" Tak bersyukur atau terlupa nak bersyukur ?"

by - Ahad, Julai 03, 2011

 

" Bang, camana nak bagi besar badan saya cam abang ye ? " .. Satu soalan yang aku terima dari seorang rakan di gym sedangkan badan dia tu dah jadi idaman budak budak baru di gym ..

" Bang , si Hani tu baru mengandung.. dia tu baru je kawin .. best kan .. kenapa kita .. hurm " ..  Hurm... apa yang harus aku jawab ? Sememangnya dia sendiri tau bahawa itu semua hakNYA ..

Aku , pernah merasa betapa sukarnya kehidupan ini tanpa ada kerja .. tanpa wang ..tanpa kasih sayang .. tanpa rakan rakan yang benar benar ikhlas berkawan ..

Alhamdulillah .. rezeki aku murah sekarang .. Berkat doa mereka yang menyayangi aku dan juga aku sendiri .. Sememangnya aku amat bersyukur kepadaNYA .. Kiranya kalau nak makan  apa apa pon ,masih dalam mampu .. walaupn tak la mewah mana pon..

Cuma buat masa sekarang , aku rasa Allah Maha Pemurah .. Mungkin ada hikmahNya , belum dikurniakan anak.. Mungkin aku kena berjimat cermat memandangkan aku ni kuat membazir .. Atau mungkin aku belum bersedia menjadi ayah  untuk menyambut waris ..

Apa pon , kita tak tau apa apa .. Segalanya adalah rahsiaNYA ..Kita kena beringat.. Ada yang miliki anak tapi belum lagi bahagia kerana rezeki bahagian lain belum lagi ada ..

Jadi kita kena beringat , bersyukur dalam apa jua keadaan ...

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.
Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).

“Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih).

Jangan terlalu memandang ke atas sangat.. Kena lihat yang dibawah kita .. Ada lagi malang tapi mereka tetap bersyukur !

You May Also Like

16 comments

  1. suke entry abg ben nie.

    Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.
    Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).

    manusia sekarang mudah lalai apabila mandapat kesenagan.tp,bila kesusahan tahu pulak nak kembali kepada Allah.ape2 pun,setiap kesusahan pasti de hikmah disebaliknya.insyaAllah

    BalasPadam
  2. Allah suka pada org yg selalu menyebut Alhamdulillah... satu riwayat menceritakan seorang pemuda baru keluar dari neraka, dia nampak kenikmatan yg ada di dalam syurga lalu dia menyebut "Alhamdulillah". Allah terus memberikan padanya nikmat iaitu dapat memakan buah yg ada ditepi syurga dengan rasa yg sedap tapi berbeza-beza. sekali makan rasa lain tapi sedap dan lai sedap...

    BalasPadam
  3. hati anda baik. sntiasa puas hati ngan apa yg ada..teruskan dgn sikap itu..Allah akn beri ganjaran pada hamba-Nya yg sentiasa tawaduk...

    jka kte xdpt sesuatu yg kta inginkan tu,psti ada sbbnya kenapa..sntiasa munasabah diri.. :D

    BalasPadam
  4. petanda org yg xbrsyukur sering memfokuskan pd apa yg inginkan,&akn mengeluh tatkali ia trjatuh. kecenderungan mmbandingkan diri dgn org lain,merasa org lain lbih beruntung.cth.. sy bndingkan diri ngan abg ben,npa la sy xleh nk jdi cm abg ben ni, erm... itu la cth org yg xbrsyukur...

    BalasPadam
  5. betul tu abg ben..

    sejauh mana pun kita rasa kita susah, ada lagi yang susah dan mereka tetap bersyukur..


    Aku Anak Labuan

    BalasPadam
  6. macam mana pon masih ada manusia yg tetap angkuh walaupun dia pernah sengsara, susah..... haha style si tangang moden pon dah ramai.. Alahai dunia... susah ke nak bersyukur... hm...

    BalasPadam
  7. betul tu abg ben.. apa yg Allah takdirkan tu pasti ade hikmahnya..

    BalasPadam
  8. sesetengahnya terlupa untuk bersyukur. sebab itulah dalam hati selalu jer rasa hidup tidak cukup indah.

    BalasPadam
  9. jalan yang Allah tunjukkan itu yg terbaik, takdir yang Allah tentukan itu yg terindah..setiap kejadian pasti bersebab dan ada rahsia yg tersembunyi (^_^)

    BalasPadam
  10. bersyukur je lah dgn apa yg kita dh ada skang. :)

    BalasPadam
  11. sy bersyukur dgn apa yg sy ada. -.-

    BalasPadam
  12. Salam..manusia memang xpernah puas dengan apa yang dah ada....Sentiasalah bersyukur..dan ucapkanlah Alhamdullillah..agar tiap apa yg kiter perolehi mendapat keberkatan dariNya..

    Selamat hari ahad abg Ben.. :)

    BalasPadam
  13. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. [Surah Al-Baqarah, ayat 216]

    Percayalah setiap yg Allah jadikan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Dia Maha Mengetahui apa yg baik utk setiap hambaNya...

    Entri terbaru, pilih je mana yang korang nak baca:
    1. PERHATIAN: Peserta Keychain Giveaway by Luna Lanun
    2. 10 Tokoh Malaysia Berdarah Indonesia?!
    3. Ye Saya Akui Saya Minat Dengan Suami Orang Ni! So What?!
    4. Menara Jam Atkinson - Antara Bangunan Tertua Di Kota Kinabalu, Sabah
    5. Unsur "Jangan Dibuat" Pada Blog Untuk Menjadi "Blog Mesra Pengunjung"
    6. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"

    by LUNA LANUN

    BalasPadam
  14. salam ben..

    betul tuh...

    setiap muslim pasti akan di uji kemimanannya...

    sesungguhnya bersabar itu adalah seutama amal...

    terima kasih atas entri yang menenangkan hati ini...

    BalasPadam
  15. bersukurlah dengan apa yg kita ada skrg ni..

    tak perlu nk ubah apa2..
    kalau dh di takdirkan Allah..

    BalasPadam
  16. Dia pasti ada sesuatu yang terbaik utk abg ben,insyaAllah :)

    BalasPadam