Apa Yang Korang Nak Sebenarnya ?

by - Sabtu, Februari 20, 2010

Ada sorang kawan aku bercerita tentang kehidupannya...Siang dia kerja , waktu pejabat..Malam , dia buat kerja sampingan..Aku tanya dia , kenapa dia buat begitu sedangkan gajinya dan isterinya tinggi..Dia jawab untuk masa depan..Walaupun gaji dia tinggi , tapi masih tak setaraf dengan isterinya..

Yang memeningkan kepalanya ialah sikap isterinya yang sukar nak memahami.Adakalanya dia ok dan adakalanya tidak..Bukan dia nak sangat kerja sebelah malam tu ..Mana ada orang nak kerja siang malam ?? Disebabkan isterinya selalu menarik muka masam , maka dia pun berenti kerja sebelah malam tu..

Emm..Aku faham maksud dia..Dia hanyalah seorang pegawai pemasaran biasa yang bekerja di sebuah syarikat jualan langsung ,secara kontrak...Dia risau bila bila je boleh ditamatkan kontraknya .Berlainan pula dengan isterinya yang mana seorang pegawai kerajaan .Sudah pasti terjamin kerjayanya..

Dia menceritakan kepada aku yang dia berbuat begitu kerana perlu ada satu jaminan pada masa depan dia dan keluarganya.Buat masa sekarang segalanya tampak mudah kerana mereka masih belum ada anak lagi..Siapa tau tiba tiba dia ditamatkan kontraknya dan kebetulan pula isterinya mengandung ? Bagaimana nak teruskan kehidupan ? Nak mencari kerja baru sudah pasti susah memandangkan umurnya yang dah semakin meningkat..

Lalu aku cadangkan dia membuat kerja sampingan melalui internet memandangkan terlalu banyak peluang perniagaan ..Dia kata memang dia dah buat sekarang ni ..cuma yang buat dia lagi tensen ialah isterinya masih lagi tarik muka masam ..Sebab selalu tidur lewat ..Dia kata nak buat camana memandangkan dia hanya ada masa sebelah malam saja untuk melihat perniagaannya manakala di sebelah siangnya sudah tentu sibuk dengan perkerjaannya itu..

Kalau dulu dia terpaksa keluar malam untuk mencari rezeki tetapi sekarang ni , hanya depan muka je ..masih lagi tidak puashati ??? Dia kata dia bukan nak sangat buat semua ni tetapi dah kehendak hidup..Dia boleh je makan banyak tu je tapi isterinya ? Masa depannya ? Haih..

Serba salah dia dibuatnya..Kalau asyik tidur je pun kene berleter , cari rezeki pun kene berleter , susahlah ....takkan nak berkepit jer 24 jam ? Bagi isterinya ok la...dah secure ...jika apa apa terjadi , orang akan salahkan suaminya..atau paling tidak pun orang akan kata makan hasil bini !
Dia tak nak jadi lelaki dayus begitu ! Sebab tu dia kata sekarang ni , dia berjaga setiap malam demi 'hasil tanamannya' itu !!! ..Dia yakin satu hari nanti akan berbuah dengan lebatnya..Dan pada ketika itu , dia rasa barulah isterinya tu tersenyum ....Dia kata ibarat menanam durian , biarlah berpuluh tahun baru nampak hasilnya ...

Aku hanya mampu tersenyum...Aku terfikir jugak ...Apa perempuan nak sebenarnya ? Kasih sayang ? Perhatian ? Sedangkan bila mereka sibuk , pandai pulak mereka kata nak cari rezeki untuk bantu keluarga sedangkan itu semua tanggungjawab suami tetapi bila suami melakukannya mereka kata mereka diabaikan ???? Camana tu ?

Tak mungkin dapat memuaskan hati orang ! Bersyukur dengan nikmat yang ada tetapi ada yang terlupa .... nun diluar sana ..ramai lagi yang senasib atau lebih teruk lagi nasibnya ..Alhamdulillah..Bagi aku apa saja yang bakal datang , aku perlu tempuh dengan tabah..Baik atau buruk , aku tetap akan laluinya kerana nun dibawah sana lebih dasyat lagi azab yang sedang menanti ...

Bersyukurlah....bersyukur pada Allah kerana kita masih mampu menghirup udara yang segar , menikmati keindahan pagi yang tenang malah bisa makan apa saja yang diinginkan ..Dugaan yang kita hadapi ini hanyalah kecil saja .. Semua dugaan itu tandanya Allah menguji ketabahan iman kita yang mana ganjarannya di akhirat kelak..InsyaAllah ...

You May Also Like

8 comments

  1. mungkin isterinya mahukan perhatian...cube la bawak berbincang n ckp elok2 n wat isterinye pham...kdg2 si suami berckp dalam hati. si siteri pulak x pernah faham bahas hati. tu yg payah.. cube berbicara guna mulut pasti didengar oleh telinge n sampai ke akal untuk berfikir n memujuk hati ;)

    Khaizarien @ atie Blog

    BalasPadam
  2. betul... perempuan ni terlampau banyak cerewet nye. kasihanilah suami yg walaupun nampak cam kool je , dlm kepala otak dia tak de sapa yg tau apa yg dia pikirkan.

    BalasPadam
  3. Hari ni genap seminggu usia saya jadi follower blog Ben....Macam2 isu yang telah ku baca. Perempuan.. hmm, ada kala mereka ni complicated.. rumit.. susah nak dijangka... eh.. aku lagi yang komen!!!

    BalasPadam
  4. atie...terima kasih atas komen anda..

    simawarhitam ...hehe...macam macam wanita ni...

    Mat gebu ... satu penghargaan buat saya blog ini dibaca oleh orang lama dalam bidang ni..terima kasih...komen dari mat gebu amatlah dialu alukan...erk..nak komen kat sana , segan sebab kang salah komen malu gue...hehe..mampu tengok je masakan tu...

    BalasPadam
  5. salam..ben,saya baru beberapa hari masuk blog u...ok boleh tahan...info berguna pun banyak....
    bagi saya wanita ni bukan susah untuk difahami...asalkan kita tahu perangai depa ok le...tentang topik ni saya rasa perbincangan itu penting...terangkan apa yg sedang dibuat...kalau tak pun ajak dia join sekali....

    BalasPadam
  6. bawak2 la b'bincang dgn wife tu, sebahagian p'puan ni lebih pentingkan perhatian & kasih syg dari wang ringgit;) juz my opinion;)

    BalasPadam
  7. ben,ak suke post ko..bnyk pengajaran ad kat sini..keep up your excellent work.ben...

    BalasPadam
  8. erie , novice : terima kasih banyak banyak ek

    BalasPadam