Jom malukan dia .. best wehh ...

by - Rabu, April 06, 2011

 

Mengaibkan orang secara terang-terangan .. apakah hukumnya ??

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).

Firman Allah: (maksudnya)

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).

Allah berfirman (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).

Jika seseorang itu sudah insaf , perlukah kita bukak segala pekungnya yang lampau ???

You May Also Like

16 comments

  1. ohh. tak patut..
    sape tu abg ben..
    meh cik peluk pukul2 manja dia.. lalala~

    BalasPadam
  2. tak patut tak patut ! bnda silam xprlu nk ungkit2 balik kann ? ;)

    BalasPadam
  3. btol tu..sesungguhnya Allah itu maha adil.. baca sini pulak jom:Pesanan Imam Syafie

    BalasPadam
  4. kalau org tu dah insaf bagi saya eloklah kita bagi peluang..

    jangan judge orang berdasarkan kisah lampau dia...kalau dia betol2 nak berubah kita sokong dia..hehehe~

    ^__^v

    BalasPadam
  5. setuju dengan abg ben..huhu:)

    BalasPadam
  6. ye kan..nape org sakit ati sgt kita ade blog?

    sy telah disabotaj kawan2 sendiri pd pentadbir, gara2 krn ade blog!

    demam sy 2 ari stlh ambil keputusan nk tutup blog sy...

    BalasPadam
  7. agree 100%!!
    nanti berbalik kt batang idong sndiri!! :)

    BalasPadam
  8. Allah mengetahui segalanya... :)

    BalasPadam
  9. Jika seseoarng sudah insaf dan dosa ia itu antara ia dan Allah maka xperlu dibuka tetapi jika ia sudah insaf tetapi dosa tersebut berkait dengan manusia lain seperti ia berdosa dengan melakukan kezaliman kepada orang lain,maka pelaku kena mohon maaf kepada insan yang dia perlakukan sebab ia berkait dengan manusia (salah satu dari 6 perkara yang boleh diumpat(rujukan Kitab Ihya' Ulumuddin)).
    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
    Pelajar Di Bunuh Hanya Kerana RM7 ?

    BalasPadam
  10. kalu dah dendam mengusai diri. insaf ke tobat ke, die tetap akn bukak pekung seseorang tuh.

    Camera zaman Tok Kadok. Siapa berani try?!!

    BalasPadam
  11. dosa sesama manusia kenalah minta maaf ngan orgnya...dosa dengan Allah kenalah bertaubat...sesudah taubat jgn diulangi lagi...kisah yg lampau jadikan lipatan sejarah hidup dan org2 yg mengetahui kisah lampaunya jadikan pengajaran bukan umpatan :)

    BalasPadam
  12. saye dah terkena.."dia" cite bkn2 pasal saye kt kawan2 dia..sedih sangat..padahal saya dah maafkn perbuatan dia,tp dia tetap buat cite pasal saye.. T_T

    BalasPadam
  13. ya...betultu abg ben...yg lepas tu biar lah lepas..mgkin seseorg yg di aibkan tu dah berubah...berdosa mengaibkan org walaupun tidak secara terang-terangan...sekarg bnyak hal macam ni terjadi dalam negara kita ni an..
    kita berdoalah spaya Allah bukakan pintu haty pelaku itu untuk bertaubat dan moga di maafkan oleh org yang di aibkan..

    BalasPadam
  14. mmg sgt2 tak patut. apa hak kita utk mengaibkan dia. hanya Allah saja yg boleh membuka aib org di pdg Masyar kelak.

    BalasPadam
  15. Yer la korang.. x bek buka pekung yang lama.. Mummy dah kena kat dalam ofis nie.. Memang perang dalam jiwa jer.. kalau dulu mmg dok sibuk jer nak tau apa yang dorang umpat psal kita.. Tapi x syoknyer lepas tau jer apa yg dorang umpat buat sakit hati jer.. Daripada macam tue lebih baik buat donno jer, yg dorang dpt dosa jer.. Baik buat diam jer, pandai la dorang penat sendiri.. bek aku layan entri abg ben, lagi BERMAKNA.. LIKE!!

    BalasPadam