Antara dua dunia blogger

by - Selasa, Julai 19, 2011

 

image Proton Inspira

image

Mitsubishi Lancer

Sama tapi tak serupa kan ? Tadi kat Putrajaya , kedua dua kereta ni bersebelahan antara satu sama lain .. Mmg aku teringin nak nak tengok apakah perbezaan kedua dua kereta ni ..

Aku bukan mat kereta .. Jadi aku tak tau perbezaan tu dari segi teknikal atau mekanikal .. Bukan bidang aku .. Tapi bila dah depan mata tu , aku nampak la perbezaannya dari segi fizikal ..

Selama ni aku dok tengok INSPIRA dan dok cari apa yang tak kena dengan kereta tu sedangkan body kereta tu sama jer .. Dan peluang untuk mencari kelainan itu terpampang di depan mata itu pon hanya di bahagian belakang kedua kereta tu ..

Hanya sempat nampak dua saja ... Yang pertama , lampu yang lebih terang pada Lancer dan warna yang lebih menarik dan 'hidup' berbanding INSPIRA yang lebih nampak malap atau 'mati' ..

Bukan nak membezakan.. Harga pon jauh mahal lagi dari INSPIRA cuma aku nak cari kelainan yang sering bermain di kepala aku.. dan aku dapat jawapannya .. Jika nak bagi sama , tukar cat dan lampu.. Part lain aku tak perasan.. sori , aku bukan pakar ..

Itulah dunia blog .. Jika blogger diperbandingkan antara satu sama lain , akan ketara nampak perbezaannya .. Patut atau tidak ? Sebenarnya apa yang boleh kita buat ialah layankan jer  , nikmati kedua duanya ... Masing masing ada kelebihan dan kekurangan .. Tak perlu nak bandingkan jika kita sendiri pon berada di satu peringkat yang mana KITA SAMA JER WALAUPUN TAK SERUPA ...

You May Also Like

21 comments

  1. cantik di mata....di hati tiada siapa yang tahu.....:)

    Pilihlah yang mana satu ben suka..hehehe

    BalasPadam
  2. Serupa tapi tak sama..sama tapi tak serupa..errr..sama ke?

    BalasPadam
  3. sama tak serupa...sebaya tp thp kematangan tak sama...begitulah kita dlm dunia blogging ni.masing2 ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.

    BalasPadam
  4. saye setuju dgn perenggan akhir abg ben!

    BalasPadam
  5. :) betul tu..

    Inspira kereta idaman nina tu, bgi nina, lebih baik amik inspira ni drp lancer sbb inspira dipengaruhi olh setting system suspensi..

    Kereta ni cuma ada pengubahsuaian sikit pda front grill, setau sy enjin sama je sbb pihak mitsubishi xbenar proton tuk usik enjin & ecu lancer.

    BalasPadam
  6. erm.. klau nk berjaya tak perlu membandingkan diri dgn org lain, cukuplah amik org itu sebagai cth

    BalasPadam
  7. xpayah banding2 nie..baek banding harga ayam lagi bagus ;D hehe

    BalasPadam
  8. btul2- setuju2

    lain org lain cara, lain cara lain penulisan.. x semestinya semuanya akan sama.

    suka la entry nih:) NICE!!

    BalasPadam
  9. pakai ikot kemampuan..ukur duit kat poket sendiri..hahaaa

    BalasPadam
  10. Tidak semo perkara perlu dibanding. Massing2 ada kekuatan n kelemahan sendiri.

    Bertindak bijak atas kekuatan n dlm mase same perbaiki kelemahan diri.

    Mudah2an kite berjaye

    BalasPadam
  11. banding dari segi positif takpe . kalu negatif errrr .. ><

    BalasPadam
  12. Betul bro..! tak pe Saga FL je pun kira ok la hihi

    BalasPadam
  13. macam santai bersama ben ashaari dengan santai ben ashaari... sama tapi tak serupa.

    BalasPadam
  14. time dlu wat event car wash pun,ada lecturer pakai LANCER,semua nak usik kereta tu...boleh dijadikan kereta idaman.. INSPIRA pun ok jgk...=)

    BalasPadam
  15. kawan lelaki saya pun dah point out benda ni kat saya lama dulu time first inspira ni dipasarkan.

    BalasPadam
  16. pergh sangat kreatif abang ben buat entryyyy :D salute

    BalasPadam
  17. saya pernah naik both and compared both...

    engine sama...tapi pemasangan body proton sungguh terukk...bentuk sama tp kalau yg proton punya..tercabut2 cepat. hehe..

    kalau lancer mmg betul2 solid body dia..

    BalasPadam
  18. ayah saya pun pakai inspira overall ok je kudds-.-

    biasalah,industri kita baru nak maju.

    BalasPadam