Cinta Sebenar Benarnya Cinta

by - Jumaat, Februari 19, 2010

Khutbah Jumaat yang aku dengar tengahari tadi , benar benar menghilangkan ngantuk aku.Biasanya aku pasti tersengguk sengguk dibawah khemah biru yang didirikan khas setiap hari Jumaat di Masjid Indonesia yang asalnya hanyalah sebuah dewan bola keranjang dan dibelakannya sebuah surau...Digabungkan kedua duanya maka dapatlah jemaah bersolat Jumaat disitu.

Cuaca panas membuatkan tengahari tadi membahang dan kebiasaannya aku pasti mengantuk disebalik cermin mata hitam aku..Terpaksa pakai sebab terlalu silau..Aku kan rabun..kena la pakai untuk elakkan kerosakkan lebih teruk pada mata aku tu..

Bila khutbah mula dibacakan , aku dapat tangkap butirannya sedikit pada asalnya...Berkisarkan tentang sifat sifat Rasulullah S.A.W ..Aku rasa tajuk hari ini adalah kerana kedatangan Maulidur Rasul yang tidak lama lagi..

Pada mulanya aku dengar dengan ala ala kadar saja tapi apa yang membuatkan aku tersedar dari lamunan aku tu bila masuk bab perasaan cinta Rasulullah terhadap isterinya , Aisyah R.A ..
Membuatkan aku tersentak sebentar...Betapa agungnya cinta baginda terhadap isterinya..

Secara ringkasnya begini ...Dikisahkan baginda berpuasa dua hari berturut turut ( pada yang tak tau puasa Nabi ada khasnya...hanya untuk baginda S.A.W yang mana baginda akan berpuasa tanpa berbuka...) Sampailah sahabat Nabi perasan terdapat perubahan pada muka Rasulullah S.A.W ..Lalu sahabat nabi bertanya kepada baginda , kenapakah mukanya jadi begitu ? Pucat dan kelihatan tidak bermaya..Baginda menerangkan pada sahabatnya yang mana baginda sedang berpuasa dua hari berturut turut..Terkejut mendengarnya sahabat baginda memberikan roti pada baginda untuk bekalan semasa berbuka nanti...

Dijadikan cerita , Rasulullah S.A.W membawa roti tersebut balik ke rumah untuk makan bersama sama dengan isterinya , Aisyah R.A ..Sesampai di rumah , baginda S.A.W melihat isterinya sedang nyenyak tidur...Rasulullah S.A.W meletakkan roti tersebut di sisi isterinya sambil menunggu isterinya sedar dari tidur...Sampai ke tengah malam , Aisya R.A masih belum jaga dari tidurnya lalu Rasulullah S.A.W membuat solat sunat sampai ke subuh ...Aisya R.A masih belum jaga dari tidurnya..

Masuk waktu subuh , Rasulullah S.A.W pergi la ke masjid untuk bersolat subuh berjemaah..Sesudah solat , sahabat baginda tadi tu , menegur baginda S.A.W ..kenapa masih tiada perubahan pada baginda ...Baginda menjawab , dia masih belum makan roti yang diberikan semalam kerana ingin makan bersama sama dengan isterinya.Dimana ingin sekali baginda disuapkan roti tersebut ke dalam mulutnya dengan rasa cinta dan kasih sayang...( hurmmm...)

Selepas itu baginda pulang ke rumahnya...Rasulullah S.A.W melihat isterinya , Aisyah R.A sudah terjaga dari tidurnya malah telah bersiap siap mencantikkan dirinya ..Aisya R.A terkejut melihat keadaan Rasulullah S.A.W yang kelihatan sangat tidak bermaya dengan muka yang pucat lesi..Rasulullah S.A.W menerangkan yang dia ingin sangat menjamu selera roti yang diberikan oleh sahabatnya itu bersamanya..

Mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W , Aisyah R.A menangis dan meminta ampun ..Beliau mengatakan yang beliau isteri derhaka pada suaminya ...Sambil memegang kaki baginda S.A.W , Aisyah R.A terus terusan meminta ampun ...Rasulullah S.A.W kehairanan lalu bertanya kenapa dia meminta ampun sedemikan rupa..

Aisya R.A menjelaskan roti yang diletakkan disisinya itu telah dia sedekahkan kepada jirannya yang kebetulan 2 hari tidak makan ! Mendengar penjelasan tersebut Rasulullah S.A.W , terus memeluk isterinya lalu berkata dialah ahli syurga dan syurga akan bersinar dengan kehadirannya...Lalu baginda berkata pada isterinya , biarlah dia berpuasa sehari lagi ...

Ermm...lebih kurang begitulah...kalau ada terlebih kurang tu , aku mintak maaf la ek..sebab speaker dengan aku jauh..puas pasang tinga...hehehe..tapi cam tu lebih kurang..so korang pk pk la..

Bab kawin 4 , ramai lelaki nak ikut...Bab sifat nabi sebegini , berapa ramai lelaki sanggup ?

You May Also Like

4 comments

  1. terima kaih mengeluarkan entry ini........syukurnya kerana dapat berkongsi ilmiah...

    cerita nabi berpuasa ini, belum pernah saya dengar.....terharu hingga menitiskan air mata....

    betapa agung dan sucinya cinta nabi terhadap aisyah.........

    BalasPadam
  2. Sebelum lena dibuai mimpi, dapat juga pengajaran...teruskan usaha murni anda....rasa2nya "aduka taruna" ada masuk blog Ben tak?...

    BalasPadam
  3. syahdunya.... kalaulah kedua belah pihak suami isteri nak sama2 capai bahagia mcm tu ...elok..ini sorang ke barat sorang ke timur

    BalasPadam
  4. klu skrg ni kan mcm ni jadinya

    'batu belah batu bertangkup
    tangkup la aku makan la aku
    aku kempunan makan roti
    bini aku dah kasi bai tadi

    tak pun bini kena penampar jepun atau laki merajuk balik umah mak..huhu

    BalasPadam