Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!
Hahahahaha !!
Ada antara kita lebih gemar ketawa dari menghulur tangannya
5 blog terkini : karmila , Ros , sharifahzalikha , Afifah Hanim dan tieqa
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!
Hahahahaha !!
Ada antara kita lebih gemar ketawa dari menghulur tangannya
5 blog terkini : karmila , Ros , sharifahzalikha , Afifah Hanim dan tieqa
Pergh.. caya la bro Aaron.. Dalam diam diam ehh ..
Aaron akan memegang watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Hollywood yang bertajuk PRINCE OF THE CITY . Turut sama berlakon adalah pelakon yang pernah berlakon dalam drama bersiri 24 dan CSI :Miami , Micheal Madsen.
Selain Aaron, filem itu turut menggandingkannya dengan pelakon Tara Wallers, Yang Kassim dan Jehan Miskin.
Filem yang bakal menjalani penggambaran selama 16 hari di Malaysia itu menggunakan sepenuhnya dialog dalam bahasa Inggeris.
Semoga berjaya buat mereka !
Sumber: Kosmo
Rezeki ada di mana mana .. Yang penting , cuba sebelum mengatakan TIDAK ! Kan kan ? Heheh..
Tempoh hari aku ada syorkan pada seorang kawan di pejabat aku ni .. Yelah , dia dok kata gaji laki bini tak cukup memanjang .. Dan dia pulak pandai memasak .. Jadi aku syorkan dia agar buat nasi kerabu dan jual di opis ..
Permulaan , mudah jer.. Buat la demo dulu kan.. Kasi kawan kawan rasa .. Mana yang berminat , order la nanti.. kan kan ? Hehehe.. Senang kan ?
Lepas dia buat tu kan , sekarang sehari dalam 20-30 bungkus abis dijual ! Hahahaha.. suka aku dengar .. Laki dia pun jual gak kat opis.. Tak payah bukak table pon .. Sampai sampai dah ada orang amik .. Hehehe..
Yelah , sekurang-kurangnya beban seorang manusia dah kurang. Bukan pe , kesian je tengok diorang yang kena tunggu hujung bulan baru dapat gaji ni..
Alhamdulillah.. usaha tangga kejayaan. Nak mula memang susah .. Tapi bila dah jalan , susah nak berenti.. hehe..
Hampeh gas betul !! Tak mengenang budi betul anak buah aku ni !! Baru berusia 3 tahun tapi mulut cam peguam takde lesen .. Ada ke patut dia g report kat mak aku yang aku bawak kereta laju laju sewaktu bawak dia meronda yang tak sampai 5 minit pon perjalanannya !! Adoii..
Aku bawak tak la laju mana pon.. Laju skit je sbb nak antar dia cepat . Aku nak balik rumah kat Putrajaya sebab dah lewat malam. Aku spesis tak suka memandu lewat malam ... Dia pulak dok teriak nak ikut g jalan jalan ..
Lepas turunkan dia kat depan rumah , aku terus memandu keluar.. Tak sampai pon 5 minit , mak aku telefon ..
" Ni haaa.. Aniq komplen kat aku .. Hang bawak kereta laju laju.. Hang bawak slow slow keta tuu.. "..
Adoi.. Nak pergi kena leter.. Nak balik pon leter !! Pergi kena leter dengan wife .. Balik , ngan mak aku.. Adoi... Teruk sangat ke aku memandu ???
Berbalik pada entri aku tadi tu , aku tak cerita details. Tadi , aku bersama dua rakan blogger aku menjadi saksi diatas kebangangan seorang lelaki berbangsa melayu beragama Islam, mengutuk bangsa dan agamanya sendiri demi untuk dapatkan tepukan gemuruh diatas lawak bangangnya itu ..
Satu lawak yang memalukan dirinya secara tidak langsung ! Kitorang tadi masing masing dah berapi . Akhirnya kitorang beredar dari situ yang mana sepatutnya tamat dalam kul 11 lebih. Event yang kitorang pergi tadi , aku pun tak tau apa motifnya. Mungkin bukan line aku kot..
Yang pasti , aku balik rumah dengan bau badan yang aku sendiri naik pening dengan baunya. Bau asap rokok yang sangat kuat ! Naik lrt tadi pon , rasa segan giler ! Camana mereka yang perokok boleh hidup dengan bau begini ? Maaf la yer.. aku cuma heran.
Masih terngiang lagi kata kata lelaki melayu celup omputih yang perasan AMERICAN tu ...
" Aku Melayu .. Beragama Islam dan minum arak.. Jadi ? " ...
Aku tulis tu pon dah panas kan ? Bayangkan ada penambahan selepas ayat tersebut.. Silap aku tak rekod tadi.. Dah keluar kamera cuma aku amik gambarnya saja.
Kawan aku , Jai .. Dah tweet Coo company tu untuk minta penjelasan. Tunggu je nanti apa cerita sebenarnya .. Haih... Ni la contoh Melayu yang tak sedar diri ! Baru studi kat luar negara , dah anggap bangsa sana ! Caitt... Yelahh.. aku tau bukan semua .. Tu contoh yang tak sedar diri je.. Aisey.. takkan nak kena tulis gak kot ?
"Saya rasa seperti “diperkosa” apabila foto wajah saya diambil. Entahlah, susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Apa yang boleh dikatakan, saya rasa pelik dan bodoh," kata Johnny Depp.
Hehehe.. Itulah yang aku rasa setiap kali nak bergambar ! Aku jadi kayu atau tiang lampu terus . Tak reti nak bagi gaya yang menarik gitu ! Nak dibandingkan dengan mereka yang pantang nampaka kamera , terus bergaya dengan hebatnya ! Caya laahhh ..
Menariknya , walaupun sesi fotografi adalah bukanlah kepakaran dan kesukaannya, Johnny terpaksa menerima tawaran sesi fotografi daripada mana-mana majalah kerana wang yang diterima itu akan diberikan kepada anak-anaknya.
"Saya rasa bodoh dengan pekerjaan ini tapi tetap menerimanya kerana wang yang diperoleh itu khas buat anak-anak saya," katanya
Bagus dia kan ? Buat semata-mata anak-anaknya .. Ada orang buat sebab nak kejar glamer je.. Tapi habuk pun tarak .. Wat apa kan ? Ada baiknya buat untuk sesuatu yang lebih berfaedah.
Sumber : Mstar
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26]..
Aku berlari ke arah bunyi tersebut dan hanya terkaku sebentar ! Aku pejam mata dan mengeluh.
" Hampeh !! " . Aku pandang ke kiri aku. Adawiyah berjalan sambil menunduk. Kesian dia.
"Perlukah aku memujuknya ? Kalau aku memujuknya bererti aku menerimanya semula. Bagaimana dengan pegangan aku ? Aku akan bermain dengan api sekiranya menerimanya. " bisik hati aku.
" Ahh.. ni dah macam cerita Azura pulak tapi bezanya aku yang miskin.. Haa.. Macam cerita Ibu Mertuaku.. Kang tak pasal pasal aku jadi Kassim Selamat.. " dan lagi , bisik hati aku.
" Tak pe la Adawiyah. Biarlah kau menangis hari ini dari kau menangis kemudian hari. Kau mungkin kehilangan cinta tapi aku tak nak kau kehilangan keluarga. Mereka itulah yang terbaik buat kau ,selamanya ! Aku cuma orang luar saja.. ". Aku berpaling dan kembali ke dalam cafe sambil memandang anak kucing yang hampir dilanggar tadi.
" Ibu kucing ni dah buang dia ke ? Ke dia yang merayau.. Iskh.. Kalau tak , terburai perut dia ni ! Aihhh... Dah.. g main jauh jauh.. " . Aku kutip anak kucing tadi dan letakkan di tempat yang jauh dari jalan raya .
Aku paling ke belakang untuk melihat Adawiyah sekali lagi. Terkejut aku ! Rupanya dia memerhati aku dari tadi. Dan dia melangkah kembali ke arah aku , semula !
" Er... apa pulak kali ni.. "
-SAMBUNG-
Mamat Dakwa Sepah Belum Bubar !!!
"Memang kami sudah tidak bersama lagi tapi Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktiviti melibatkan Sepah," kata Mamat.
" Sebelum ini banyak kenyataan di media mengatakan kami sudah berpisah. Ketika itu saya juga ada mengumumkan Sepah dibubarkan. Selepas itu, saya dan Shuib menubuhkan Sepahtu pula. Jadi anggota Sepahtu selepas ini hanya saya dan Shuib saja." kata Jepp .
Hurmm... Gamaknya si Shuib ni kaya la pasni ! Rezeki anak .. hahaha.. SEPAH kalau ada show , panggil Shuib.. SEPAHTU kalau ada show gak , Shuib kena ada ! Haaa...
"Jika mereka katakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nakkomen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata,” jelas Mamat.
“Sudah lama saya bersabar dan masalah disiplin Mamat bukan sehari dua berlaku namun apa saja nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada perubahan dan dia tetap dengan sikapnya. Ikutkan hati mahu saja berpisah pada program Raja lawak lagi tetapi mengenangkan tidak adil kepada pengundi yang mengundi atas nama Sepah, saya bersabar sehinggalah keputusan berpisah akhirnya saya ambil,” katanya yang mula mengakui punca perpisahan kumpulan itu berlaku disebabkan masalah disiplin Mamat." jelas Jepp.
Maka akhirnya ....
“Sebaik mengetahui saya ambil keputusan berpisah, Shuib sedih namun akhirnya dia faham. Mamat pula menyangka hanya saya mahu keluar dari kumpulan Sepah dan ada memberitahu di Facebook bahawa dia dan Shuib akan meneruskan Sepah, tetapi tidak lama kemudian Shuib juga mengambil tindakan sama." . kata Jepp.
Hurmm.... Mamat oh Mamat .. Tak pelah .. Bukan rezeki kamu bersama mereka... Bak kata kamu ..
"Karya datang daripada Tuhan. Jadi jangan katakan karya itu hak milik kita kerana kitasebenarnya tiada apa-apa,".
Jadi , apa ada hal kan ? Kawan kawan tamo lawan .. Tapi ada kawan , jagalah hati kawan ...
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] ..
"Tapi keluarga Adawiyah tak boleh terima Ben kan ? Marah mereka nanti pada Adawiyah.". Perlahan saja suara aku .
Mata Adawiyah bergenang namun dia cuba menahannya.
" Ben .. Ada dah cuba.. Tapi tak boleh. Ini kali pertama Adawiyah sukakan seseorang .. ". Menitis juga akhirnya ..
Aku tunduk hiba. Kasihan melihat gadis di depan aku ini yang mana pernah aku sukakannya dahulu tapi segalanya dimusnahkan kerana semata mata darjat ! Sesuatu yang cukup aku bencikan dari dulu.
" Hurm..". Itu saja yang mampu aku ucapkan.
" Ben tiada perasaan pada Ada ? ". Sebak suaranya.
"Sekali pun Ben punya perasaan , apa yang mampu Ben buat ? Ben tak sanggup bawa lari anak dara orang ! Ben tak nak Adawiyah buang keluarga kerana cinta ! Ben tak nak Ada menyesal satu hari nanti ! ". Tegas sekali jawapan ku.
" Adawiyah sanggup Ben .. Ada sanggup.". Mengalir deras airmatanya.
" Ada , kita ke sini untuk belajar.. Ben perlukan semua ini untuk masa depan. Ben bukan anak orang kaya. Ben belum bersedia untuk .. ". Terhenti di situ kata-kata aku bila melihat Adawiyah mengemaskan barang-barangnya dan memasukkan ke dalam beg.
Adawiyah berdiri dan berjalan keluar dari cafe tanpa menoleh ke belakang. Aku cuma mampu mengeluh . Aku sendiri dah buntu. Apa yang perlu aku lakukan ?
Tiba-tiba terdengar bunyi kereta membrek dengan kuat. Aku mengangkat kepala .
Adawiyah !!!!!
-SAMBUNG-