aku ni FAISAL APARDI..hahahaha...bangga org sebut nama aku...kita kna pikirkan jugk masalah remaja kita yg semakin meruncing kerana mereka2 inilah yg akan memaju negara kita satu hari nanti..

    kalau nak tgk negara kita akan datang tengakla remaja skng ni..

    fikir-fikirkanlah

    http://faisalapardi.com/

    BalasPadam
  15. woo..xde la nak sokong memane tapi :

    Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010).

    Dan salah satu komen balas beliau :

    black
    laaaaa kalau saya puji mereka kerana bersolat sebelum menonton bola nanti ada orang lain marah pula. nanti didakwa mengagungkan syiah pula. bila saya kutuk mereka sesat, pun ada orang kata saya tak betul. susah lah macam ni.
    miss fatihah lebih dari buku itu saya baca, degree saya syariah dari akademi pengajian islam UM.

    mungkin beliau dah mengkaji dulu sebelum buat entry tu mane kite tau kan?? huhu

    :: Ubah Lagu Jadi Minus One ::

    BalasPadam
  16. setuju...berdakwah tapi cara yang digunakan salah...serupa menunding jari ke muka sendiri

    BalasPadam
  17. Dr FT mmg suke gune ayat berkias. Kalo bace skali imbas mmg x paham. Tp blog die slalu menjadi bahan bacaan sy. Termasuk novelnya.. :)

    BalasPadam
  18. Batu yang keras .. kalau dicurahkan air.. Lama-lama akan lembut/hancur jugak.. kalau tak jugak.. kit aketuk boleh?? ekekekeke
    sama-sama lah kita mengenal pasti kelemahn untuk diperbaiki..
    terima kasih abg ben.. entry tuk berfikir.... ^_^v

    BalasPadam
  19. hahaha~~teringat plak aku penah baling alat penimbang kat kepala adik aku sbb dia bedakwah guna bhsa cantik sgt~~kata abh aku kt dia "hang nak bedakwah xkena cara,,duk maki2 mana bleh,,dia kakak hang adik,,kena hormat guna bhsa elok2..." hahaha...syg abah~~

    BalasPadam
  20. betul tu kene contohi akhlak rasulullah yg sabar dan sentiasa berakhlak mulia dlm menyebarkan syiar islam,..

    BalasPadam
  21. salam en.ben

    ramai yg niat murni nak berdakwah tp dakwah 'ikut ikutan' dan x cukup ilmu.maka org2 ini akan bcakap main sedap mulut dan jari menulis sekadar dalil yg fwd tanpa rujukan sahih..then bila berlainan pendpt x boleh terima, caci maki sesama Islam dll.ramai mengaku ahli sunnah wal jamaah tp bpuak2 (suka/sokong/setuju pd ulamak/ustaz/ustazh tertentu shj.selainnya sesat/motif politik)

    BalasPadam
  22. sangat setuju dengan pendapat abg ben!:)

    BalasPadam
  23. Salam Ben,
    Dr Faisal Tehrani ni penyokong Syiah ke?
    Tengok dia punya entri pun mcm banyak yang menyokong Syiah.

    Saya dulu pun terpikirkan perkara yang sama gak.
    Kenapa la Sunni dan Syiah takleh bersatu..

    Tapi bila kita tahu sebabnya, Sunni dan Syiah memang tak boleh nak bersatu.

    Rujuk sini:

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-ajaran-syiah-kelantan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah

    yg ni dlm bentuk ebook:

    http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=1&ved=0CB4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fhakekat.com%2Fcomponent%2Foption%2Ccom_docman%2Ftask%2Cdoc_download%2Fgid%2C23%2FItemid%2C1%2F&rct=j&q=%22ajaran%20syiah%22&ei=7UOlTeKJCsPOrQezj4juCQ&usg=AFQjCNFpcrbJPOIu_aqVXjydRcaUedL1IQ&cad=rja

    BalasPadam
  24. baru dapat bace entry2 abg T_T ..semalam cuti mak demam T_T

    betul tu berdakwah bagus tapi cara penyampaian biar kena .. jgn nnt berdakwah jadi lain pulak

    BalasPadam
  25. berdakwah....bagus sebenarnya, tapi jangan ada sedikit salah sekalipun agar mereka yang ingin mendalami islam dapat maklumat yang tepat dan berkesan

    BalasPadam