Dari riak muka diorang tu la kan , apakah yang diorang nampak ? Takkan perempuan tu tak pakai seluar dalam kan ? Kalau pakai , mungkin seluar dalam BEN10 ?? Atau seluar dalam mereka koyak ? Atau sebenarnya dua orang ni berat ??
Korang rasa ?
Dari riak muka diorang tu la kan , apakah yang diorang nampak ? Takkan perempuan tu tak pakai seluar dalam kan ? Kalau pakai , mungkin seluar dalam BEN10 ?? Atau seluar dalam mereka koyak ? Atau sebenarnya dua orang ni berat ??
Korang rasa ?
Sekadar hiasan
" Ohh.. saya ingin kelihatan cantik , anggun dan langsing .. Bila badan saya begitu pastinya dapat memakai baju baju yang ikut bentuk badan saya.. Encik ada rahsianya kah ? "
" Oh ada.. tapi sebelum itu , kita hayati sejenak gambar ini .. Moga cik tau apa yang cik nak nanti.. "
Dan juga kata kata ini ...
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).
" OK.. sekarang sebelum kita mulakan sessi , awak nak camana ? Yang slim dan mantap agar lelaki terngiur melihat awak nanti ? Atau awak nak lelaki mengatal ngan awak nanti sehingga awak pulak tak selesa ? "
" Erk... "
Sapa tak nak cantik kan ? Tapi kalau cantik bisa memusnahkan seseorang itu , maka ada baiknya terima saja ketentuanNya dan paling penting , jaga tubuh badan demi kesihatan. Tu yang sepatutnya...
Yearghhhhhhhhh.... Selamat tinggal FACEBOOK ! Aku kan pergi jauh mengembaraaaa.. mencaariiii .. kedamaiaannn..
Setelah bertahun lamanya aku membesar bagai johan di sebelah FACEBOOK ini , apakah aku perlu membayar untuk tengok status garut kawan kawan di wall FB ?? Oh tidak ... tidak sama sekali !!
Aku takkan keluarkan satu sen pun untuk si Mark tu .. Eceh.. dia pon tak nak duit aku ! Hahahaha.. Poyos tul aku.. hahaha.. Sori la beb , aku tengah belajar berlakon.. Kot dapat berlakon dengan Julia Ziegler yang jadi hantu tu pastu wat wat terkejut sambil lafaz apa yang patut .. kan kan ? hehehe.. Saja je timbulkan isu kontroversi nehhh..
Jadi apakah kata orang dalam FACEBOOK ? Diaorang kata , YURAN FACEBOOK AKAN DIKENAKAN APABILA BEN ASHAARI AMIK ALIH FACEBOOK ! Haaaa... dia kata cam tu laa... Gitu gitu la bunyinya... Jadi sampai kiamatlah BEN ASHAARI takkan dapat amik alih FB neh.. Jangankan saham , nak dpt pegang kayu mop tukang cuci pejabat FACEBOOK ni pon belum tentu , okeh !
Mereka di FACEBOOK berkata ; “A rumor on the internet caught our attention. We have no plans to charge for Facebook. It's free and always will be”.
Selamat menghabiskan masa di FACEBOOK ! Wachaaaaaaaaa...
Blog Pilihan : Bieyant
Bila dibaca dalam berita , bunyinya seperti nama mamat bermata sepet ni ..
Tapi bila aku dengar dan tonton betul betul berita di TV1 tu , chaittttt... Pembaca berita tu yang salah !! Eceh .. padahal aku yang pekak ! Bukan KHAIRUL FAHMI tapi KHAIRU FAHMI bersama rakan rakannya didapati bersalah atas cubaan melanun ! Hahaha.. Merompak laa ..
" Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini." - AbgTeror
Terkejut ?? Aku lagi terkejut ! Dok belasah nasi kerabu tuu.. tercekik tulang terus ... Susah betul kalau nama dah popular ni.. Kang kalau korang dengar nama aku kena tangkap khalwat , tu bukan aku okeh !
Blog Pilihan : Ika Junus
" Abang kalau tidur , punya la kuat berdengkur !!! "
" Saja je abang berdengkur.. Sekurang-kurangnya awak tau saya ada di sisi awak .. Kalau saya berdengkur di sisi perempuan lain , camana ? "
" Grrr... miangggg !! "
Aidilfitri Sale : RM28 only ?? Klik SINI
" Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.
Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga. " - MSTAR
Harap nanti lebih grand dari Norman n Memey bila bersanding . Rasanya takkan perlu penaja kan ? Ayah mampu bayar sendiri punya..
Wah.. aku dah jadi paparazzi lak eh ? Hehehe.. Sesekali layan..
Pergh.. cayalaahhh... Kaya kayaaaa !! Pasni nak tukar kereta baru.. Perabut baru.. Bini baru .. Laki baru .. Anak baru .. Semua baru laaa.. Apa yang boleh tukar , kasi tukaaarrrr...
Huh ! Banyak sangat ke 40% ?? Alhamdulillah ... Naik jugak kan dari tak naik ? Ok la tu... Rezeki penjawat awam yang tetap.. Yang kontrak ni , tak tau la apa cerita lagi kan ? Kena tunggu Bajet 2012 nanti ..
" Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. " - Yahoo
Tapi kan.. dengar citer lain pulak , walaupun gaji pokok naik tapi elaun ditarik balik .. Hehe.. Yeke ?? Alahai.. Pusing pi pusing mai .. Entahlah... Bonus ada tak ? Hahahaha...
Blog Pilihan : NoOr FareEza HezrEen
" Cakap betul betul !! Abang kawin lagi kaaannn !! "
" Tak laa.. mana adaaa.. awak laa satu-satunya isteri sayaaa .. ".
" Saya tak percayaaa ! Abang kawin lagi kaannn.. Cakap la betul betul !! ".
" Iskhh.. mana adaa laaa... " .
" Cakap laaaa..... saya tak suka laaa orang tipu sayaaaa .. ".
" Yelaahhh.... saya kawin lagii.. ".
" Haaaa.. kan betul cakap saya !! Abang kawin lagi !! Huwaaa... Sampai hati abang kawin tak jemput sayaaaa .. eh.. Huwaaaaaa.. sampai hati abang tipu saayaaa... ".
" Abang cakap betul , awak tak percaya .. Bila abang tipu , awak percaya pulak .. Adooooiii .. Boleh gila aku macam .. Baik layan Wonderpets... "
Blog Pilihan : izzie izzam