"Tak berbaloi .. "

by - Jumaat, Julai 08, 2011

Entah dua tiga hari ni aku asyik terbayangkan muka arwah kawan sepejabat aku ..

Arwah yang aku kenali itu muda dari aku dan kitorang sama sama ada penyakit yg sama iaitu darah tinggi ..

Arwah seorg yg rajin .. menghormati dan sangat mengambil berat perihal rakan rakannya..

Bab kerja , mmg tip top .. sayangnya , kerana bisikan syaitan .. dia diftnah .. bukan dia seorang jer ..ramai lagi kena ...

Dan aku yakin stress itulah antara punca kesihatannya terganggu .. dan paling mwngecewakan aku ialah , pihak atasan langsung tidak mengunjungi arwah disaat terakhir hayatnya ..

Aku terfikir .. aku bermatian bekerja demi 'mereka' , tetapi jika sesuatu berlaku pada aku atau aku juga difitnah , apakah aku senasibnya ?

Apakah segala pujian yg dihamburkan kepada aku sebelum ini tidak mampu menjadi perisai untuk menolak segala fitnah tersebut ?

Manusia ..terlalu cepat menghakimi dan menjatuhkan hukuman.. hurm ..

Al-fatihah buat arwah ..

Published with Blogger-droid v1.7.2

You May Also Like

25 comments

  1. Al fatihah..
    Setuju dgn Ben..

    BalasPadam
  2. Salam En.Ben,
    al-Fatihah buat arwah jgk...
    hmm....sbb tu otrg selalu kata, kata2 ni lebih tajam dari mata pedang, lebih bisa drpd racun...
    Waalahu'alam

    BalasPadam
  3. Ben pun jaga diri elok2..jgn stress.. ok.

    BalasPadam
  4. takziah untuk sahabat abang Ben..Impak fitnah itu sangat besar kepada simangsa...sebab itu melibatkan jiwa..Kalau jiwa tak tenang, buat apa pun tak jadi...semoga kita terhindar dari gejala fitnah..nauzubillah..

    BalasPadam
  5. alar...sedihh..nyer.... =(

    siapa yang menghebarkan fitnah nie memang patut di hukum gantung...
    menyampah...

    doa semoga abg ben panjang umur,
    dan di lindungi segala fitnah..

    aminn......

    BalasPadam
  6. abang ben, lumrah manusia kan.. walau 1000 kebaikan sekali pon yang kita buat tak akan dikenang langsung tapi kejahatan, kesalahan kita yang sekali tu lah yang beriya2 die mengingatnya.

    pedih sangat..saya pernah kena, n saya tengah dalam proses tukar tempat keje. Buat apa kita tunggu dan berbakti lagi dekat tempat yang dah menjatuh dan menginjak2 maruah kita kan..?

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah

    manusia memang cepat menghukum sebelum mengetahui perkara sebenar..

    BalasPadam
  8. salam ben..

    al-fatihah juga saya sampaikan untuk arwah sahabat ben...

    sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...

    Just nak sampaikan satu pesanan...

    "LOVE YOUR JOB..BUT DON'T LOVE YOUR COMPANY..BECAUSE YOU DON'T KNOW WHEN THEY WILL STOP LOVING YOU.."


    Saya lebih suka berpendapat saya berkerja untuk diri sendiri dan keluarga...bukan untuk orang lain..

    Shortcut Virus Infection In Thumb Drive

    BalasPadam
  9. fitnah memfitnah tu dh jadi sebahagian drpd amalan orang kita abg ben .. selagi ade dendam dalam hati , ada rase iri hati , selagi itulah mcm2 cara digunakan .. mujur sekadar memfitnah , kalau guna cara halus (ilmu hitam) lagi terseksa .. kalau dh bekerja , katalah bekerja , sy yg masih belajar ni pn bukan sekali dua difitnah .. Al-fatihah buat arwah ..

    jemput follow sini jika sudi ..

    izyannadira.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Al - fatihah...setuju dengan pendapat abg Ben...dan juga kenyataan Cik TTK...sampai berjuta pun kita buat baik tapi bila tersalah 1 kali...yang salah juga orang akan ingat...

    BalasPadam
  11. Al-Fatihah..Takkan sehingga kini nasib arwah masih tak terbela??? Takde bukti ke untuk dia tidak dipersalahkan???

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah buat arwah...Takkan tak nak bela & perbetulkan apa yang terjadi??? Bukti yang menyatakan arwah tidak salah

    BalasPadam
  13. alfatihan
    pedih woo kalau kena fitnah,,pasti dicaci dan dimaki dek orang :(

    BalasPadam
  14. al-Fatihah.. manusia memang gini lah.. nk judge cara cepat je.. xnak siasat siapa punya angkara.. org xbersalah jd mangsa.. hmm..

    BalasPadam
  15. "Manusia ..terlalu cepat menghakimi dan menjatuhkan hukuman.." itulah yg terjadi zaman sekarang abg ben...kejar perihal dunia wal hal org yg bekerja dgnnya yg menaikkan nama yer...moga kita bersama2 menghayati pengajaran di sebalik pengalaman abg ben...Al-fatihah ..amin

    BalasPadam
  16. ermm.. Allah itu berpihak kpd mereka yg benar abg ben.. xpe.. ada blsan utk mereka kelak, Allah xkn berdiam.. ada bahagian dia nnti..Allah bgi dia brsenang lenang skang utk merasahi kesusahan kt sana kelak, andai kte difitnah..slgi blh tegakkan kebenaran tu tegakknlah, bela dri kte sndii,andai xmmpu bertawakal.. Allah tu xmnzalimi hmbaNya..sy pnah difitnah teruk2, sehingga sy dicampak ke sini,smua org gelakkn sy sbb duduk tmpat yg pling ats tetiba kna plak posting tmpat pling teruk, tpi ada hikmahnya smuatu.. moga arwah officemate abg ben tu tenang di sana.. sesama doakan dia... jgn stress sgt, rileks, slalu sbut nama Allah.. insyaAllah hti kte akn sntiasa tenang, jiwa kte akn aman.. ^.^

    BalasPadam
  17. fitnah berleluasa..
    inilah dunia akhir zaman.. :)

    BalasPadam
  18. ALFATIHAH kpd yg tlh 'pegi' mendahului kita. Semoga roh mereka tergolong dlm orang beriman. Amin.

    Ben, nampaknya penyakit dengki n fitnah (PHD) nie telah menular di hampir semua organisasi disekitar penghidupan kita.

    Banyak kerja kena buat untuk mengurangkan dan mengatasi masalah nie. Pengorbanan semua pihak perlu.

    Kita masih diberi peluang untuk buat pilihan...... tepuk dada tanya selero

    BalasPadam
  19. al-fatihah kpd kwn incik ben .
    arwah difitnah , nnti sure dapat balasan balek . skunk nih Allah dh bayar cash . so bykkan berdoa je laa n tawakal :)

    BalasPadam
  20. macam tu lah bila bekerja untuk orang..ada satu quote tu kata..

    employer will pay you just enough so you don't quit. Consequently, employees work just hard enough to make sure they don't get fired.

    kesian kan..

    BalasPadam
  21. orang sekarang suka jadik TUHAN. Mengadili sendiri salah orang lain.

    BalasPadam
  22. skrg work smart, dont work hard.

    moga arwah ditempatkan berserta mereka yang beriman...alfatihah.

    BalasPadam