BEN ASHAARI



E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] ..


" Romantiknya dua ekor ikan haruan itu.. berenang bersama-sama kan , Sab ? ". Saja nak beromatika dengan Sabrina. Malu aku semalam dah hilang bila Sabrina tunjuk selamba dia .



Sabrina tersenyum malu. 



" Abang , Sab .. Jom balik .. Lisa tiba-tiba sakit perut. Rasanya usus besar Lisa ni nak putus kot bila abang Bani berjiwang gitu .. " .



Lisa terus lari sambil ketawa terbahak-bahak.  Sabrina pun begitu juga. Ketawa tak henti-henti melihat telatah Lisa. 



" Hampehh.. baru nak test jiwang.. Kot leh guna buat entri malam ni. Potong stim betul Lisa nih . ". Bisik hati aku.



" Dah.. Jom balik.. Panas sangat ni. Kang demam , susah lak. ". Aku berjalan terus dengan membiarkan mereka yang masih ketawakan aku.



Sabrina berlari mengejar aku. Aku dapat perhatikan melalui ekor mata.  Tak sangka la pulak minah ni nak jalan beriringan dengan aku. Tadi sikit punya malu. 



" Abang pergi ke nanti gathering kat PWTC tu nanti. Kalau pergi , Sabrina nak pergi sekali ngan abang boleh ? " 




" Hah ?? Nanti pakwe Sab marah lak. ". Saja cucuk jarum.



" Pakwe ??  Apa kelas pakwe pakwe neh.. Kan masa kecik dulu dah kawin ngan abang .. " . Terus dia berlari ke Lisa yang dah berada di depan kami.



Kaki aku terhenti langkah. 



" Budak ni biar betul ????? Ke aku yang tak betul nih ??? ".



Tiba-tiba Lisa menjerit. "Abang , telefon abang ! Ada sms dari Adawiyah ! ". 



"Alamakkkk .. Diorang baca ke ??? Adeh.. ".



Aku berlari dan mencapai telefon bimbit di tangan Lisa . Aku tengok  Kelihatan kandungan sms itu dah dibuka manakala Sabrina meneruskan langkahnya.



I MISS U 


Ringkas dan padat pesanan sms yang dihantar tapi cukup menghancurkan segala keindahan yang aku kecapi dua hari ini .



"Adoi... masak ! Rosak segalanya... Musnah ! Musnah ! Musnahhh ! "



-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Entri Hari ni hari ayah dan bonda.. Esok hari saya pula yer.. yang aku keluarkan tadi , memberi respon yang pelbagai. Heheh.. tak perlu maki hamun pun untuk bagi yang tesirat dan tersurat.. Yang penting bentuk penyampaian kita ..

 

Apa yang aku paham neh ?? Bapak aku laa... Duluuu punya cerita laaa.. Kalau aku mintak apa apa la kan yang takde kaitan dengan pelajaran , dia jawab apa tau ??

 

" Hang besaq nanti , ada duit .. beli sendiri .. !! "

 

Wah.. bapak aku ! Kerek !! Tak pee tak peee.. nanti besar aku beli sendiri... Tamo tunjuk kat abah !!  Hehehe.. Tu pemikiran budak budak laa...

 

Tapi bila dah tua cam aku ni , baru aku tersedar ... Tujuan bapak aku buat begitu , mudah je ... SIMPAN DUIT ! SIMPAN DUIT ! SIMPAN DUIT !

 

Penting sangat ke ? Ramai ingat simpan duit ni , hanya untuk kawin je.. Rumah ? Ala .. sewa je bang.. Tapi terlupa ke ? Sampai bila nak sewa ? Kalau dah tua nanti , takde keje .. mana nak duduk ?? Sewa rumah makin naik.. Mana ada sewa rumah makin turun.. Reban ayam pun mahal okeh !

 

Pentingnya rumah bagi kita , satu je.. Bila dah tua , nanti ... kita tak perlu duduk rumah orang tua ! Dan ingat , jangan sesekali ajar anak kita dengan manjakan mereka .. Apa yang mereka mahukan , suruh beli sendiri dengan simpan duit .. Kelak , dia takkan susahkan kita atau sapa sapa dengan berhutang ..

 

Bila dah tua , kita tak kacau mereka , mereka pun tak terasa hati dengan kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

 

" Klip video ‘Undilah’ tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat. Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat dan mengelirukan beberapa pihak,". - Bharian

 

Aku teringin benar nak caci maki dalam blog ni.. Pastu mintak maaf.  Kot pasni dapat job buat video atau terbitkan filem .. Bestkan Malaysia ni.. Pemaaf dan cepat melupakan kesilapan pemimpin kita ni.. Ni baru 1Malaysia ...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image Hari ni , ibu dan ayah menghantar saya ke sini ..

 

image 

Esok , saya antar ayah dan ibu ke sini pula yer ..

 

Saya pun sibuk juga.

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Kenal ke kumpulan Nirvana ? Mau jugak aku kena ketuk eh ? Hahaha ..

image

nirvana

Masih ingat lagi baby ni di kulit album Nirvana ?  Apa dah jadi dengan budak ni sekarang eh ???

image

Dah besar pun diaaaa.. hahaha .. Hehehe ... Cerita lanjut , baca sendiri di Daily Mail .

Jom layan lagu NIRVANA sat ...

 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

 

Keadaan selepas letupan di Empire Shopping Gallery

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

TAHNIAH !

image

Majlis Resepsi Norman Hakim dan Memey

imageimage

“Wedding of The Year”

Malam kemuncak majlis resepsi kedua bagi meraikan pasangan pengantin baru Memey Suhaiza dan Norman Hakim berlangsung dengan meriah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Rabu.

Pada majlis yang berkonsepkan persandingan ala “New York Look” itu, Memey kelihatan anggun dengan pakaian berwarna putih rekaan empat pereka terpilih daripada jenama barangan kemas Rafflesia yang bernilai RM500,000.

Begitu juga dengan Norman, pelakon itu tampak segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna hitam dengan nilai RM10,000 rekaan Lord’s Taylor.

Suasana dewan dihiasi dengan tema hitam dan putih sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak bunga ros. - MSTAR

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] ..



image

" Nak g mana kita ni , Lisa ? " .


" Teman Sab jap. Cari idea untuk update blog .. Nak ikut tak ? Heheh ".


" Hiskh.. Lisa jangan bocor rahsia abang lak yang abang ada blog ! Sembelih kang !! " . 


" Tak kiraaaa... nak bagitau gakkk .. lalalalala .. " 


" Lagi cakap lagi dia buat , budak ni .. "


" Abang nak ikut tak ? Kot dapat idea untuk sajak nanti.. Lepak kat tepi kolam ikan tu nanti.. Jom laa.. Kang rugi tak dapat usha muka cun Sabrina.. hehehe... Single tuuuu ... Lama tunggu abang ! "


" Hah ??? Tak dengar ! Ulang yang last sekali tuuuu .. "
 


" Yang mana bang ???? " 


" Yang last tadi tuuu... " 


"Owh... dia single tu eh ?? "


" Yang selepas tu laaa... " 


" Yang update blog tu eh ?? " 


" Arghhhh.. Yang lama tunggu abang tuuu laaa .. "


" Bila pulak Lisa kata gitu ... "


Terus Lisa berlalu sambil bersiul girang. Hampeh ! Suka betul dia buat aku macam tu .



" Betul ke apa yang aku dengar tadi ?? Lama dia tunggu aku ??? Tunggu apa ? Hiskh .. ". Bisik hati aku.


" Lisa !!! Abang ikut ! "

-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Awas ! Ini bukan kali pertama berlaku ! Penyangak semakin menjadi-jadi ..

 

Hurm... Semakin berani ! Itu je yang aku boleh katakan .. Ada kes di Sg.Buloh sewaktu seorang guru wanita keluar dari rumah nak ke sekolah. Seingat aku , keretanya dilanggar dari belakang. Lalu dia berhenti. Keluar 4 orang lelaki berparang lalu mengetuk cermin keretanya dengan kuat agar pecah.  Nasib baik suaminya yang kebetulan keluar dari rumah nampak kejadian tu lalu menjerit meminta tolong . Kejadian berlaku awal pagi . Syukur tak jadi kecederaan berlaku .

 

Dan ini terbaru , di Kosmo .. Berlaku di KL .. Hurm.. Baca Bayi terselamat cubaan culik ini .. Menakutkan betul ! Semua ni semata mata duit sampaikan tak kisah apa apa dah .. Iskhhh... gila betul laa...

 

Buat wanita yang gemar memandu malam atau awal pagi , kalau rasa pelik je semacam je , periksa la kiri kanan depan belakang .. Kalau diekori tu , g cari balai terdekat atau tempat ramai orang .. Yang betul betul ramai.. Skan ni , diorng buat keje tak kisah dah .. Awam ke tak awam ke , diorang nekad.

 

Kalau kena langgar tu , terus je ke balai polis untuk buat laporan. Jangan semata mata  beratus ringgit , nyawa anda terancam.

 

Blog Pilihan : quraishah sudin

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

" Hang tak puashati ? Laaa.. buat apa bebel kat kedai kopi .. Tuuu , anak hang ada laptop .. P buat blog .. Pastu tulis ja apa hang nak tulis kat dalam blog tu .. Janji jangan hang maki hamun dah ! Kalau isu masuk akal , confirm ada orang baca .. Kalau tak , tunggu kena maki ! Hahahaha ... "

 

Ada yang tak puashati dengan blogger kan ? Kata blogger ni mengarut ! Suka main isu murahan .. Mai nak habaq sat .. Blogger ni bukan wartawan yang hang boleh panggil mai buat pc , pastu jamu makan skit  ... pastu buat baik supaya tulis elok elok .. Maaf yer ...

 

Jangan marah saya , en.wartawan.. bukan semua lagu tu tapi sekarang banyak cam tu .. Kerana nila setitik kan ? Sebab tu ramai orang takmau baca newpaper dah.. Diorang rela online internet lagi untuk mencari maklumat.. Walaupun kurang tepat tapi tu lebih baik dari maklumat yang diputarbelitkan .. HAKIKAT !

 

Kalau tak suka blogger , skang tengok .. Asal ada movie baru , diorang jemput bloggers mai buat review.. Kenapa panggil blogger ?? Sebab diorang tau aura blogger ni... Cuma ada yang nafikan je ..

 

Suara blogger adalah suara jati rakyat ! Walaupun punya ada yang salahgunakan , tapi ianya tetap suara rakyat ..

 

Blog Pilihan : Amirul

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Mudah je.. dengan sedikit 'pelaburan' , insyaAllah pulangannya nanti di akhirat..  Blogger yang sudi war-warkan pon , amatlah dialukan ..

Diambil dari sumber asal di SINI : Rujukan Neslo
image

MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN MTAQA (Pembelian Van Rasmi MTAQA)


MTAQA telah pun melewati enam tahun penubuhannya. Potensinya sudah mula membuahkan hasil. Namun, komitmen untuk menjalankan aktiviti masyarakat dan sekolah agak terbatas kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh dan kenderaan bagi tujuan tersebut. Sehubungan itu rayuan sumbangan ini dilancarkan untuk meningkatkan potensi MTAQA supaya lebih terkehadapan dan cemerlang.

Jadi, Tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha (PIBG MTAQA) untuk pembelian Kenderaan Rasmi MTAQA (Van) telah dilancarkan untuk mengembangkan potensi tersebut.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027010037358 atau cek atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG)”.
Sumbangan yang bakal anda salurkan didahului dengan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak MTAQA, tel :
09-7922560 atau melalui email : maahadmtaqa@yik.edu.my
" Sumbangan Anda amatlah dialu-alukan "
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

5 murid ditegah ambil ujian UPSR kerana takut pencapaian sekolah tercalar ! Bangang ke tak bangang ??? Ni salah sapa ? Kalau rekod sekolah cemerlang , pentadbir sekolah dan guru dapat 'ganjaran' kan kalau tak silap aku ??

image

 

Aku bukan bidas semua guru laa tapi ni haaa.. kat Baling , Kedah .. Bharian melaporkan ;

 

" Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.

Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.

Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.


Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.


Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.


Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.


“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi. ".

 

Ni la dia akibat mengajar semata mata mengejar ganjaran ! Hampehhhhh....  @!$@%&$**#! ... Suruh ajar NAMAWEE tu kang baru tau ...

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

 

Hurm.. Ada orang nyamar dia ke atau mmg dia ? Ini isu hina agama sekali ngan Agong ke ?? Confius.. Kata budak tu tinggal kat Malaysia.. Yang ni tinggal kat Sweden .. Loh .. Patut berani menyalak !

 

Utusan:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] ..

New Post

Luka terubat lagi ..
Pasti lagi cinta bersemi ?
Aku sendiri tidak pasti ..
Ku serahkan saja pada Ilahi.. 


Tidak semudah itu cinta
Jika tiada hati dan rasa ..
Walau cantik paras rupa ..
Jika tiada budi bahasa ..


Sekali lagi cinta ..
Apakah tiada lagi dusta ?
Biar ku cuba ..
Hidup  sementara cuma .. 


Apa salahnya ..
Cinta berkali kali ..
Hidup cuma sekali ..
Buat silap jangan sekali ..
Yang penting , hanya Dia satunya , Ilahi !


PUBLISH


........................................


" Hurm ..Ada 1 komen .. ".



Anonymous  berkata... [Reply to comment]

 

Akhirnya ..   :)

 




" Akhirnya ??? Apa maksud dia ??? Haih.. suka betul dia ni berteka teki !! ". Geram .
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
image

image

image

Jangan buat kes jenayah dah la yer !! Buat la apa pon asalkan tak berdosa .. Buat pahala lagi bagus eh ..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] ..

Hanya tinggal aku dan Sabrina .. Lisa meninggalkan kami untuk ke dapur.


" Lama dah buat blog ? ".


" Baru je. Tu pun sebab dok rajin baca satu blog tu. Jadi timbul minat juga nak mencuba.. ".


" Wah , best ke ? Dok tulis apa dalam tu ? ". 


"Biasa biasa je bang. Kisah aktiviti harian. Kadang-kadang ada tulis sajak. ".


" Owh.. Mesti ramai pembaca ni kan ? Yelah , kalau dah cun gini ... Letak kat header tu , perghhh..  confirm berduyun tiba punyalah ! Kan kan ? " .


" Iskh.. tak letak muka pon. Letak header kosong je.. Widget follower tu pon tak letak. Saja saja je .. ".


" Ler.. gitu pulak ?  Tapi kalau dah minat , nak kata apa.. Apa url blog Sabrina ? ".


" Eh.. tak yah la.. malu laa.. Tak pe tak pe... nanti nanti je Sab bagi eh .. Abang takde blog ? ".


" Abang ? Blog ? Iskh... nak menulis pon tak reti. Ni pulak nak berblog .. Tapi rajin baca blog ada la.. Oh ya , Sabrina ada blog feveret  ? " 


" Ada ..banyak .. tapi yang paling suka , blog yang cerita pasal agama , teladan. Bab gossip ni , boring.. Tah hapa hapa cerita dia .. Haaa paling suka blog yang ada tips masakan ".


" Antaranya ? ".


" Blog apa tu.. Dapur  Tanpa Sempadan dan Dr.Maza.. Cuma jadi silent reader je.. Segan nak komen komen ni.. "


" Owh.. sama la ngan abang..  Bila nak balik Shah Alam ? ". 


" Eh ? Abang baca blog masakan gak ke ? Hehehe .. Minggu depan baru balik . Plan nak pergi perjumpaan blogger kat KL nanti.. Tu yang nak balik awal tu .. Abang ? "


" Hah ??? Perjumpaan ? Yang kat PWTC tu nanti ? "


" Aah.. Mana abang tau ?? " 


" Erk... "

-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Boleh tak  aku mencaci maki dalam entri ini ? Sebenarnya niat aku hanya nak membuka pekung apa yang berlaku dalam negara ini seperti mana seorang pengarah muda lagi berbakat besar dalam caci maki diangkat martabatnya sebagai rakyat yang serba boleh !

 

Tak sesuai kan ??? Kita rakyat Malaysia , mana sesuai nak caci maki sesama kita .. Kalau duduk berdua kat kedai mamak tu , lain cerita la.. Ni caci pas tu letak kat internet.. Kasi semua orang tengok.. Sesuaikah ??

 

Ada yang kata , ada isi dalam filemnya .. Seperti KL GENGSTER , HANTU BONCENG , semua filem filem itu punya teladan.. Dah tengok AKU TAK BODOH ?? G tengok filem tuu ... Kat Youtube pun ada ..

 

Bagi aku mudah jer .. Caci maki bukan budaya orang Malaysia ! Kalau dia benar benar insaf , maka dia perlu berhati-hati dengan setiap tutur kata dia .. Jangan lupa , dia sekarang juga seperti selebriti yang lain di Malaysia . Kalau dulu sekarang mat vlog , mungkin lagi boleh diterima tapi sekarang dah jadi pengarah terkenal di Malaysia !!! Peeewittt.. Korang kenal ? Aku kenal sekali tu je ..

 

Mungkin ada yang sokong apa yang dia buat .. Silakan .. Tiada halangan .. Tapi jangan pulak nak caci maki aku kerana aku tak sokong .. Dia caci maki penulis kolumn Utusan melalui Youtube untuk menyampaikan 'perasaannya' maka ini adalah perasaan aku .. Tanpa maki hamun pon ..

 

Pihak atasan pon , kalau takat nak tengok anak watan negara ni berbakat , tuuuu .. berlambak kat MMU , UITM dan banyak lagi IPT yang ada bakat bakat cam tu.. Confirm boleh buat filem ROJAK ke .. PASEMBOQ kee... PUTU MAYAM kee.. kalau takat nak bukak pekung kerajaan .. Ramai berminat !

 

Haish...

 

Blog Pilihan : Nini Hartini

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Sebab apa eh ???  Yang pertama , aku tak suka orang yang terang terang memaki hamun pastu mintak maaf sesuka hati walaupun dah lepas .. Cerita lama jangan dibangkitkan ?  Jangan lupa , walaupun dah basi , parut masih ada ! 

 

Dalam youtube baru ni pon dok maki walaupun ditapis.. Ingat budak sekolah tak tau ke apa yang dia cakap tu ??? Kata 1Malaysia.. guna bahasa yang elok la.. Cikgu kat sekolah ajar gitu ? Bila guna Youtube , satu dunia tengok .. Ini cara nak ajar peminat berbahasa ?

 

Kedua .. Cakap serupa bikin .. Kata 1Malaysia .. Muda lagi.. Bahasa melayu tunggang langgang !! Bikin malu ! Kasi masuk sekolah balik , kasi belajar bahasa melayu , baru kasi tackle penonton Melayu untuk tonton filem berbahasa Melayu ..

 

Ketiga ? Dua cukup dah .. Serius ! Aku meluat tengok muka dia masa keluar kat media sebab kes dia .. Suka suka hati dia kutuk pastu mintak maaf.. Pastu jumpa PM , settle .. Terbit filem , suruh orang g tengok ?? WEhhh .. aku rela tengok Si Mr Bean tu 120 kali dari tengok ko punya filem .. Kasi free pon tamo.. Download ? Wat rosak laptop aku jer ..

 

Sori Bro Afdlin Sauki.. Aku pelik camana bro leh berlakon dalam filem dia ... Sori beb .. Aku spesis Melayu tak mudah lupa .. Memaafkan mungkin , melupakan tidak sama sekali !!

 

Aku bukan anti mana mana bangsa .. Tapi bila orang perlekehkan bangsa dan agama aku secara terang-terangan , dan bukan sekali dua .. Maaf .. LU YANG SAMPAH MASYARAKAT !

 

Rujukan : DezamanCottage

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] ..

 

 

" Hi bang Bani .." . Sabrina tegur.

 

Gedebuk !!! Aku jatuh pengsan !!

 

Nasib baik ianya cuma angan-anganku ..

 

" Hey ! Jawab laa.. Mengelamun lak dia !! .. ". Lisa cubit lengan aku.. Cubit punya la kuat ??? Baik hammer je kepala aku !!

 

" Hi Sab .." . Senyum dilemparkan ..

 

" MasyaAllah budak comot nih ! Dulu... selekeh dan tembam.. Skang ??? Riana pon selamat tinggal !! Nasib baik si Wan Kembong tu tak de .. Kalau ada ??? ". Bisik kecil hatiku .

 

" Hoooiii .. " Lisa sergah aku dari belakang !

 

Hampeh ! Terkejut aku ..

 

" Nah .. No telefon Sabrina. Dia bagi abang tadi. Segan nak mintak kan ??? elelelele.. Tau !! ". Lisa suakan telefon bimbit dia .

 

" Hehehe.. Nursabrina Mohd Ali ".  Tersengih cam baru menang loteri !

 

" Tunggu apa lagi ??? Catit laa .. Oh bang .. Sab ada blog gak tau ! ". Lisa kenyitkan mata..

 

" Tauuuu.. " .

 

-SAMBUNG.-

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

" Kapal terbang Boeing 787 pertama mendarat di Tokyo hari ini sekali gus diikuti pelancaran syarikat penerbangan All Nippon Airways (ANA) yang membuat persiapan untuk memulakan penerbangan komersial pertamanya.

 


Kapal terbang itu berlepas dari Everett, Washington pagi semalam dan menggembirakan pekerja selepas lewat tiga tahun bagi menyiapkan pesawat baru berkenaan ke dalam pasaran." - Bharian

 

image

image

image

Er.. macam ni kah  rupa dalaman kapal terbang ni ? Gulp..

 

"Syarikat penerbangan itu menempah lebih 800 pesawat yang mampu menyaingi Airbus A350."

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Amboi amboiiii ... sesedap tekak jeeee ek ?? Eh , sat.. bukan semua budak sekolah yer .. Ni khas buat mereka yang salahguna FB ni .. Aku rasa patut la Facebook ni kuatkuasakan undang-undang.. Budak sekolah nak online FB sila masukkan No surat beranak mak  ! Haaa.. Baru padan mukaa .. Nak online , kena panggil mak ..

 

Bukan apa .. Ada satu kes ni .. kawan aku , di FB .. Budak ni dah la eh.. sat.. Sesuka hati aku jeee cerita dalam ni .. Hahahhaah.. Kang aku lak kena saman .. Aku ringkaskan je eh ??

 

Kot ya pon marahkan seseorang , tolong jangan kaitkan dengan orang lain .. Dan satu lagi , tak payah la nak APA CELUP APA CELUP tu .. Ikut perangai yahudi tuu .. 

 

Tak puashati kat sekolah , g settle ngan cikgu.. Kalau tak puashati gak , jumpa mak ayah .. Ni dok main memaki hamun kat wall orang pastu kaitkan dengan mak ayah .. Kang mak ayah panggil geng , kasi maki kat wall , baru aiskrim Wall .. Sampai kiamat tak abis  !

 

Adoi .. penat tul ngan bebudak sekarang .. Bila dah terlebih bijak , tak nak gunakan kebijaksanaan tu .. Disalahgunakan lagi ada laaa !! haish.. tamo kata lelebih .. Aku nanti pon ada anak ! No Astro Astro ! No Internet !! Bukak kitab tu !!! Panggil Ustaz Jiji mai rumah.. kasi ajar skit !!

 

Blog Pilihan : gadis hitam manis

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Innalillahiwainnailaihirojiun ..

Sms yang baru aku terima dari adik aku . Kawan kitorang ( satu taman ) baru saja meninggal dunia . Punca , kata doktor barah otak .. Muda lagi arwah. Baru umur 30.

Kelmarin, sebelum aku pergi ke perasmian album Dato' Siti tu , ada aku borak dengan kawan baiknya yang mana dia dah pergi ziarah pada Sabtu lepas.

Katanya , waktu dia pergi tu , dah koma.. Menurut suaminya , takde tanda sakit apa apa pun pada isterinya kecuali sengal-sengal badan. Pernah dibawa berubat dengan pakar traditional tapi tak jalan. 'Kuat menda' tu lagi ..

Astagfirullah al'azim .. Kesiannya .. Teringat kat arwah kawan aku.. Kes yang sama .. Tiba-tiba pengsan .. Pun doktor kata barah otak .. Padahal ok je selama berkawan tu ..

Menurut kawan baiknya lagi , mereka dah minta bantuan dari sebuah organisasi yang berteraskan agama tapi penuh jadual. Nun bulan 12 baru free .. Iskh.. takkan sampai gitu sekali kot ?

Setelah aku korek korek , hurm... tak mustahil ada kes dengki di tempat suaminya bekerja .. Agaknya tersasar , dan terkena isterinya ..  Wallahualam..

Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat ..
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
E:  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] ..

New Post
Bukan semudah itu , sayang ..
Hati ini melupakan dikau ..
Bukan pintaku kita begini ..
Sudah jodoh ditentukan Ilahi .. 


Bukan semudah itu , sayang ..
Kau pergi meninggalkan aku ..
Aku tunduk sepi kehilanganmu ..
Namun segala terubat biarpun berparut .. 


Bukan semudah itu , sayang ..
Untuk mengembalikan cinta di hati ini ..
Mengenggam rindu bertahta di sanubari ..
Agar hati ini kembali berani .. 


Pergilah sayang , pergilah kasih ..
Aku terima ketentuan ini ..
Andai takdir kita di satu hari nanti ..
Pasti kita kembali bersatu hati .. 


Publish 


...............................
" Ah.. lega... Lama tak update blog .. Hurm..  Sabrina .. Dulu selekeh jee kau .. Main kawin kawin pun , aku pk banyak kali nak bersanding dengan kau .. Cuba suruh sekarang ??? Muhahahha .. "
.

Tergelak sendirian aku .. 


" Haaa... tu gelak tuuu , mesti ingat kat Sab ! Amboiii .. Miang mai dahhh ! Dulu juai mahaii .. Skang ??? ". Jerit sepupu aku dari meja makan . 


" Aaahh.. Diam kaaauuuu .. ".  Kantoi aku ! 


Laptop , aku tutup dan simpan kembali ke dalam beg. Bangun dan mengelamun di depan pintu rumah kampung arwah atuk aku .. Sejuk udara malam ..


" Hurm... Sampai bila aku nak lari ?? Bukan aku menolak cinta.. Tapi bukan jodoh aku .. Sapa tamo bercinta kan ? ".



-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image Muka control malu .. Nasib baik reti malu .. kan ?

 

Yewwww... serius huduh.. hahaha.. Sebenarnya aku malu nak bergambar kat situ sbb banyak mata dok memandang ke arah pink carpet tu.. Tapi untuk jadikan kenangan , apa salahnya ..

 

Beg dan kamera serta hp aku , adalah wajib berada disisi aku .. Wah , kalaulah aku tulis Al-Quran sekali kan bagus .. Sayangnya takde lak kan ? huhu..

 

Gambar ni ehsan dari kawan blogger , Jejai yang ada tulis skit pasal gambar ni .. Eceh.. Amboiii.. Artis la konon .. Chaittt.. tak layak la bro ! Retis ? Jauh sekali .. Biarlah aku ini dengan dunia ku yakni seorang blogger .. kan kan ?

 

Sumber Gambar : Teratakarmo

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Episod [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] ..





" Tak ke mana mana.. Aku cuma balik kampung jer .. ".



" Saja .. Malas nak bagitau sapa sapa .. Nak rehatkan kepala otak selepas exam ari tu .. Jadi balik untuk tenangkan perasaan dan mental aku nih.. ".


" Sapa pon aku tak bagitau. Parents aku ? Aku dah pesan. Kalau sapa sapa tanya , cakap je aku g bertapa kat gua batu belah batu bertangkup tu .. Mesti diam punya .. ".


" Adawiyah ? Kenapa dengan dia ? Aku dengan dia dah tak de apa apa.. Riana ? Ada gak sesekali dia call aku .. Saja berborak.. Kau dah putus dengan Riana kan ? Pasal apa ? ".


" Tu laa.. dia tu budak kampung .. Mana sesuai dengan kau yang gemarkan awek berskirt .. Pantang nampak cun , semua nak sapu.. Orang cam kau ni la kasi tercalar reputasi lelaki baik cam aku ni , tau tak ! " .


" Hahaha.. Yelaahh .. Tengok la nanti.. Tunggu aku balik KL nanti.. Aku nak lepak sini dalam 2-3 hari lagi ..".



Telefon bimbit aku dimatikan.Mengeluh panjang. Kecewa benarnya ? Tapi perasaan aku cuma suka je pada Adawiyah .. Iskh.. aku keliru benar dengan perasaan aku ni.. Ke aku kesunyian sebenarnya ni ?? 



Sayang jugak si Wan tu pada aku .. Meluat meluat aku kat dia , amik berat jugak dia kat aku .. Kawan kan ? Sampai bila bila takkan putus persahabatan. Ternyata kehadiran wanita pon tak mengugat persahabatan kami..



" Eh... tu macam aku kenal je ?? Wah... dah besar panjang rupanya dia ?? ". Aku terlepas cakap. 



" Tu bukan anak Pak Li yang dulu dok main ngan kita masa kecik dulu ? " . Soalan yang aku ajukan pada sepupu aku yang kebetulan ada kat sebelah aku .



" Aah..Balik cuti gak la tu .. Skang studi kat UITM Shah Alam. Awat ? Comel kan ? Tau daaahhh .. ".Sepupu aku sengih.


Aku tersengih. 


 " Alamak.. dia mai sini. Abang lari dulu la no .. Segan tengok awek cun nih .. " . Aku bangkit .


" Segan taik kucing ! Dulu dok beria main kawin kawin .. La ni segan ??? Abang jangan lari ! Berhari dah dia dok cari abang .. Bila mai , abang keluar .. La ni , toksah wat kelam kalibut .. Dok diam diam sini. Tangan tu letak atas peha. Diam !". Lisa beri arahan pada aku.


Terkedu ..

-SAMBUNG-
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kata-kata ini anda , wahai isteri yang dicintai oleh para suami , anda takkan dengar dari mulut seorang lelaki yang senget nafsunya tetapi dari seorang anak gadis yang berstatus dara yang tergilakan suami anda ..

 

Kenapa anak gadis masa kini boleh jatuh hati pada suami orang ? Jeng jeng jeng .. Jangan tengok akuuu.. aku tak tau apa apa .. Tapi inilah realiti kehidupan kita .. kan kan ?

 

Mereka akan kata , kalau tepuk sebelah tangan .. masakan berbunyi kan ? Yang mula mengangkat tangan pastinya lelaki yang dah tak de teruna tu kan ? Tapi yang menjawab tu laaa yang salah ! Haaa... Hahaha.. Panas panas panasssss ... Takde la , aku memain je.. Ini bukan isu salah sapa ..

 

Nak elakkan perkara begini amatlah susah .. Kecuali hukum hudud dilaksanakan di negara ini ? Sapa berani buat maksiat ? Siapa berani berzina ? Tapi bagaimana pula dengan poligami ? Jeng jeng jeng ?

 

Lari tajuk plak .. Menurut anak gadis masakini , lelaki lelaki yang dah beruban di janggut tapi tak sedar diri ini , punya satu kelebihan yang takde pada lelaki yang belum bernikah ( teruna ?) .Apakah kelebihan itu ? Menurut mereka ( nama dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan ) , lelaki berstatus suami orang ni , ada aura tang AYAT tuuuu .. Bab duit , diorng tak kisah sangat .. bukan sebab stabil ke apa tapi AYAT !! Kena ayat baekk punyaa , longlaiii...

 

Wahai anak gadis masakini , janganlah kamu menghancurkan hati sesama kaummu.. Tidakkah kamu kasihan ? Aku tauu.. korang tak kisah punya kan ? Janji hati puas !! Kan kan ?

 

Sewaktu berbisik dengan syaitan tu , cuba ingat kembali gambar ini.. Kalau bagi ayat , mungkin tak boleh nak bayangkan kan ?

imageSekadar gambar hiasan . Tiada kaitan dengan agama.

Cuma bayangkan jika kehangatan api neraka ketika dibakar kelak !  Dosa tau menghancur hati seorang wanita yang lain ..

 

Cuba elakkan dari melayan laki orang cam aku ni .. Jangan layan ! Bila diorng datang ngorat , sila cakap padanya , " Pakcik dah solat ? Alhamdulillah.. Perbanyakkan amalan .. Kubur dah memanggil tu.. Pasni giliran saya pulak .. Cuma kita tak tau sapa pergi dulu je .. Ok , pakcik ? ".

 

Dunia cuma pinjaman..  Akhirat yang kekal..

 

Blog Pilihan : hetty affida

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
image Sumber - Facebook member ..

Nasib baik takde kacuk style KL GENGSTER ...  

Pembetulan .. Salah ambe..
Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Pasni anggota trafik warden DBKL juga boleh menyaman sehingga RM150 bagi setiap saman termasuk kesalahan menghentikan kenderaan di garisan kuning dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas...

 

Menarik bukan ? Yearghh.. Menarik siutt.. Harapnya , ada amanah , jujur dan tiada unsur kroni la bila saman menyaman ni .. Kang jumpa adik beradik , tak jadi saman la pulak kan ?

 

Bab kroni ni la kan .. maaf cakap la yer .. Harap ada pihak amik tau la sikit .. Nak keje kat DBKL ni , kena ada kroni eh ? Sbb bila nak isi borang tu , siap tanya ada kenalan tak dalam ni .. Bukan cerita kosong yer , hakikat .. Sama gak cam nak keje  kat Petronas.. Kena ada orang dalam atau sedara mara , senang nak dapat.. kalau tak ??

 

Apa la nak jadi ngan Malaysia ni yer ? Semua kena kroni .. Bila tak maju , salahkan rakyat.. Pentadbiran camana ? Eceh.. aku bunyi cam ahli politik pulak.. Tapi inilah hakikatnya ..

 

Sila sila buka mata sebelum piliharanraya .. Jangan asik pandang kat pendalaman .. Kalau aku , nun di bandar ni paling penting.. Sbb apa yer ? Anak-anak pendalaman dah berada di bandar .. Bila nampak 'masalah' sebenar , dibawa balik isu ni ke kampung .. Fikir-fikirkan ye ahli politik ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes