Tak reti nak insaf ke ?

by - Isnin, Mac 07, 2011

 

Salah makan semalam .. Ada kuah daging pon dah beri kesan pada aku .. Rasanya tekanan darah naik balik .. Kepala naik birat ... Demam dan sakit tekak .. Esok pulak ada keje penting nak disiapkan .. Nak mc ? tak boleh la.. Kesian kat bos aku lak nanti ..

Teringat cerita seorang sahabat semalam .. Diceritanya  tentang seorang budak lelaki yang mana dia amat handal dalam bidangnya .. Namun begitu , tugasnya sebagai seorang hamba Allah tidak pernah dilupakan ..

Muda .. kuat .. bijak .. pantas .. itulah yang digambarkan kepada aku .. Dia dilihat bakal menjadi jaguh dalam bidang dia .. Diakui sendiri oleh sahabat aku tersebut ..

Satu hari , katanya .. sedang mereka duduk minum di sebuah kedai , dalam berborak borak , lelaki tersebut terlelap... Kawan kawan dia ingat , dia terlalu penat akibat terlebih berlatih .. Tapi bila diperiksa bahagian nadinya , rupa-rupanya dah meninggal dunia ..

Hurm... Fikirlah sendiri .. Jangan sangka kita ini sihat , jaguh , bijak , berpangkat , kaya ... tunggu tua baru nak kembali kepadaNya .. Hurm..

Sama sama kita buang segala sikap takbur , riak , sombong ,sakit hati , dengki khianat dan maafkan segala dosa dosa mereka sebelum kita tidur malam ini ...

Al-Fatihah buat arwah ... 

You May Also Like

25 comments

  1. jaga kesihatan k Mr. Ben... kalau sakit, jumpa doktor.

    BalasPadam
  2. sebab tu kne selalu muhasabah diri. =)

    BalasPadam
  3. Al-fatihah buat saudara kita. begitu sayangnya Allah kepada hambanya. Dipermudahkan Allah saat dia menghembuskan nafas terakhir. Di dalam solat kita selalu berdoa agar dipermudahkan di saat malaikat mencabut nyawa. Jangan putus-putus berdoa. Untuk diri saya dan pembaca blog Ben sekalian. Kita tidak tahu bila dan ketika kita dijemput olehNya.

    BalasPadam
  4. al-fatihah...

    bro ben..jaga kesihatan k:)

    BalasPadam
  5. moga roh dtempat kan dikalangan orang yang beriman dan moga Allah tak menarik nyawa kita semua dalam keadaan yang mengejutkan

    BalasPadam
  6. xde sesape pun yang tau camna keadaan dia ketika mati...so...kalo nak keadaan baik...takwalah kepada Allah..nak keadaan xbaik..buatlah semua yang allah x bagi...

    Al-fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  7. alfatihah...encik ben pun kena jaga makan pas ni.bahaya kalau selalu kena darah tinggi.kita ni terbalik..saya tekanan darah rendah..ermm namanya kehidupan .

    BalasPadam
  8. Ajal dan maut ditangan tuhan. Kalau sudah tiba waktunya tidak siapa yang mampu menahannya. Ia telah tertulis olehNya dan menjadi rahsia buatnya. al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin~

    BalasPadam
  9. hurmm abg tak sihat tp still keje..sian bos ...tp jage kesihatan gak :(

    BalasPadam
  10. Mati macam tu adalah mati yang paling baik kan.. :') cuma jauhkan lah diri dari sifat mazmumah macam abg ben kata..

    BalasPadam
  11. Buat renungan bersama.

    *Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali*


    TQ

    BalasPadam
  12. salam

    jika telah sampai ajalmu, takkan ia lewat walau sesaat dan takkan ia cepat walau sesaat...al fatihah utk arwah..

    dan abg ben,,jgn lupa minum susu panas..

    BalasPadam
  13. al-fatihah.. semuanya dah tertulis bila kita akan dipanggil. kadang2 kita selalu leka dengan duniawi sampai lupa alam akhirat kan? Hmm, take care En Ben.. semoga cepat sembuh...

    BalasPadam
  14. Al-fatihah. Semoga roh arwah di cucuri rahmat

    BalasPadam
  15. Terima kasih di atas nasihat Ben. Ya, sama2 lah kita buang sikap yang tak elok tu dan maafkan semua orang.

    Al fatihah.........

    BalasPadam
  16. Darah tinggi? Cuba try petua nih: ambik sebijik peria katak + 2 bijik epal untuk dibuat jus. Minum 3 kali seminggu. Tak leh lebih-lebih.

    Petua nih I dapat daripada Cik Aishaz Carleeb yang I baru kenal kat FB. Dia silent reader blog Ben. Katanya dia koma selepas Ben approve dia kat FB. :->

    BalasPadam
  17. ajal maut tak kira usia dan siapa...BA jaga kesihatan okay..al fatihah bt arwah..

    BalasPadam
  18. itulah yang terbaik....
    memaafkan orang sebelum kita masuk tidur...
    tak kiralah apa sekalipun yang kita nak buat hari esok...
    belum tentu terlaksana sebab kita tak tahu apa akan jadi esok...

    BalasPadam
  19. Al-fatihah...
    igt Allah, tak kire muda ke tua :)

    BalasPadam
  20. sakit itu mengigatkan kite kepada kematian..

    BalasPadam
  21. Al - Fatihah...sakit itu sebenarnya membuatkan kita sedar xselamanya kita sihat dan gembira..ada kalanyaaa kita kena berfikir juaaa...kemana pun kita lari..kematiaan adalah penghujungnyaa..



    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam