http://you2nique.blogspot.com/
http://miszlovelove.blogspot.com/
http://mazmiesya.blogspot.com/
http://whoamieitismei.blogspot.com/
Kriteria pemilihan ? Takde .. rawak je ... Hehe..
http://you2nique.blogspot.com/
http://miszlovelove.blogspot.com/
http://mazmiesya.blogspot.com/
http://whoamieitismei.blogspot.com/
Kriteria pemilihan ? Takde .. rawak je ... Hehe..
Sumber : Niena
Menurut diari pregnancy yang aku muat turun melalui Htc Desire HD , usia kandungan wife aku baru 14 minggu 5 hari dan ada lagi 179 hari lagi untuk aku bergelar ayah / walid / abah / daddy / ... Lama lagi tu kan ?
Tapi ada dah mencari eh ? Hehehe.. nak bagi advertorial kah ? Hahahah... Ke nak buat bisnis nehhh... hehehe.. Tak kisahlah apa pun.. Jangan wat bukan bukan dah la yer ..
Buat yang masih menanti saat ini , bersabar dan teruskan usaha. Selagi bernafas , selagi itulah mencuba. InsyaAllah.. Ini dugaan Allah.. Banyakkan doa.. Aku doa korang juga cepat dapat baby... Jangan masam muka.. Senyumlah .. Ada yang lagi kurang bernasib baik dari kita..
Nasib aku , suami isteri pun tak tau lagi camana.. Doakan kesejahteraan kami yer dan juga sahabat sahabat yang lain juga.. Amin..
Hehehe.. Dasatkan ? Penjawat awam naik gaji , swasta pun nak ... Tapi bila swasta naik , penjawat awam telan air liur je kan ? Sama gak bila bab bonus yang berbulan bulan malah ada sampai berbelas bulan .. Penjawat awam tak bising pon ?
Ok.. aku bukanlah nak bela mana mana pon.. Tapi kita sama sama kena pandang dari satu sudut yang mana sama sama mencari rezeki.. Inilah hakikatnya bila makan gaji. Kalau nak gaji besar , buatlah bisnis sendiri.. Ada kerja , ada gaji .. Malas kalu , makanlah angin ..
Diorang kata penjawat awam ni keje senang .. curi tulang , melepak banyak .. Tapi itu yang diorang nampak.. Yang tak nampak pulak camana ? Bagi aku , tak perlulah nak sakit hati kat mana mana pihak.. Kalau tak puashati , tukar keje .. Masuk gov. Kalau kata susah nak dapat , tahukah korang yang tak kerja tu susah nak dapat keje kat swasta sbb nak kena ada pengalaman ?
Dunia ni seimbang tapi kita sendiri yang kasi susah. Kalau gaji RM1 , selera tekak nak makan mamak hari hari , mana cukup kan ? Kalau nak lebih , usaha kena lebih .. Makan je la apa yang ada.. Sapa suruh tak belajar rajin rajin dulu kan ? Kalau tak , mesti dah jadi angkasawan negara punya..
Skit tapi syukur pada Allah.. dapat bantu keluarga sedikit sebanyak. Jangan pulak abiskan duit kat karaoke dan main golf !
Tapikan , kalau kerajaan arahkan swasta naik gaji kakitangannya , gamaknya mesti diorang g pindah ke negara lain yang mana tenaga buruhnya lebih murah dari Malaysia kan ? Ada baik dan buruk..
Aku ? Tahun depan full time blogger.. Kata nak gaji besar.. buat la bisnis kan ?
Jadual : Ujang
Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih pada bro JAI atas kesudian menjemput aku dan juga rakan rakan blogger yang lain ( SINI ).. Satu event yang sangat happening walaupun bukan bertaraf 5 bintang tapi sangat memuaskan hati para hadirin terutama bloggers. Dilayan sama rata dengan media yang lain.
Selepas lunch bersama wife semalam , aku dan Ujang gerak ke Holiday Villa sejurus menunaikan solat Zohor di Masjid Putra. Aku mmg suka pergi awal sebab tak kalut dan berebut dengan hadirin yang lain nanti.
Sampai kat hotel tu dalam kul 2 petang . Ikut jadual , pukul 3 baru mula. Ok la.. tengok sana sini dulu. Tengok Rosyam Nor yang mundar mandir dengan pikiran yang penuh. Tapi orangnya sangat simple. Tak kenal , maka orang kata dia sombong. Kalau dah kenal , tak larat nak layak borak tapi pastinya , kalau tak tahan gurau maka janganlah bergurau dengannya. Pasti pedih telinga.. Hahahaha..
Kemudian bro Jejai sampai bersama geng yang lain. Bersama aku dalam gambar diatas ialah En.Suhaimy Abdul Rahman , Buss. Dev. Director Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Orangnya sangat sempoi dan peramah . Katanya , kemungkinan Suhan Movies nak gunakan medium blog untuk pasaran produk Suhan akan datang.. Bagus gak kan ? Hehe..
Tak lama kemudian , bermula sesi pelancaran yang mana wakil dari TM dan RTM turut hadir dan memberikan sepatah dua kata. Wakil blogger ? Nehhhh... hahaha..
Sidang akhbar pastu .. Hehehe ... Tak nampak pulak blogger g join sidang akhbar tapi pakat beratur amik makanan.. hahahah.. Yelah , nak tanya apa kan ? Blogger ni bukan wartawan. Mereka akan cerita selepas terjadi dan bukannya sebelum . Untuk pelancaran Pilih Kasih nih , semua dah terjawab dengan Siaran Akhbar yang dibekalkan tu..
Selesai sidang akhbar maka , sidang bergambar pulak.. Hahaha.. Tu boleh tengok kat sini ..
Selesai ... Aku tengok rakan-rakan blogger semua happy je.. Lebih lebih lagi bila dapat bergambar dengan Erra dan Umie Aida .. Tak ketinggalan juga bergambar dengan bekas bekas peserta PILIH KASIH yang telah selesai shooting drama INSPIRASI VARSITI .. Sebuah drama musikal gitu ! Hehehe.. Bakal ditayangkan di TV1 nanti..
Apa yang pasti , Rosyam Nor berjaya didik mereka menjadi pelakon yang merendah diri , sama sepertinya ! Harapnya disiplin mereka berkekalan dan jangan lupa akhirat.. Hehe ..
Aku sempat buat muka Mickey Mouse dikala mereka sedang .. ehem.. Hahaha.. Yana , jangan risau .. Suami anda tak miang !
Dan sempat bergambar penutup bersama .... sbb memang minat lakonan dia sejak Soalnya Siapa .. ke Soalnya Hati ? Erk... Lama dah.. Heheh..
Lalalalala.... Tamat cerita Pilih Kasih.. Terima kasih Suhan Movie.
Ni kalau Faizal Tahir tengok pon , tabik kat mamat bawah ni !
Sanggup buat pembedahan semata-mata nak serupa macam Superman ! Bengong ke apa ? Kot ya taksub sekali pon tak payah la ubah muka tu haa.. Adoiii ..
Jangan kau g pasang enjin kat belakang badan tu agar boleh terbang , sudah la yer ... Haish.. Makin maju manusia , makin mengarut jadinya ..
“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,”.
Nama dia , Herbert Chavez, 35, Sama umur ngan aku pulak tu .. Aiseyman.. Kalau gini , aku pun nak nak buat pembedahan la.. Nak macam Justin Bieber boleh ?
Tau apa yang dia buat agar serupa macam si Clark Kent tu ? Pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.
Gila .. hahaha... aku g gym bertahun pon tak jadi cam Superman ! Jadi cam Vin Diesel ada la.. Hahahha... Macam macam ..
Menariknya Pilih Kasih 3 akan menampilkan Erra Fazira dan Umie Aida sebagai juri tetap. Pemilihan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.
Penyertaan dua pelakon popular tanah air selaku penasihat kepada Rosyam Nor terutamanya semasa sesi pembuangan peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih yang bermula awal Februari nanti. Selain itu, kedua-dua pelakon popular tersebut juga akan terlibat sebagai panel penilai siri uji bakat dan bertanggungjawab memantau perkembangan pelajar sepanjang 11 minggu. Mereka dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang lakonan.
Pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga selepas perbincangan yang dibuat dengan pihak penaja iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan RTM.
Tenaga pengajar untuk Pilih Kasih 3 ialah Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
Bersama ibu @ Fauziah Nawi yang sememangnya seorang yang peramah.
Demi kelancaran program dan sejajar perkembangan semasa,sebelum sesi uji bakat, para calon dan orang ramai boleh mengetahui pelbagai maklumat tentang Pilih Kasih termasuk tarikh dan lokasi ujibakat , malah , boleh memuat turun skrip uji bakat sebagai persediaan awal di portal gaya hidup TM, EveryoneConnects di www.everyoneconnects.net.
Selain daripada itu, lain-lain kandungan berkaitan PK3 yang terdapat di laman portal EveryoneConnects ialah profil dan biodata juri serta finalis PK3, klip-klip video dan gambar belakang tabir semasa sesi uji bakat dan pentas pemilihan, siaran ulangan episod-episod PK3 secara ekslusif di ruangan Sini Maa serta wallpaper yang boleh dimuat turun. Sementara itu, peminat juga boleh menyertai peraduan untuk peluang memenangi pelbagai hadiah hebat.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan sekali lagi menjadi medan tumpuan ramai apabila Pentas Mingguan Pilih Kasih berlangsung di lokasi ini sepanjang 11 minggu.
SENARAI TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT PILIH KASIH 3
TARIKH LOKASI UJIBAKAT
22 & 23 OKTOBER 2011
THE SUMMIT, BATU PAHAT, JOHOR
29 & 30 OKTOBER 2011
AEON BUKIT TINGGI, KLANG, SELANGOR
12 & 13 NOVEMBER 2011
CENTRAL SQUARE, SG PETANI, KEDAH
19 & 20 NOVEMBER 2011
TBC
26 & 27 NOVEMBER 2011
CENTRE POINT, SABAH
3 & 4 DISEMBER 2011
THE SPRING, SARAWAK
10 & 11 DISEMBER 2011
KL SENTRAL, KL
" Andakah pelakon yang kami cari ? "
Alhamdulillah... Sorang sorang bakal tamatkan zaman solo.. hehe..Cepat cepat ..
"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat,". - MSTAR
Semoga pertemuan korang diakhiri dengan pernikahan yang sah ..
Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.
Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu. -BHARIAN
Ben - Agaknya tahun diorang dah panda 'bikin' kereta tak atau dah layan drag car ? Hahaha..
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] ..
"Oklah .. Nanti kita pergi sekali. Naik lrt je tau. Ben takde kereta. Nak naik teksi ayah Ben ? Ok je kalau Sabrina nak ? ".
Sms Sabrina aku balas.
2 minit kemudian. Sms balasan dari Sabrina.
" Apa kelas naik lrt .. Kereta takde ke ? Ala... ada ke naik teksi ayah Ben. Nanti blogger lain tengok , segan la Sabrina .. Kita naik kereta abang Sabrina eh ? Sab pinjam nanti .. ok ? ".
" Waaahhh... Aku tak sangka pulak perempuan ni dah bermata duniawi ! Aku ingatkan dia ni berbeza la dengan wanita wanita berstatus metropolitan ! Rupanya tidak.. Mak aih... Nampak gayanya , aku terpaksa ceraikan kau la wahai Sabrina dengan talak 3 !! .. Sat... Couple pon belum ? Camana nak cerai ??? ". Getus hati aku yang terasa geram yang amat sangat padanya.
" Kalau begitu , Sabrina naik kereta abang Sabrina saja. Ben akan naik lrt. Ok ? Jumpa nanti . Salam".
Ambik kau ! Ingat aku terhegeh sangat kat kau tu ! Huh...
Tiba-tiba masuk lagi pesanan ringkas dari Sabrina.
" Amboi .. Serius benar la Ben neh ! Sab gurau je la.. Abang Sab mana ada kereta. Motor tayar empat ada la... Tu pun tunggu masa nak dijadikan tukun tiruan kat Selat Melaka tu nanti. Kita pergi sekali yer.. Daaa.. Wsalam... "
Hampeh.. Memain betul la budak ni ! Tak sudah sudah nakal dia dari dulu . Tapi betul ke dia sukakan aku ? Hurm... Kalau betul pun , bagus jugak. Memang susah nak cari perempuan sukakan kita. Asyik asyik aku je sukakan diorang ...
......................................................
Hari yang ditunggu telah tiba ..
" Tuu.. Sab , jom.. Cepat .. kang bertolak tolak pulak nak masuk dalam Lrt ni .. " . Aku suruh Sabrina masuk terlebih dahulu dan diikuti aku.
Destinasi , KLCC .
-SAMBUNG-
Kecoh ! Kecoh ! Kecoh banget !! Nape kecoh lak ni ??? Haaa.. Kecoh sebab tak sangka Rosyam Nor , Erra Fazira dan Umie Aida sangat sporting untuk bergambar dengan bloggers yang hadir tadi ! Malah abang Rosyam Nor tak henti henti mengucapkan terima kasih pada bloggers yang sudi hadir pada pelancaran program realiti PILIH KASIH tajaan TM ni..
Bukan senang nak dapat bergambar dalam satu majlis yang mana bloggers sendiri dijemput hadir oleh pihak pengurusan SUHAN MOVIES dan Rosyam Nor sendiri .. Kena pulak selebriti tu , mmg naik dari bawah .. Haaa.. satu contoh yang aku selalu pegang..
" Biar bermula dari bawah .. Sampai atas , jadikannya kenangan terindah ! "
Nanti aku cerita lagi pasal majlis PILIH KASIH 3 ni.. LIKE 100X