Aku belum bersedia lagi untuk bersolat

by - Selasa, Mac 15, 2011

 

Ada antara mereka berkata ...

" Aku masih muda lagi ... "

" solat pon tak guna kalau buat dosa "

dan banyak sangat la alasan mereka untuk tidak lagi bersolat ...

Tak mengapa.. mereka belum menerima hidayah dari Allah .. kita jangan perli , jangan sindir mereka  .. Berdoa saja agar terbuka pintu hati mereka untuk menerima kehadiran ISLAM sebenarnya.. Bukan sekadar nama saja .. mana tau , satu hari nanti  mereka akan lebih beriman dari kita yang dah beriman berpuluh tahun ..

Aku dulu tergolong dikalangan mereka ... Aku pernah berdoa .. Sekiranya Allah menghadirkan seseorang wanita dalam hidup aku yang mana dia akan menunjukkan aku pintu syurga yakni pintu masjid atau surau sesungguhnya dia itulah isteriku ! Baca kisah tu di SINI ..

Sejak itu aku berubah.. Perkenalan aku dengan seorang lagi rakan yang mana dia sendiri pon sedang mendalami bidang agama merasakan sebenarnya Allah sedang membuka pintu hatiku ..

Ini bermakna , yang sudah tu sudahlah .. masa untuk aku tinggalkan segala kekotoran dibaju aku dan pakai baju yang baru.. Tapi tak bermakna aku harus lupakan segala kekotoran itu namun aku perlu bertaubat atas segala dosa lampau ..

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Bak kata orang bijak , tak susah nak buat pahala tapi susah untuk buat dosa ! Fikir fikirkan ..

Sama samalah kita berdoa :

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

You May Also Like

16 comments

  1. sebab tu kita kena sentiasa menasihati dan mengingati..ada adab dalam menasihati..ada tiga cara kan?yang pertama melalau perbuatan.jika tak mampu kita melalui lisan.dan yang terakhir melalui hati.=)

    BalasPadam
  2. LiKe DiS eNTRy... ViSiT MiNe... (^_____^)V

    http://nadiah-muhammad.blogspot.com/2011/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html

    BalasPadam
  3. peringatan untuk kita semua..
    kita kena saling ingat-mengingati diantara satu sama lain..kan

    BalasPadam
  4. farah sedang berusaha untuk berubah mnjdi lebih baik and dah jnji dgn diri sendiri yg farah ta akn tinggal solat 5waktu . .buat masa ni alhamdulillah solat tak pernah tinggal . bukan nak menunjuk2 . .just nak brkongsi . kalau dulu mmg liat sunggu nak solat . tapi skrg alhamdulillah dh dpt berubah sikit2 . doakan farah agar terus kekal dgn perubahan ni :)

    BalasPadam
  5. abang pun mcm tu..tapi dalam proses menyedari diri..

    BalasPadam
  6. mula2 saya nak 'Amin' untuk doa en.ben.

    salah satu dari 5 ubat untuk hati ialah berkawan dengan orang yang soleh. orang yang akan membawa kita dan mempengaruhi kita kepada kebaikan. Insha Allah.

    ya doa mohon hidayah Allah.even bkawan dengan org soleh tp kalau hati keras mcm batu, tak kemana juga.

    BalasPadam
  7. yap bro, sangat setuju. mereka-mereka ini bukan jahat, tetapi mereka-mereka ini belum mendapat suntikan untuk berubah, so cara nak tegur biarlah berhemah dan bijak. I loike this post.

    BalasPadam
  8. bgus entry nih hihi.. datang sini kalau sudi jenguk blog kite eyh
    http://armsyanovella.blogspot.com
    newbie...^___^

    BalasPadam
  9. yart sokong tentang solat nie,,
    jika orang itu tak solat jangan lah kita doq perli dia kan nanty lagi lah dia buat hal kan,, malah kita mendoakan dan menasihati ;)

    BalasPadam
  10. i did follow u...saya harap,u can follow me too...tahnks:) nice blog:)

    BalasPadam
  11. moga hati ini tidak terpesong melakukan kejahatan lampau.. amin..

    BalasPadam
  12. sebagai peringatan untuk kita semua..
    kita kena saling ingat-mengingati diantara satu sama lain..

    BalasPadam
  13. Amin..amin amin

    kita perlu berubah menjadi lebih baik dari semalam kerana esok belum tentu kita masih di dunia ini

    BalasPadam
  14. sesungguhnya solat dapat menghindarkan kite dari kemaksiatan

    BalasPadam
  15. alhamdulillah setiap detik setiap masa berubah ... dulu2 kecik2 malas jugak ..mak always bebel .. n then timbul minat baca buku2 n cermah2 motivasi agama..terdetik n teruskan .. :) bukan sng nak berubah tapi boleh sgt kalau nak berubah !

    BalasPadam