HYDROXYCUT

by - Ahad, Februari 21, 2010

Jgn pelik...ni bukan entri Jualan Produk Pemakanan atau jual dadah ..Pada yang keluar masuk gym , aku rasa diorng mesti penah tengok alien ni di dalam pusat kecergasan tu.

Meh aku cita sikit pasal menda ni...Ni dari sudut aku la ..Aku berani cerita sebab aku penah gunakan dulu..OK..Hydroxycut ni adalah suppliment yang dimakan oleh sesetengah atlit bina badan untuk mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan..

Harga di pasaran Malaysia mmg mahal kecuali kalau beli secara online , boleh dapat murah..

Berkesan atau tidak ? Bagi aku , kalau makan suppliment ni di samping senaman yang berterusan , mmg menjadi..Ada dua tiga orang kawan aku yang aku syorkan juga menjadi..Tetapi !! ..haaa..aku amik tu dikala usia aku belum menjejakkan kaki ke usia 30 an...Yakni di mana tahap metabolisma aku masih tinggi...Kalau sekarang ? hehee..meh aku cita..

Di botol tu ada tertulis , disyorkan terlebih dahulu dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum amik..Ini bermakna , sesiapa ada penyakit seperti darah tinggi ,lemah jantung , sakit buah pinggang adalah tidak digalakkan mengambilnya sama sekali !! ..

Kenapa ?? Bila makan ubat tu , degupan jantung akan menjadi pantas ...Badan mula berpeluh ..Tekanan darah akan naik..Nak tido malam pun susah..Semua ini adalah kesan dari pengambilan suppliment tersebut..Digalakkan sama sekali meminum air yang banyak..

Hasilnya ?? Kalau yang muda tu , insyaAllah jadi...Yang dah berusia , kurang sangat menjadinya..
Ini kerana faktor yang aku sebut tadi...metabolisma dan juga senaman ...

Kalau tak silap aku , tahun lepas , KEMENTERIAN KESIHATAN telah menarik semula kebenaran penjualan HYDROXYCUT di pasaran kerana terdapat kes kematian ..Kalau tak silap aku di Singapura..Sila baca di sinii ..


Terpaksa amik gambar orang lain..nak tunjuk badan sendiri kang , blog aku kena banned lak..hahahah
Kalau sekarang ni , korang tanya aku...ok tak amik alien tu ? Aku sama sekali tidak mengalakkannya..

Kesimpulannya , jika nak kurus , amalkan diet yang seimbang dan senaman yang berterusan..Jgn fikirkan kurus tapi fikirkan kesihatan anda...

Bagaimana pula dengan produk produk yang ada di pasaran sekarang ni ? Kalau korang bijak , korang boleh fikir sendiri...Semua tu datangnya dari bahan yang sama...semua dari makanan yang mempunya kalori / lemak / karbohidrat / protein / zat atau vitamin yang diperlukan oleh badan..cuma dah tak original sebab bercampur dengan bahan kimia ...camana ada bahan kimia ? kalau takda , camana leh tahan lama barang tu kan ?? Pastu kena bersenam jugak kan ? Tak da maknanya la gitu...

Lebih baik amik yang original yang dicipta oleh Allah dan sederhana dalam pemakanannya..Yang penting , bersenam dengan cara yang betul..

Kenapa aku keluarkan entri ni ? sebabnya tadi ada seorang kawan di FB aku ada menanyakan pasal ni...Dia dah beli tapi tak dimaklumkan sebenarnya bahawa produk ni dah di banned....hurmm..

You May Also Like

6 comments

  1. ku amek herbalife je
    hehe
    best dan sedap dan bertenaga

    BalasPadam
  2. joe...herbalife untuk saja saja boleh la..suppliment untuk orng org yang tak g heavy workout...kalau nak dapat muscle , tak jalan ..

    BalasPadam
  3. herbalife??
    berkesan ke nk try la..
    tk pon juzmate 5..

    BalasPadam
  4. kena try gak ni..mahal tak?bukan apa klu dah ratus2 alamat takyah la..heheh

    BalasPadam
  5. Hi ben. Saya baru je haritu beli hydroxycut advanced. Just saw a few search after bought. N feel regret cause most says it dangerous to take. Esp to our liver condition. Belom consume lagi but im insist to. Bahaya ke ambil tu. I just wanna lose weight.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni entri tahun 2010. Masa ni mmg ada isu pasal hydroxycut di USA. Kena ban oleh FDA. Citer lama sangat ni.

      Sekarang substance yg merbahaya tu dah dibuang daripada resepi hydroxycut. FDA pun dah lama approved.

      Yang penting sehari jangan lebih 4 kapsul. Minggu pertama elok try 1-2 kapsul sehari sahaja untuk test kesesuaian.

      Saya pun cadang nak beli, di lazada

      Padam