Akan ku miliki hatimu itu .. (2:19)


New Post

Ku renung pelangi itu ..
Warnanya menghiburkan ,
Jiwa kelam menjadi ceria ,
Walaupun seketika.



Ku renung ikan di kolam ..
Berenang bebas berpasangan ,
Walau tahu ajal menanti ,
Setiap detik sangat bererti.



Ku renung burung di dahan ..
Berkicauan mencari teman ,
Sepi walaupun bebas ,
Tiada guna jika sendirian.



Ku renung wajah ku di air tenang..
Aku tahu aku bukan sendirian,
5 kali sehari aku berteman ,
Setiap saat DIA diingatan ,
Hanya DIA saja mampu faham ,
erti CINTA yang seorang insan.


Publish



Telefon bimbit kembali aku pegang. Beberapa patah perkataan telah aku karang. Dan membalas kembali pesanan ringkas dari Wan Kembong tadi.


Aku tersenyum.

-SAMBUNG-

5 ulasan:

  1. jiwa rasa tenang pulak baca episod kali ni...alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. syukur ben... tak perlu nak kejar2 sangat cinta tu, biar ianya hadir sendiri

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009