Bila Qhaliff tak nak tidur ..

by - Khamis, Januari 17, 2013

 

Tengahari .. Liat Qhaliff nak tidur walaupun mengantuk sangat .. Aku bawak dia turun bawah untuk amik angin .. Keluar sebentar dari bilik hotel ni .. hehe ..

Kat bawah , aku berborak dengan pengawal keselamatan yang bertugas di pintu. Pakcik .. Aku rasa usianya pon dah lebih 60 tahun ..

Kesian menjengah diri .. Tinggal berdua dengan anaknya saja. Isterinya , lama dah meninggal dunia .Kerja di situ , dah masuk 17 tahun. Gaji , tak sampai pon RM2K. Sikit sangat katanya. Aku pun tak nak tanya lelebih..

Katanya , hidup kat sini mmg teruk skit .. Dia yang berasal dari Bentong memberitahu aku kos sara hidupnya .. Hurmmm .. Sewa rumah , 400 .. Nasib baik makan minum free sbb pihak hotel sediakan ..

Bonus ? Katanya dah dua tahun tak dapat .. kenaikkan tahunan , tak sampai pon RM50 .. Hurmmm …

Tak bersyukur lagikah kita ?

Tiba-tiba keluar seorang tetamu hotel dan dia pergi menegurnya.. Aku , berlalu tinggalkan dia bersama Qhaliff ..  Apakah nasib aku andai aku panjang umur ?

You May Also Like

1 comments