Kenapa aku sokong NABIL RAJA LAWAK ?

by - Sabtu, April 16, 2011

 

Haaa... sejak pertama kali aku tengok muka dia kat Raja Lawak , aku mmg boleh rasa dia mampu pergi jauh , jika dia berdisiplin .. hehehe.. Bukan mudah nak berdisiplin bila dah bergelar selebriti ni ..

Ok.. tolak tepi sebentar kehidupan peribadi dia.. Apa yang aku nak bicarakan di sini ialah lawak spontan dia .. Kenapa dia ?? Aku pon tak tau la.. hehehe

Pertama sekali , dia kreatif sangat .. Dia tak perlu buat gaya gaya slaptik untuk membuatkan orang ketawa .. cukup dengan skrip selamba dia dan sedikit gaya bagi menghidupkan lagi komedi dia ..

Kedua ialah idea yang tersendiri .. Idea yang dia dapat kebanyakkan dari kehidupan harian yang berlaku di sekeliling kita dan dia bijak menggunakannya .. Sangat hidup dan mencuit hati ..

Sebelum dia bergelar juara , lawaknya sangat sangat menarik dan tidak jemu untuk ditonton .. Bila bergelar juara , dan menjadi popular .. lawaknya dah tidak lagi original .. kenapa ? Dia diselubungi dengan 'popularitinya' yang mana membunuh segala lawak originalnya ..

Dan malam ini , akhirnya dia kembali kepada NABIL dahulu.. bukannya Nabil selepas menjuarai Raja Lawak dan memenangi pelakon komedi popular tahun yang lepas ..

Komedinya mmg nampak ikhlas dan kreatif.. dia berjaya menghidupkan suasana tanpa perlukan kehadiran orang lain ..Itu yang susah kita nak lakukan ..

Kita sendiri sebagai blogger .. cuma amik info yang ada depan mata kita tu.. Bagaimana Nabil bisa mengketawakan penontonnya ? Bagaimana kita , sebagai seorang blogger mampu pikat pembaca kita lagi hari demi hari.. Semakin bertambah ..

Susah gak kan ? Nak bagi orang ketawa lagi susah tau.. Tak caya, buat la entri yang mampu buat orang ketawa berdekah dekah ..

You May Also Like

22 comments

  1. nabil tu nampak die berkerja keras,die prepare semua nye, yg jozan tu nmpk mcm die spontan je,

    so blogger pn kena kerja keras la kn abg ben :))

    BalasPadam
  2. yeahh.. yuyu pun sokong nabil! sebab bersahaja dan tak lawak bodo ^^

    BalasPadam
  3. ye, kak aya pun setuju dengan pendapat ben tentang nabil.

    dia mmg tersendiri, tak perlu lawak bodoh, tak perlu double meaning, dia tau apa yang dia nak buat untuk buat orang gelak.

    BalasPadam
  4. sokong sokong.nabil memang terbaik malam ni.idea yg fresh dan tak disangka

    BalasPadam
  5. setuju dowh ngan abe ben ... kalau cakap pasal nak wat pembaca gelak susah sangat la abe ben .. suroh dorang masok blog kite dan bace entry kite pon susah .. huhuhuhuhuh

    BalasPadam
  6. btol tu abg ben....mse die kat raja lawak dlu, mmg lawak hbes r die...tp ble kuar je dr program tu org nek mnyampah dan mnyumpah lawak die...
    now,ble abg ben ckp die dh lawak blek kt ML,sy ykin yg mood lawak die tu konfem dtg blek....

    BalasPadam
  7. kite tunggu je sape yang akan dapat gelaran 'MAHARAJA LAWAK' tu nanti ..:)

    BalasPadam
  8. org kg den!!!!!!!!!!!!! lawak dye mmg jujur. huhu. grenade!!

    BalasPadam
  9. nabil warih den,. dio pilah den tampin ,. dokek bona la tu,.
    saye sokong ape yg abg ben kate tu,. buat blog mesti lah ade jiwa dlm setiap entry mesti ada perasaan dan perasaan tu mesti boleh berkongsi dengan para pembaca,. kadang2 komen dalam blogwalking pun boleh menyentuh hati pembaca apa lagi entry tu sendiri,..

    BalasPadam
  10. kelakau gila nabil tadi. walaupun ada kertas kat depan. takpe tak kisah janji best :)

    BalasPadam
  11. nabil memang yang terbaik dalam maharaja lawak setakat ni..jozan macam da kurang skit lawak dia..kalau saya tengok lawak nabil..memang kuat la saya gelak..kalau jozan..perlahan je saya gelak..hehe.

    BalasPadam
  12. as salam..
    betul

    @_@"

    harap tiada lagi perbuatan spastik dari nabil selepas ni.
    begitu juga dengan blogger2.
    niat biar betul.

    =)

    BalasPadam
  13. nabil nie memang talented...

    dya ada own style bla melawak..semuanya lawak2 dya ada kaitan ngan kehidupan harian kita dan dalam masa yang sama ada meninggalkan sedikit mesej & pengajaran kpd kita....

    BalasPadam
  14. betul sgt2 ape encik Ben kata tu..hehehe.. tapi dalam rancangan Maharaja lawak ni banyak sangat kumpulan yang best2 cthnye , JAMBU , BALAS, JOZAN , SEPAH dan NABIL sendiri..ape2 pown , wish dorang semua yg terbaik (:

    BalasPadam
  15. uhu..yea nabil nmpk bekerja keras n lawaknya lebih jujur..xperlu dia nk mekap jd pompuan or lelaki lembut utk buat peminat ketawa..plg bagus isu yg diketengahkan jg tdk mengganggu sentiviti penonton sejak rj lawak 2 lg sy sdh mengagumi dia,smlm smpt tgk apa cerita maharajalawak sblm start mhrajalawak tu ade jmput nabil nmpk sgt dia ni jenis merendah diri..walopon ramai yg kate sepah ok tp bg sy lwk derang sama je mcm ms rj lawak dulu still kasar n ade unsur dabel mening gak xsuke dgr derang tengking2 juri walopun konon tuk belawak..

    BalasPadam
  16. nabil pnye lawak mmg trbaek...jozan pn best gk

    BalasPadam
  17. NABIL MEMANG POWER LAAAAA!!!!SAYA SOKONG NABIL...
    NABIL.NABIL.NABIL.NABIL.NABIL.NABIL.NABIL.NABIL.(^_~)

    BalasPadam
  18. Nabil memang berbakat dan dia pandai menggunakan bakatnya..walaupun aura lawaknya macam pernah hilang selepas dia popular namun kini dia kembali dengan aura lawaknya itu. Memang saya minat lawak nabil.

    BalasPadam