Kecacingankah Qhaliff ?

by - Isnin, Januari 28, 2013

 

Sejak demam hari tu , ginilah dia tidur . Memula dia tidur atas dada mak dia .. Pastu atas lengan .. kemudian , lone ranger gitu .. Tak lena dia ..

Sewaktu check doktor ari tu , takde pulak doktor suspek cacing . Berat semakin mencecah 10kg ..Tapi menurut mereka yang dah punya ramai anak dan semestinya punya banyak pengalaman , katanya berkemungkinan cacing ..

Dan wife yang gemar mendapatkan infomasi di internet melalui pembacaan untuk meningkatkan lagi ilmu mengenai bayi seterusnya berkongsi dengan aku kata , atas setahun baru boleh bagi ubat cacing..

Sedikit infomasi yang aku jumpa di blog RATUHATI

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :

  1. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2. Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  3. Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  4. Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  5. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  6. Demam, ruam-ruam badan, alahan
  7. Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :

  1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
  3. Potong kuku pendek
  4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
  5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
  7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
  9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

 

Hurm .. merbahayakah cacing ini pada kanak kanak ? Apa kata pakar ? Jeng jeng .. Terpaksa aku copy skit dr blog Dr.Zubaidi Hj. Ahmad.

Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.

Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai.

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.

Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah. “.

Nak baca  dengan lebih lanjut , sila ke blog beliau ..

 

Hurm.. Baru tau payah kan nak bela anak kecil ? Jangan lupa , kita dulu pun anak kecil .. Jadi , hargai ibu bapa kita ..

You May Also Like

12 comments

  1. erk.. anak sy pun kdg2 suka tidur macam ni tp kalau baca tanda2 kat atas tu macam takde jer tanda2 mcm tu. maybe sebab dia rasa selesa kot tido mcm tu

    Yang Panas >> KONTROVERSI DI SEBALIK GAMBAR PRE WEDDING LIYANA JASMAY

    BalasPadam
  2. Dia sejuk, sebab tu tangan dia letak bawah dada

    BalasPadam
  3. ala sedihnya qalif..cepat sihat ye dik..

    BalasPadam
  4. http://impianone.blogspot.com/2013/01/pramlee-jeritan-batinku.html

    BalasPadam
  5. assalam, kesiannya Qhaliff...jgn risau daddy dan mamma akan sedaya upaya mengubatnya...InsyaAllah cepat sembuhnya nanti.

    BalasPadam
  6. kene bersihkan makanan betul2. dgn air paip je tak cukup. guna Biozone Food Purifier

    BalasPadam
  7. salam ukhwah bro ben ashari..
    http://masturasalleh-mylovemylife.blogspot.com/

    mak saya ckp kalau anak tidoq tertonggeng mcm tu.. nk dapat adikkk...hehehe..

    BalasPadam
  8. Anak saya pun ada ketikanya tidur menonggeng..ada yg kata cacing jugak...tapi bak kata kak risa dan kak kelly kat RH tu, rasanya mitos je kot..sy bawak anak ke paed pun paed kata toksah percaya lah tido tonggeng = cacing...hehe... Qhaliff brapa bulan ye dah 10 kg tu? Anak sy 10m = 10kg..

    BalasPadam
  9. In Sya Allah takde apa kot. Cam anak saya masa kecik pun dulu tidonya macam tu tapi ok jer..One of the reason sebab dia selesa sebab takde tanda2 yang dia kecacingan..

    BalasPadam
  10. ank sye suke tido gitu..risau jdk ni..huuu..http://www.mamayayang.blogspot.com

    BalasPadam